Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Setelah merancanga sekian lama, akhirnya secara rasmi aku berjaya membubarkan Persatuan Penduduk yang telah ku mulakan kira-kira 5 tahun lalu (2019).
Memang satu pengalaman dalam hidup ku. Membuka sebuah persatuan dengan BANTUAN yang kurang dari AHLI-AHLI. Namun aku tetap berterima kasih kepada PENGERUSI dan BENDAHARI yang membantu merealisasikan impian untuk menamatkan kisahku sebagai seorang SETIAUSAHA sebuah PERSATUAN. Kalau ikutkan sepatutnya perlu diteruskan untuk menjadikan Taman ini bersatu namun KESINAMBUNGAN itu tidak ditemui di kalangan ahli yang lain.
Untuk mengelakkan masalah yang akan berkait rapat dengan AJK tertinggi maka aku ambil keputusan untuk membubarkan. Ini juga disokong oleh AJK kerana masing-masing pun tidak mampu untuk meneruskan persatuan ini.
Secara amnya ada juga beberapa aktiviti yang dilakukan melalui persatuan seperti ( Sumbangan Raya , Sumbangan COVID dan juga beberapa aktiviti lain. ).Namun bukan mudah untuk meneruskan jika tiada kesepakatan antara satu sama lain. Apatah lagi tiada LEADER berkebolehan untuk meneruskan legasi ini.
Meskipun perit dan pernah juga diherdik, aku mengambil keputusan membubarkan persatuan.
Nak membubarkan PERSATUAN ni tidaklah sesusah yang aku jangka. Yang penting kena buat mesyuarat, surat permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan oleh ROS.
Ok itu serba sedikit.. Mungkin aku akan cuba buat sedikit cerita dari bermula menubuhkan sehingga membubarkan. Harap ada yang membacanya