Ringkasan Bulan Mac, Whatsapp di Laman Web, Survey untuk Sistem Rumah Sewa

Kembali lagi bersama zoolzarizi.com. Terima kasih kerana anda sabar menunggu ye. Hahahhaa. Sori ye, aku terperasan macam ARTIS pula sedangkan blog ni yang datang pun boleh kira dengan jari.
Tapi sesekali berangan tak jadi masalah kan. Minggu ni aku cerita sikit-sikit apa yang boleh ku kongsi.

Ringkasan Bulan Mac 2016
Bulan Mac ni tak banyak yang berubah sangat. Cuma untuk bulan Mac- April ni aku mula buat bajet bulanan yang lebih konsisten. Aku guna Template Excel dan Vertex.com . Nampak ada sedikit perubahan dalam perbelanjaan dan aku nampak perbezaan bajet dan perbelanjaan sebenar. Memang penting untuk aku meng’KONSISTEN’kan dalam menulis di Excell itu.
Kalau tertinggal nanti memang tak cukup sampai hujung bulan depan. Bulan Mac ni juga aku berjaya menamatkan hutang PTPTN. Tak yah citer panjang sebab penah tulis entri tu sebelum ni.
OO, ye.. Projek aku pun sedang berjalan lancar dan ada sikit ceritanya dalam entri ni.

Dari segi blog nampaknya macam biasa-biasa je. Takde yang meletup sangat tapi aku dah mula menarik sikit demi sikit artikel lama ligakampung.com dan aku mula fokuskan ke perihal sukan di sana. Blog Ohpemandu.com pun aku dah ambil keputusan untuk menamatkannya tahun ni manakala blog lain masih kekal.
Dari segi berat badan aku dah mula mencecah 65kg. Angka yang baik tapi masih perlu turunkan lagi 5 kg untuk capai BMI yang ideal iaitu di bawah 60kg. Almaklumlah aku ni agak rendah jadi itulah berat yang perlu ku kejari.

Whatsapp di laman web
Aku rasa ramai dah tau tapi mungkin ada juga yang mungkin tak tau. Jadi aku kongsilah sikit ilmu ni. Aku pun baru je tau bulan lepas yang whatsapp ni boleh digunakan di laman web. Kalau sebelum ni, telegram je yang aku gunakan web tapi dengan tahunya gunakan whatsapp di laman web dapatlah aku jimatkan sikit penggunaan handphone ASUS Zenfone tu.
Ditambah lagi dengan asyik cepat makan bateri je handphone tu. Tak sampai setengah hari dah habis. Memang penat nak kena caj semula. Okay, korang tau camne nak gunakan whatsapp di laman web? Senang je…

1) Mula-mula taip je alamat ni https://web.whatsapp.com/.
2) Dah masuk nanti dia akan bagi QR Code. Cam di gambar bawah ni

web-whatsapp

3) Pergi ke aplikasi whatsapp anda di handphone. Pergi ke menu Whatsapp web

web-whatsapp3

4) Scan QR Code tu dan anda akan masuk ke aplikasi whatsapp web.

web-whatsapp4
5) Nanti anda akan terus masuk ke laman web Whatsapp nanti seperti gambar di bawah

web-whatsapp2

Senang je kan.. Dapat jimat masa dan nak taip panjang-panjang senang sikit berbanding kat handphone tu.

Survey untuk Projek Sistem Sewa Rumah
Aku juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan sistem sewa rumah yang boleh dikendalikan secara online. Masih dalam perancangan dan bagi memastikan projek ini berjalan, aku dan team perlu mendapatkan input-input berguna dari orang ramai terutamanya mereka yang mempunyai pengetahuan dalam selok belok selaku tuan rumah.
Buat masa ini aku baru dapat 14 maklumbalas sahaja. Jadi aku minta korang selaku pembaca kesayanganku untuk mengisi dan berkongsi survey ini pada rakan-rakan semua.
Kat bawah ni ‘form’ untuk korang isikan.

Kalau takpun, korang sama-samalah bagitau makbapak,sedara mara, adik beradik, kawan-kawan semua yang ada rumah tu. Mungkin diorang pun tengah cari sistem untuk menguruskan rumah masing-masing. Ini linknya :http://bit.ly/sistem_sewa.
Perancangan aku agar projek ini dapat dijalankan dengan sebaik mungkin. Mungkin ianya mampu membantu mereka-mereka dalam menguruskan rumah sewa masing-masing. Selain itu, aku pun tengah berkira-kira untuk mencari rumah untuk disewakan ni. Rasanya lepas habis PTPTN ni, mungkin kadar kewangan dah mula stabil. Lagi 2 tahun nak habis bayar duit kereta.
Pasti ilmu rumah lelong dah boleh diaplikasikan ni. Korang nak tau Tips Beli Rumah Lelong? Cuba ebook Rahsia Rumah Lelong . Boleh tambah pendapatan di kala Ringgit masih rendah ni.

