Pada hari Ahad lepas aku macam biasa kena terlibat dalam majlis perasmian. Kalai ini di Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik di Merlimau Melaka yang terletak di kawasan Kampung Kilang Berapi, Merlimau.
Macam biasa, tugas aku kena buat banner, bunting, plaq untuk majlis perasmian. Tapi kali ini ada sub pada budak lain pula. Memang sedikit payah sebab budak ni kurang berpengalaman jadi banyaklah perubahan yang perlu dilakukan tapi berjaya juga dilaksanakan walaupun ada beberapa kriteria yang aku kurang berpuas hati.
Oo ye, selain hal-hal promosi secara banner, bunting dan backdrop aku juga terlibat dalam aca menghebahkan majlis menggunakan van pejabat. Ala kira macam van suratkhabar lama tu. Tapi biasalah kerja di belakang tabir ni orang tak nampak. Tapi tak pe. Rasanya mungkin satu hari boleh juga buat bisnes printing ni sebab dah banyak pengalaman dan connection ni.
Ada potensi sebenarnya bisnes printing ni tapi kena cukup ilmu lah kalau nak masuk.
Kawasan tapak projek pun disiapkan dalam tempoh yang pantas. Rasanya seminggu sebelum tu masih kerja tanah tapi masa hari perasmian dah naik sebaris rumah tu. Memang cukup handal syarikat yang melaksanakan projek tu. Pernah pecah rekod projek perumahan cepat siap tu.
Majlis perasmian tu bermula pukul 11.30 pagi dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Ada potong riben, tandatangan plaq dan sidang media.
Adik aku pun datang juga sebab bercadang untuk beli rumah. Aku memang mengggalakkan dia untuk beli rumah sebagai aset. Walaupun dia bekerja di Putrajaya tapi boleh disewakan untuk masa hadapan.
Dapat juga menambah kuantiti aset Bumiputera di Melaka ni. Tapi harga rumah tu agak tinggilah. Dalam anggaran RM171,000.00.
|Tak Mampu Beli Rumah Baru, Cuba Beli Rumah Lelong|
Kepada yang duduk di Melaka mahupun sempadan (sekitar Muar) bolehlah cuba dapatkan rumah tersebut. Rasanya boleh siap tahun depan tu kalau berdasarkan rekod pemaju sebelum ini.
Okay cukuplah artikel kali ini. Semoga anda semua mampu mendapatkan rumah yang diidamkan.
tahniah kerajaan negeri
Dengan adanya majlis perasmian rumah contoh di RMM Merlimau akan menyemarakkan lagi usaha kerajaan negeri dalam membantu menyediakan kemudahan untuk raktyat.