Ke Sarawak layan SUKMA

Minggu lepas aku sibuk sikit sehinggakan artikel ni terpaksa dibuat lambat sikit. Banyak aktiviti yang berlaku sehingga sedikit sebanyak memenatkan diri ini. Tapi tak mengapa, inilah cabaran hidup yang kita perlu tempuhi. Kalau hidup biasa aje pun tak best kan? Jadi bila ada aktiviti barulah terasa MEMORI boleh dikenang semula pada masa hadapan.

TUKAR THEME

Untuk kali keberapa aku tak ingat, blog ini sekali lagi bertukar rupa. Biasalah, bila guna WordPress, memang banyak pilihan untuk menukar rupa bentuk blog ini. Aku ambil yang agak simple dan aku adjust sikit sebanyak warnanya.

Tak tau le samada korang suka atau tidak. Tapi harap-harap sukalah ye. Kalau tak suka, payahle aku. Nanti SENDIRI taip SENDIRI baca.  Kenapa aku tukar theme blog ni? Supaya aku dapat kembali ‘refresh’ kepala otak ni. Kadangkala tengok bentuk dan warna sama pun bosan juga. Sesekali ubahlah. Tapi takdelah terlalu kerap, nanti pening pula orang nak tengok.

Selain itu aku juga merancang untuk menukar theme blog ligakampung.com kepada theme yang berbayar. Tunggulah dulu camne bentuk barunya. Harap-harap dapat memikat peminat sukan di sana.

SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN

Hari Khamis yang lalu jabatanku membuat majlis Sambutan Hari Raya peringkat jabatan. Memang meriah makanan walaupun aku tak berapa nak makan sangat. Aku berbaju Melayu warna biru, baju sumbangan jabatan atas penyertaan Sambutan Maulidul Rasul awal tahun lalu. Hehehe. Kira dapatlah jimat dari nak beli baju rayakan. OO ye, Unit ICT membawa bihun goreng Singapura yang di masak oleh Pembantu Tadbir. Tak tau le sedap ke sedap. Tapi anggap le sedap (kalau dia terbaca blog ni jangan ambil hati ye).

Bergambar bersama UNit ICT
Bergambar bersama UNit ICT

Tumbang juga seekor kambing pada majlis tu dan biasalah bila ada majlis-majlis begini mesti ada upacara ambil gambarkan. Aku pun mengambil gambar jugalah sambil-sambil cuba menyelesaikan problem sistem.

jabtan

JALAN-JALAN KE SARAWAK  UNTUK MAJLIS PENUTUP SUKMA

Okay ini aktiviti utama yang akan menjadi topik UTAMA pada entri kali ini. Berjalan ke SARAWAK untuk menjadi pemerhati bagi majlis penutup SUKMA SARAWAK yang diadakan pada 31 Julai 2016. Memang ini satu pengalaman yang baharu kepadaku. Walaupun aku pernah menjadi urusetia pada SUKMA 2010 di Melaka namun kali ini berbeza. Berbeza dari segi tugas kerana aku hanya menjadi pemerhati sahaja . Tiada guide dari sesiapa namun ada 3 orang rakan yang bersama. Selain itu, inilah adalah kali PERTAMA aku menaiki kapal terbang. Agak gementar juga bila terkenangkan banyak cerita-cerita tak sedap pasal penerbangan ni.

Aku tiba di KLIA pada hari Jumaat jam 5.30 pagi setelah dihantar oleh pemandu Jabatan. Aku yang memang blur hanya mengikut sahaja seorang rakan yang biasa naik kapal terbang ni.  Aku memakai beg Polo yang dibeli di Langkawi tempohari. Mula-mula nak bawa beg galas je tapi ramai yang menyarankan agar pakai beg besar kerana akan ada banyak barang yang bakal dibeli nanti.

