Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku tau semua mengeluh bila pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di hampir seluruh Semenanjung Malaysia kecualai Pahang , Kelantan dan Perlis.


PKPB ini berkuatkuasa dari 9 November hingga 6 Disember 2020 (hari lahir aku tu). Banyak perkara yang kita tak boleh laksanakan dan ramai yang terpaksa bekerja dari Rumah dan mungkin ada juga yang akan menghadapi masalah menjana pendapatan.
Apatah lagi ada yang akan diberhentikan kerja akibat dari keadaan ekonomi ini. Meskipun ada inisiatif yang diberikan oleh kerajaan pasti perit tetap dirasakan juga.
Bukan sahaja pendapatan terjejas, aktiviti harian juga terjejas. Macam aku, tidaklah hilang pendapatan tetapi ada gangguan sedikit aktiviti sebab tidak dapat menghantar anak ke Tadika PASTI.
Dan aku tau mereka yang mempunyai ramai anak pasti lebih terkesan lagi. Sukar untuk bekerja dan menjaga anak. Aku mungkin sedikit bernasib baik kerana masih ada keluarga yang boleh menjaga anak tunggalku (buat masa ni).

Projek Homestay Taman Maju ku pun stuck. Memang takde pendapatan yang baik. Dan lama juga tak kusinggah ni. Tapi mungkin tak terkesan teruk seperti orang lain.


Tapi bagaimana yang lain? Memang teruk kan… Untuk artikel kali ini aku cuma nak berkongsi bagi korang-korang yang terkesan. Ini sekadar cadangan sahaja, mungkin boleh berjaya atau sebaliknya…

Jadi aku kongsikan serba sedikit perkara yang korang boleh lakukan untuk menambah pendapatan yang mungkin terjejas.

1) Menulis. Aku cadangkan bagi korang yang mungkin mempunyai pengalaman sebelum ini boleh mencoretkan pengalaman anda dalam bentuk tulisan. Boleh samada menulis blog macam yang aku buat ni ataupun menulis dalam bentuk buku/ebook.
Dalam keadaan sekarang yang mencabar mungkin ramai mencari kaedah untuk berubah. Korang tak semesti pandai ber’sastera’ untuk jadi penulis. Boleh tengok ebook di bawah ni sebagai panduan



Aku yakin industri buku/ebook ni masih ada pasarannya. Cuma kita kena pandai mencari ruang dan peluang.

2) Menjadi Youtuber. Sekarang ni ramai yang berjaya dalam media sosial tapi tak kurang yang gagal. Dalam keadaan PKPB ni ramai orang duduk di rumah dan menonton Youtube. Kalau korang ada idea mungkin boleh kongsikan melalui medium video.
Cuba korang tengok video aku bertajuk ‘Cara Nak Jadi Youtuber ‘

Jadi apa kata korang cuba medium ni. Mungkin korang boleh jadi lagi baik dari aku.

3) Buat perniagaan online. Perniagaan online ni banyak cabangnya. Nak mudah tanpa pegang stok barang bolehlah cuba perniagaan dropship.
Tapi sebelum tu kena dapatkan ilmu dulukan. Jangan masuk kalau takde ilmu. Nanti terbarai juga

4) Jadi orang tengah. Contoh macam Food Panda tu tapi korang buatlah lain. Macam runner buat lesen ke, belikan ubat-ubatan ke. Kena kreatif sendiri la kan.

5) Belajar masak, buat kraftangan. Ini boleh jadi sumber pendapatan yang tak dijangka. Kalau masak tu boleh dapat cepat tapi bila kita belajar kraftangan mungkin ia boleh juga membantu diri kita dan orang luar sana.

Okay cukuplah serba sedikit.Kalau korang ada idea bolehlah tambah supaya orang yang mencari pendapatan tambahan boleh dapat idea ni.

Kepada korang semua , jangan lupa ikut SOP PKPB yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Kita sama-sama berdoa supaya Malaysia kembali seperti sediakala.

Sekian

One Reply to “PKPB : Apa yang kita boleh lakukan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.