Perarakan Maulidur Rasul 1436 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Pada hari Sabtu 3 Januari 2015, saya telah menyertai kontijen pejabat Lembaga Perumahan Melaka menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul 1436 Hijriah. Ini merupakan penyertaan kali ke 3 bagi diri si Zool dalam perarakan ini. Sebelum ini pernah menyertai perarakan kali pertama dari Stadium Tun Fatimah ke Masjid Al Azim, Melaka dan kali kedua di lokasi sama ini iaitu dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim.

Pada tahun lepas, kali pertama kontijen pejabat menyertai secara rasmi cuma pada tahun ini ia dilaksanakan dengan lebih baik. Dengan pemakaian baju yang seragam menampakkan lebih teratur dalam perarakan kali ini.

Selepas Subuh, saya dan isteri terus bergerak ke destinasi iaitu Stadium Hang Tuah, Melaka. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit untuk tiba ke destinasi dan saya tiba pada jam 7.05 pagi. Memandangkan isteri tidak terlibat maka dia menunggu di Masjid Al Azim. Pemakaian baju Melayu yang ditempah di Azam Cempaka Tailor berwarna Maroon ini agak cantik. Walaupun ada Jabatan lain yang menggunakan warna yang hampir sama tapi sampin sedikit berbeza.
Dalam jam 8.30 majlis dimulakan dengan bacaaan doa olehSahibus Samahah Datuk Dr. Hj. Mohd Mohadis bin Hj. Yasin , Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan dimulai dengan ucapan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam, YB Datuk Wira Yaakob Md Amin. Selepas itu ucapan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron. Ucapan perasmian dilakukan oleh TYT Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob.

Perarakan bermula sekitar jam 9.15 pagi dimana kontijen bernombor 28. Tidaklah jauh sangat untuk bermula.Perjalanan sekitar 3km itu mengambil masa sekitar 45 minit untuk sampai ke destinasi. Dalam perjalanan tu aktiviti bersalawat dilakukan. Terdapat juga beberapa syarikat dan orang perseorangan memberi minuman dan makanan untuk peserta. Hampir jam 10.45 pagi kami tiba ke lokasi di Masjid Al Azim. Agak penat juga berjalan walaupun tidak jauh sangat jaraknya.

Dalam Masjid itu disediakan makanan secara buffet. Ada mee goreng, roti canai dan banyak lagi makanan. Tapi yang paling sedap adalah air sirap. Hehehe. Almaklumlah perjalanan yang berpeluh, memang teguk air je.. Memang satu perjalanan yang mengeluarkan peluh dan sedikit sebanyak mendapat manfaat dari aktiviti ini. Semoga mendapat syafaat dariNya. Insyallah. Berikut merupakan gambar-gambar yang dicuri dari rakan-rakan :-

perarakan-maulidul-rasul-2015
Ambil gambar dulu sebelum memulakan aksi.
maulid
Berarak dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al Azim

Video ketika perarakan MaulidulRasul 1436H 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *