Alhamdulillah, kita masih bernafas dan dapat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Walaupun kita tak pernah merasai jerit perih nenek moyang kita berjuang dalam mendapatkan kebebasan namun itu bukan bermakna kita boleh bersenang lenang. Cabaran yang kita hadapi dalam era Merdeka ini juga mencabar. Mungkin cabaran bukan dari segi penjajahan fizikal namun dari kekuatan EKONOMI yang masih lagi tidak bebas.
Okay, aku tak mahu bercerita panjang tentang hal-hal dalaman. Lagipun aku bukanlah pakar dalam hal-hal ekonomi ni. Jadi aku cuma nak cerita sedikit tentang kisah aku menyambut hari merdeka pada tahun ini.
Seperti yang korang tahu, aku memang akan menyertai PERARAKAN hari Kemerdekaan setiap tahun atas PAKSARELA jabatan. Nak buat camne, jabatan aku tak ramai orang jadi kenalah aku terlibat sama dalam perarakan ni. Macam biasa, tahun ini perarakan dimulakan dari Dataran Pahlawan menuju ke Stadium Hang Tuah. Tahun ini warna baju jabatan kurang sikit ‘color’ warna warni macam tahun lalu cuma ada cabaran yang berat menanti. Cabaran itu ialah terpaksa memakai topi keledar kontraktor di atas kepala dan kasut mempunyai ladam serta longgar.
Memang susah juga kami nak bergerak terutama masa keadaan ‘PANDANG KANAN’ tu. Rasanya perancangan untuk menyebut ‘MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA … SEHATI SEJIWA’ tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan yang tak dapat dielakkan.
OO ye, perarakan kami dari Dataran Pahlawan hingga ke Stadium Hang Tuah adalah sejauh 2.64 kilometer. Dari segi kepenatan, aku tak terasa sangat sebab dah biasa berlari 3 kilometer cuma tak tahan dengan kepanasan yang menyebabkan peluh jantan mencurah-curah membasahi baju uniform.
Perarakan kali ini juga dipenuhi oleh penonton di tepi-tepi jalan yang memberikan sokongan kepada semua peserta. Inshaallah , target tahun depan nak bawa ‘Fatih’ melihat sama. Itu pun kalau Fatih belum ada adik lah pada tahun depan sebab kalau ikut perancangan umurnya dah 2 tahun dan patut dah boleh bersedia untuk ada adik. Heheheheh..
Okaylah, cukuplah artikel yang pendek pada kali ini. Semoga MERDEKA dalam diri kita akan terus membuatkan kita percaya bahawa kebebasan bukanlah hak mutlak kita. Wallahualam.
OOO ye, boss aku ada suruh aku buat Ucapan Merdeka untuk Jabatan tapi senyap je tak approve. Jadi aku kongsikan kat korang le ye..
Ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia
Alhamdulillah , syukur ke hadrat ilahi kita masih berpeluang menikmati kebebasan serta kehidupan harmoni di negara bertuah, MALAYSIA.
Kemerdekaan yang dikecapi hasil pengorbanan barisan pejuang negara yang menuntut kemerdekaan negara.Selari dengan tema Sambutan Hari Merdeka 2016,Sehati Sejiwa setiap rakyat haruslah bersatu padu demi memastikan keamanan hidup di negara tercinta Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke 59 tahun. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! SEHATI SEJIWA
Tentu seronok sertai perarakkan tu..
tahniah join perarakan tu. mesti meriah
selamat hari kemerdekaan buat bangsa Malaysia …semoga bangsa Malaysia menjadi bangsa yang Maju