Cuti Melawat Zoo Melaka 2019

Zoo memang sinonim sebab namaku pun bermula dengan tiga huruf yang sama. Ianya menjadi ajukan ketika masa muda belia dulu. Sepatutnya pada minggu lepas aku dan keluargaku nak pergi ke Taman Rama-rama di Ayer Keroh tetapi agak malang sebab isteri tertinggal tiket di pejabat.

Jadi terpaksa tukar lokasi ke Zoo Melaka. Ikutkan 2 tahun lepas dah pergi bertiga (masih lagi bertiga belum bertambah). Tahun ni dak Fatih berusia 4 tahun jadi pergerakan dia lebih lincah cuma emosi dah bertambah. Ada perasaan takut yang kadangkala melampau. Masuk dalam pukul 11.00 pagi dan kebetulan ada persembahan burung. Tengok-tengoklah camne burung-burung yang terlatih menunjukkan kebijaksanaannya. Menariklah juga bila tengok keletah burung yang bijak. Pasti bukan satu tugas mudah bagi jurulatih untuk berinteraksi dengan burung-burung tu.

Selepas selesai melihat persembahan burung pergi pula melihat badak. Ada dua ekor badak sumbu yang bergerak agak jauh. Dak Fatih nampak berminat tapi agak takut sikit. Gerak sikit pergi ke kandang kuda. Aku teragak nak bawa Fatih naik tapi dia takut amat. Tak terdaya untuk mengajaknya naik kuda dan berposing. Jadi terpaksalah berjalan kaki di dalam kawasan zoo tu. Pada pengamatan aku, keadaan zoo ini berbanding dua tahun lalu tiada banyak perubahan. Walaupun diberitakan bahawa pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah mengambilalih pengurusan zoo ini tapi keadaan masih di tahap sederhana. Aku perhatikan ada beberapa haiwan yang berkurangan. Penjagaan juga nampaknya tidak baik.

Binantang yang boleh menjadi tarikan seperti harimau tidak banyak. Malahan singa pula sudah tua. Menurut maklumat singa yang berada dalam kandang telah berusia lebih 20 tahun dan nampak kurus kering. Secara amnya masih banyak yang perlu diperbaiki oleh pengurusan baharu dalam memajukan Zoo Melaka ini.

Selepas selesai satu pusingan Zool Melaka, aku sempat menaiki tram pula. Menaiki tram agak santai tapi driver tidak banyak memberikan info. Mungkin pihak pengurusan boleh memberikan latihan kepada driver supaya memberikan maklumat mengenai haiwan-haiwan yang terdapat dalam kandang tersebut.

Ia akan membantu meningkatkan kredibiliti Zoo Melaka itu sendiri dalam memastikan pelancong terasa terhibur dan terasa ingin datang kembali ke Zoo Melaka.

OO ye, perjalanan di Zoo Melaka memang akan mengeluarkan peluh apatah lagi dengan keadaan cuaca yagn cukup panas. Peluh memang datang mencurah-curah tu.

AKu pergi bertiga dan masuk sekali dengan tiket tram. Tak ingat berapa tapi RM5+ juga la…

Kaunter Tiket Zoo Melaka
Fatih bagi kuda makan. RM5 satu bekas.



Badak yang cukup besar



Naik tram sambil lihat haiwan-haiwan di kandang

Melihat Pertunjukan Burung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.