Petang tadi , YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) fasa 5 akan bersambung sehingga 9 Jun 2020.

Video Pengumuman PKPB disambung sehingga 9 Jun 2020

Video Pengumuman YAB PM mengenai lanjutan PKPB

Antara isi utama PKPB fasa 5

PKPB disambung sehingga 9 Jun 2020

• Rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri atau Hari Gawai tidak dibenarkan

• Raya bersyarat dalam negeri masing-masing

• Sambutan boleh tapi tidak melebihi 20 orang serumah


PKPB yang akan bersambung untuk tempoh 4 minggu ini akan mengehadkan pergerakan kita dan pastinya umat Islam di Malaysia akan bersedih. Apa taknya, hari Raya pada tahun ini pasti sangat-sangat berbeza berbanding pada tahun yang lalu.


Bagi aku, mungkin tiada masalah untuk balik kampung kerana kebenaran diberikan untuk merentas daerah. Cumanya mungkin adik dan kawan-kawan yang bermusafir tidak dapat pulang ke kampung.
Mesti sedih sebab mungkin ada antara korang semua yang kali pertama tidak dapat balik kampung. Memang dendangan Lagu ‘Dendang Perantau’ mengusik jiwa dan airmata kan?

Meskipun aku mungkin takde masalah pulang ke kampung tapi tetap sayu. Apa taknya, tiada lagi seruan takbir di masjid meskipun ianya hanya 300 meter je dari rumah. Apa nak buatkan? Inilah situasi yang perlu kita hadapi bagi mengelakkan rantaian COVID-19 itu berkembang.
Kalau kita lihat statistik sudah menurun namun ianya langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh pihak kerajaan. Mesti mereka dah buat pelbagai kajian sebelum mengambil keputusan besar ini.
Tapi meskipun ada PKPB namun aktiviti ekonomi sudah mula berjalan dan diharap kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan ini jangan disalahguna. AKu ada baca banyak komplen tentang sikap rakyat Malaysia ni.
Bukan apa kita takut nanti akan bertambah pula kes COVID-19 seperti yang berlaku di Jepun selepas melonggarkan peraturan tempohari. Jadi kita kenalah berdisplin bagi memastikan negara Malaysia mampu bebas dari Pandemik ini.

[ Maklumat COVID-19 di Jepun ]


Bagi mereka yang tak dapat beraya, jangan sedih. Mungkin selepas tamat je COVID-19 nanti bolehlah anda segera pulang ke kampung dan boleh juga singgah ke masjid kariah kita.

Ye lah, memang terasa sangat bila kita tak dapat menunaikan solat Jumaat kan? Semoga Allah memberkati kita semua supaya dijauhkan dari penyakit ini dan boleh menjalankan aktiviti seharian.
Cumanya selepas ini mungkin kita kena membiasakan diri dengan norma kehidupan berbeza berbanding sebelum ini.

Di sampung itu aku nak mengucapkan Nuzul AL Quran buat kaum Islam semua. Semoga Al Quran menjadi pedoman untuk kita untuk meneruskan kehidupan. AMIN..
Sambil tu boleh kita layan lagu aku ni….

Lagu kisah Raya yang sedih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.