Pada hari Sabtu lalu aku sempat pergi ke Melaka Premium Outlet di Simpang Empat, Melaka. Lokasi membeli belah yang semakin popular di Melaka ini.
Kalau nak diikutkan aku bukanlah kaki membeli belah tapi melayan isteri yang nak menjenguk ke Melaka Premium Outlet yang terletak di Simpang Empat itu.
Bersempena dengan Hari Sukan Negara, pagi tu kami sekeluarga melayan riadah sekejap di Taman Rekreasi Bukit Serindit dan selepas pergi rumah orang kahwin bersama emak kami pun menuju ke lokasi tersebut.
Dari tempat aku kira-kira 40 minit juga nak sampai ke Melaka Premium Outlet tu. First time sampai ke lokasi tersebut dan nampak memang susah nak cari parking di dalam. Terpaksa letak kereta di luar kawasan dan berjalan kira-kira 100 meter ke dalam.
Matlamat utama nak cari kasut untuk anak memandangkan dia takde kasut dan hanya berselipar sahaja ke mana-mana. Tengok harga memang sesuai untuk harga golongan urban. Terdapat potongan harga yang hebat bersempena hari Keputeraan TYT Melaka pada hari tersebut.
Mula-mula si Fatih terserempak dengan mainan kuda pusing ala-ala funfair tu. Naik lah dia dengan emaknya. Lepas tu masuk ke kedai-kedai dan nampak ada sedikit bernafsu. Apa taknya nampak kasut jenama Brooks dengan harga RM80 je.. Biasa harga memang RM100 lebih je.
Tapi aku menahan juga nafsu dari terpengaruh sebab matlamat utama nak beli kasut Fatih. Maka pergilah cari. Jumpa juga kasut dan lepas tu isteri pula membeli barang keperluannya.
Hampir 1 jam setengah juga pusing-pusing di Melaka Premium Outlet ni. Secara amnya memang sesuai untuk yang nak beli barang-barang berjenama dengan harga yang sedikit rendah.
Cuma tak banyak benda-benda makanan yang boleh dibeli sebaliknya hampir keseluruhan jual pakaian atau kasut-kasut. Penat juga nak berjalan.
Okaylah itu cerita sedikit tentang Melaka Premium Outlet tu. Kalau korang nak datang siapkan lah duit bebanyak ye..
Untuk ketetangan lanjut sila layari laman web di http://freeportafamosa.com/find-us/