Selepas sampai dikaunter kami CHECK IN bagasi kami. OO ye, kami menaiki penerbangan MAS yang cukup AWESOME. Selepas selesai kami terus untuk masuk ke dalam lokasi menunggu (aku dah lupa apa namanya). Sebelum itu kami dicheck dan kami menggunakan PASSPORT untuk mendaftar. Mungkin ada yang guna kad pengenalan je, tapi kami disarankan untuk guna PASSPORT sebab ia besar. Kalau guna no kad pengenalan, akan diberi slip kecil yang perlu disimpan rapi. Rakan yang datang sebelum ini telah mencicirkan sehingga kena buat report polis. Memang leceh.

Aku tak tau, tapi rakan lain ada membawa ‘pouch bag’ dan beg galas. Aku terpaksa mengeluarkan ‘powerbank’ kerana ia tidak boleh diletakkan dalam bagasi dan kena bawa bersama. Pengajaran pertama aku adalah, bawalah beg atau pouch bag untuk benda-benda begini. Ketika di check badan, kena buka tali pinggang dan semua barang-barang dalam poket. Nasib baik tak terlondeh walaupun seluar ada sikit longgar. Kalau londeh, mau aku pusing semula balik je. Hehehehe.

Selesai je semua tu kami menunggu di Gate 10. Gate yang hujung sekali. Sempat juga solat Subuh di situ sebelum menunggu penerbangan jam 8.00 pagi. Selepas pengumuman kami pun naik ke kapal terbang MH**** (aku dah lupa mana letak tiket). Aku berpisah dengan rakan-rakanku tapi tak jauhlah sebelah kanan je. Tapi aku duduk sebelah tepi mengadap tingkap. Pengalaman pertama menaiki kapalterbang memang MENGUJAKAN. Kelajuan kapalterbang memang hebat. Dan aku rasa pengalaman ini seperti naik roaller coster yang cukup laju. Masa naik ke altitude yang tinggi tu terasalah telinga ni berdesing. Mula-mula rasa mengantuk tapi tak jadi nak tidur pula. Nasib baik depan tu ada skrin untuk menonton cerita. Aku pilih cerita DeadPool. Memandangkan tak berapa dengar dan takde subtitle, maka tak berapa syok nak layan tapi layanlah juga.

Dalam penerbangan tu, aku layan nasi lemak. Boleh tahan juga nasi lemak pak Brahim ni. Memang terbaeklah pembekal makanan MAS yang dapat kontrak ni. Eh, jangan terlebih pula.

Sesampainya kami di Bumi Kuching bertuah kira-kira jam hampir 10.00 pagi.Sampai je di lapangan aku membuka data DIGIku dan tengok berita SUKMA yang pelari pecut negara dari Melaka berjaya memecahkan rekod 200meter. Rugi datang lambat, kalau tidak boleh terus tengok acara tu. Acara sejarah juga tu . Tapi takpe nak buat camne.

Kami disambut oleh pemandu yang telah ditempah disana. Menaiki van dan terus ke Hotel Abell. Nak check in tapi awal lagi maka terus pergi makan di Kedai Kopi Corner. Restoran ni ramai kontinjen yang hadir di sana untuk melepaskan kelaparan. Aku mencuba nasi ayam bakar. Memang terbaek lah rasa dia dengan ayam yang cukup besar. Memang hilanglah dietku selama ni.

Gambar dengan patung Kuching di jalan sebelum ke Hotel Abell
Gambar dengan patung Kuching di jalan sebelum ke Hotel Abell

Selesai makan terus masuk ke bilik hotel. Oklah, hotel Abell ni agak kecil dan kurang selesa kalau nak duduk lama dalam bilik. Tapi itu rate yang sepadan dengan kami maka terima je la. Selepas selesai menunaikan apa yang patut kami keluar semula pada jam 5.00 petang.Lebih kepada aktiviti mencari makan dimana kami dihantar ke seberang oleh pemandu. Lepas makan, kami menyeberang menggunakan bot. Bot yang agak unik sebab buka enjin hanya beberapa saat dan dah sampai. Hahahah. Oo lupa pula yang pada hari pertama tu kami menaiki River Cruise. Harganya RM60 seorang tapi kami dapat diskaun. Tak boleh ceritalah berapa diskaunnya. Melihat panorama tepian sungai bukanlah aktiviti yang menarik sangat. Apatah lagi ketika itu, hujan mula melimpahi badan. Tapi ia tetap satu pengalaman yang baru padaku. Tapi kalau kali kedua mungkin tidak kot. Hahhahaha.