OO ye, korang pun boleh ‘like’ page Facebook ‘Jom Beli Rumah’ ni. Team aku buat page ni. Banyak benda yang boleh dikongsi-kongsi pasal perihal rumah ni.

SpeedMart 99 di Taman
Di taman perumahanku,pasar mini SpeedMart 99 telah dibuka. Ianya menggantikan kedai runcit Bumiputera yang nampaknya telah mengibar bendera putih. Menurut gossip, pemilik kedai runcit asal nak tumpu pada pembekalan gas sahaja. Aku pun rasa mungkin ia keputusan tepat sebab sebelum ni kedai dia tunggang langgang. Penuh sampai ada barang yang dah expired tapi masih di rak.
Cuma yang sedihnya ia digantikan oleh syarikat yang besar. Kalau untuk pengguna mungkin bagus sebab memberikan pilihan yang lebih baik tapi dari sentimen, sedihlahkan.

speedmart
Aku kagum juga sebab dengo cerita SpeedMart ni dimiliki oleh seorang OKU. Memang hebat sungguh. Aku juga harapkan agar satu hari nanti nampak Pasar Mini Niszam kat tempat lain selain dari kat kampung nu.
Teringat juga dulu ada kedai runcit Felda tapi dah kiok kot rasanya. Lepas tu nampak juga CoopMart kat sini tapi pun kejap je. Huhuhuhu. Nak tunggu ZoolMart tak tau lagi le. Mungkin lagi 10 tahun lagi.. Heheheh. Berangan tak salah kan?

Tabung Haji Masjid Tanah
Minggu ni baru aku tau yang Tabung Haji ada dibuka pada hari Sabtu. Itupun di cawangan tertentu je. Dan pada hari Sabtu lalu aku singgah di Tabung Haji Masjid Tanah. Tempatnya ok dan selesa. Mula-mula aku nak masukkan duit syilingku yang dah penuh sebotol bekas kuih tu tapi apakan daya, MESIN ROSAK. Kecewanya aku bukan KEPALANG. Apataknya, ini bukan kali pertama aku pergi ke institusi kewangan untuk menukar duit syiling dan ditolak sebab mesin rosak.
Kenapa ye mesin ni selalu rosak? Aku pernah dulu pergi ke UTC Melaka. Pun sama juga jawapannya. Mungkin sebab mesin ni mahal kot. Nak betulkan pun diorang BERKIRA-KIRA. Tapi eloklah betulkan sebab tak lama lagi nak masuk hari raya, banyak duit syiling nak kena kira tu nanti.

Aku penah juga nak cuba masukkan dalam mesin syiling terbuka kat BSN Jasin. Tapi setakat 4 kali aku singgah manjang je rosak. Apapuntakboleh. Korang ada simpan duit syiling kan? Apa kaedah korang buat untuk simpan?

Okay, minggu ni malas nak cerita pasal kerja. Walaupun ada pergi ke Dewan Undangan Negeri menyaksikan Sidang DUN Melaka setengah hari dan ada pelancaran iklan di bas Panorama. Tak berapa nak mood nak tulis.

17 thoughts on “Ringkasan Bulan Mac, Whatsapp di Laman Web, Survey untuk Sistem Rumah Sewa

  1. Banyak cerita dalam 1 entry. Nak komen banyak ni, hehe 😀
    1) Sistem rumah sewa tu memang bagus. Sangat membantu penyewa dan tukang sewa

    2) Saya selalu tak pergi mesin siling tu. Selalu pergi Tabung Haji terus. Diorang accept syiling tanpa amik komisen.

    3) Sekarang merata-rata ada dah 99 Speedmart tu. Memang angkat bendera putih betul kedai-kedai runcit yang untung margin kecik seciput tapi dapat harga mahal dari pengedar. Susah nak hidup.

    1. memang banyak cerita dalam 1 entry sebab blog ni biasa update seminggu sekali.. hehehe. tapi boleh jenguk2 artikel lama2 tu.
      1) tq.
      2) saya pun tak pergi mesin siling tu. pergi kaunter. tapi kat dalam kaunter yang rosak mesin tu..
      3) peniaga kecik memang banyak yang gulung tikar dan buat benda lain.. nak buat camne, orang sekarang ada pilihan yang lebih baik

  2. dulu masa study shah alam..suka beli kat speedmart..harga lagi murah n byk pilihan…
    tak pernah plk guna whatsapp kat laptop..
    rumah sewa je ke?kalau kedai untuk disewa?

    1. kedai belum lagi cik tom.1st phase buat rumah . n lepas tu baru buat yang kedai. wah handal cik tom dah ada kedai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *