Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari nanti banyak negeri berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah negeri paling cool , Melaka.
Aku perlu Bekerja dari Rumah (BDR) meskipun tidaklah sepenuhnya. Aku perlu gilir-gilir dengan kakitangan bawah unitku. Dan cabarannya bila dalam masa sama, PASTI tutup. Kenalah melayan anakku.
Memang cabaran juga meskipun kali ini PKP tidak seketat yang dulu.
Untuk kali ini apabila dalam mode BDR aku cuba melayan anakku. Cumanya tak dapat fokus sangat. Almaklumlah ada kencing manis jadi tenaga memang tak berapa sangat.
Jadi ketika PKP ni aku menambahkan lagi video-video dalam channel Youtube. Korang semua boleh tengok channel-channel ni berdasarkan video kat bawah ni..
Sambil tu aku juga memikirkan bagaimana nak menambahkan lagi simpanan dalam akaun bank ni. Ye lah, aku sedang merancang untuk bersara sebelum 50 iaitu lagi 7 tahun. Makanya aku perlu ada sekurang-kurangnya 100K dalam simpanan dan ada jana pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.
Angka yang agak tinggi tapi bukan satu perkara mustahil. Bila PKP ni memang tak banyak yang boleh dibuat. Yang selalu buat kemas rumah, beli barang Lazada/Shopee. Itu yang selalu buat. Cumanya mimpi buat buku belum lagi aku laksanakan.
Inshallah harapan masih ada. Belum tertutup lagi niat untuk hasilkan buku.. Semoga mampu dicapai dalam tempoh terdekat ni. AMIN..
Okay, cukuplah bebel hari ni. Terima kasih lah kat korang kerana membaca. Macammana pula hidup korang ye?
Sambil tu layankan infographic mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan ni