Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulilah anakku, Muhammad Fatih telahpun berusia 5 tahun pada hari semalam. Sudah semestinya tiada sambutan besar-besaran. Kalau ikutkan perancangan maknya pada awal tahun hari tu nak buat besar sikit.
Nak panggil jiran tetangga di samping buat sambutan hari raya. Tapi apakan daya , kita hanya mampu merancang namun Tuhan juga menentukan. Hanya sambutan serba sederhana di rumah sahaja. Hanya kami bertiga (doakan untuk berempat tahun depan ye).
Memang banyak peel anakku ini. Almaklumlah baru seorang. Ada je nak minta. Kuat merajuk pula tu.. Memang cabaran besar nak membesarkan anak. Bukan hanya dari segi kewangan malahan dari segi mental juga.

Okay, cukuplah setakat ini. Mungkin bila dia besar boleh ku buatkan kompilasi untuknya.. Sambil tu aku nak buat sedikit sajak..

Anakku Muhammad Fatih,

Anak……
Kaulah jiwaku..
Kaulah diriku…
Dalam jantungmu ada aku..

Meskipun rambutmu tidak sealun rambutku..
Namun darahmu masih ada titisanku..

Sukar..
memang sukar melayanmu..
Bukan kecil permintaanmu..

Rajukmu,
tangismu..
Sakitmu.

Meski tiada perkataan ‘ I Love You’
tapi tetap kucintamu..

Muhammad Fatih,
Bertegaklah sebagai anak lelaki,
Jadilah pelindung kepada emakmu……..

Kuatmu nanti seumpama peluru,
Bebanmu sangkut dibahu…

Semoga kau jadi kebanggaan buatku..
AMIN..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.