Assalamualaikum semua..
Sebenarnya aku memang ada niat nak buat korban bahagian pada tahun ini. Tapi nampaknya bajet aku tak mengizinkan pada tahun ini untuk buat bahagian di kampung.
Di kawasan kariah aku, untuk satu bahagian belanja yang diperlukan adalah RM700. Kesilapan aku adalah tidak mengumpulkan dari tahun lepas. Jadi bajet tak mencukupi.
Malu pula bila dengar berita ada budak dari Indonesia yang menyimpan duit semata-mata untuk beli lembu bagi majlis qurban pada tahun ini.
Memandangkan aku dah berniat, maka aku cubalah tengok cara online. Antara yang paling popular adalah dari EzQurban.
Bila tengok harganya, memang masih mampu dalam jangkauan. Satu bahagian adalah RM290 iaitu setengah dari harga qurban di kampung.
Secara jujurnya aku lebih suka kalau dapat qurban di kariah sebab nampak tetapi EZQurban ni dah berpengalaman dalam urusan qurban.
Syarikat ini juga agak terkenal dalam bidang pelaksanaan Ibadah Korban dan Akikah maka aku rasa ianya boleh dipercayai.
Aku telahpun mendaftar dengan EZ Qurban untuk melaksankan qurban pada tahun ini. Diharap ibadah ini diterima dan lepas ni aku perlu mengumpul seawal bulan ini untuk perancangan pelaksanaan ibadah qurban pada tahun hadapan.
Dan juga perancangan untuk menunaikan haji sebelum umur mencecah 50 tahun. AMIN..
Korang pula camne? Mesti ada buat qurban kat kampung kan? Kalau yang kurang tu bolehlah daftar bahagian kat online. Yang penting kalau mampu tu cubalah qurban semampunya.
Tu la..kat kg aku pun harga lebih kurang rm700..dah bila buat qorban guna company online, harga jauh lebih murah.jadi, terpaksalah buat ikut kemampuan kan..
tu le.. sekarang ni harga qurban sebahagian dalam lingkungan tu. kena menyimpan awal untuk tahun depan.. tahun ni buat yang ezqurban je dulu
semga taun depan bisa qurban juga… aamiin…
harap begitulah