Malam tu lepas menyeberangi sungai kami berjalan-jalan di sekitar WaterFront Sarawak tu. Memang mendamaikan bila ada beberapa penyanyi jalanan dan raptai tarian. Tak banyak sangat perniagaan di waterfront tu tapi bagus juga, kurang pencemaran.

Hari kedua, acara melawat Kampung Budaya Sarawak pula. Melihat kawasan perkampungan etnik-etnik Sarawak yang unik. Merasalah naik rumah pelbagai jenis kaum di Sarawak. Selain itu ada juga kostum serta budaya yang ditonjolkan. Terdapat juga pertunjukan yang menarik disediakan. Harganya juga RM60 seorang. Kami dibekalkan dengan buku ala-ala passport dimana anda boleh mengecop untuk membuktikan kedatangan ke rumah terbabit. Cuma Rumah Melayu kami tak masuk sebab dah malas. Hheehhe

Aktiviti hari kedua lebih banyak santai dan petang tu acara melawat muzium yang dirancang dibatalkan akibat ketidaklaratan masing-masing. Malam tu sekali lagi ke waterfront.

Hari ketiga memulakan Shopping Di Indian Street dan Main Road. Adalah sikit barang-barang yang ku bawa sebagai kenangan bagi kawan-kawan yang tak ikut. Penatlah juga, tapi benda paling best mungkin sumpit kot. OO ye, sambil tu juga ke beli kek lapis.

Dah selesai tu , aktiviti malam adalah datang ke acara Majlis Penutup SUKMA 2016 di Stadium Sarawak. Memang ramai sungguh manusia di Stadium Sarawak tu. Agak besar juga stadium tu. Banyak acara-acara menarik pada malam itu. Sudah pasti pengumuman atlet terbaik lelaki menjadi kebanggaan memandangkan aku juga sama negeri dengan atlet tersebut. Heheheh.

Bergambar sebelum meninggalkan lapangan Terbang Kuching
Bergambar sebelum meninggalkan lapangan Terbang Kuching

Penat sudah hari kedua dan misi menyertai acara penutup tercapai.

Pada hari keempat atau hari terakhir aku berjumpa rakan lamaku. Memang lama sungguh tak berjumpa dengan Din yang kini bekerja dengan syarikat telekomunikasi di Sarawak. Cerita-cerita pun nampaknya beliau macam akan menjadi warga Sarawak terusnya. Takpelah, semoga berjaya di sana. Heheheh.

Pagi tu pun aku cuba untuk berlari di kawasan waterfront Kuching.Alhamdulillah, dapat juga 3.6 km untuk percubaan lari di luar kawasan. Tak terlalu mencabar kawasan tapi masih tidak laju.

Kami ke lapangan terbang Kuching pada jam 3.00 petang. Dan ketidaksabaran aku untuk pulang sudah mula terasa. Penerbangan jam 6.30 petang tiba ke KLIA pada jam 8.10 malam. Alhamdulillah sampai sudah ke KLIA dan sebelum pulang, singgah ke masjid KLIA untuk menunaikan tanggungjawab.

Dan aku berjaya juga menghasilkan entri ini dalam ketidak tumpuan. Masih ada kepenatan yang dibawa dari Sarawak lagi ni. Mungkin artikel ni kurang UMPHnya. Apapun terima kasih kerana korang sanggup membacanya. Okaylah, nak tidur dulu.

 

11 thoughts on “Ke Sarawak layan SUKMA

  1. tahniah tuan kerana menjejak kaki ke bumi kenyalang..

    in shaa Allah lain kali kita boleh jumpa sebab sekarang saya jarang-jarang ada masa lapang…

    bila dah tukar kerjaya mungkin senang jumpa rakan sesama blogger..

  2. Untung jadi pemerhati… orang taja semua.. heehehhe

    Saya first time naik kapal terbang pun destinasinya ke Sarawak… honeymoon. Untuk orang yang first time naik kapal terbang, memang cuak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.