Alhamdulillah, pada hujung minggu lalu aku dan rakan sepejabat telah selesai mengharungi kursus ‘Team Building’ yang dianjurkan oleh pejabatku.
Kursus ‘Team Building’ ini adalah untuk mengukuhkan pertalian antara sesama kakitangan samada yang berjawatan tinggi mahupun yang rendah.

Kursus selama 3 hari ini diuruskan oleh syarikat perunding motivasi iaitu ‘Titian Insan Nur Kamil yang beroperasi di Melaka.
Syarikat ini merupakan konsultan menumpukan kepada kursus-kursus yang melibatkan JATIDIRI, TEAMBUILDING dan LEADERSHIP. ditubuhkan pada Mac 2012 atas niat murni untuk berkongsi pengalaman dalam mendidik anak bangsa.
Kursus Team Building bagi Jabatan ini dilakukan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Perjalanan kami bermula dari jam 3.00 petang Jumaat. Pemandu bas mengambil keputusan yang agak drastik apabila memilih jalan kampung berbanding melalui lebuhraya.
Katanya untuk mengelakkan jem yang berlaku di lebuhraya. Pada mulanya, sasaran untuk sampai dalam jam 7.30 malam tapi lewat dan sampai di lokasi hampir jam 9.00 malam. Memang perjalanan yang memenatkan kerana jalan yang agak simpang siur dan banyak selekoh merbahaya. Memang terdapat banyak rungutan terhadap pemandu bas tersebut.

Sesampainya, kami menaiki trak pikap untuk sampai ke lokasi disebabkan bas tidak mampu untuk sampai ke kawasan resort tersebut yang jauh ke dalam. Dalam kegelapan malam kami berhimpit untuk menaiki trak pikap tersebut. Ada sedikit kegusaran kerana hampir 20 orang berada di belakang trak tersebut. Perasan juga yang trak tersebut memandu dalam gear rendah kerana terdapat jalan yang berbukit tinggi.
Sampai di resort, makan malam dan seterusnya pergi ke dewan untuk sessi ice-braking. Macam biasa, ada agihan kumpulan, lantikan Penghulu dan sebagainya. Aku tak berapa rajin nak cerita detail mengenai apa yang kitorang buat dalam kursus tu cuma dalam kursus ni ada permainan ala-ala sukaneka, panjat halangan dan kerja-kerja berpasukan.
Yang paling tak dapat dilupakan adalah ‘helium pipe’ dimana ada 2 bola golf di tolak melalui corong paip yang dipotong. Kami kena menyambungkan paip itu dan memastikan bola golf tersebut tidak jatuh ketika menuju destinasi yang kira-kira 50 meter. Alhamdulillah walaupun ada 5 kali jatuh tapi secara keseluruhannya ia memerlukan komitmen yang jitu antara satu sama lain. Memang ianya menuntut mental yang cukup tinggi.

Menariknya juga, ia terdapat kolam mandi yang cukup sejuk airnya. Ini adalah air dari bukit yang sejuk sekali. Masa mandi pagi pun terasa gigilnya. Ooo ye, kami duduk dalam dorm ala-ala asrama yang menempatkan hampir 20 orang (katil double decker). Sememangnya lokasi ini amat sesuai untuk mengadakan kursus-kursus atau family day.
Agak ralat juga sebab dalam pakej tu kami tidak menyertai paint ball ataupun rakit. OOO ye, antara cabaran menarik bila menaiki jambatan gantung. Walaupun tidak terlalu jauh (kira-kira 100 meter) namun ada juga gegar terutama bila berada di tengah-tengahnya. Lepas je selesai melepasi jambatan gantung terus menuju ke acara ‘Flying Fox’.
Kali pertama aku mencuba flying fox, tapi takde lah rasa takut mana pun. Mungkin sebab ketinggian tidak terlalu mencabar dan ianya agak dekat.

Kawasan Dusun Eco Resort Bentong ini agak luas dan agak menghijau. Walaupun ternampak beberapa kawasan yang sedikit gondol namun separuhnya masa penuh dengan hutan dan pokok-pokok merimbun. Di kawasan tersebut tiada kedai-kedai macam 7Eleven tapi ada kedai jual makanan ringan, minuman yang simple-simple. Agak bernasib baik sebab boss belanja minum tatkala kami ke sana.
Okaylah cukup setakat ini. Aku masih belum mendapat rehat secukupnya dan mungkin artikel ini agak terlalu SIMPLE. Apapun ini pengalaman baru bagi aku dan jabatan. Semoga akan datang ada lagi kursus Team Building ini yang mampu mengeratkan silaturrahim antara sesama kakitangan.

Layankan gambar-gambar yang semuanya aku kebas dari Wassap, Telegram dan Facebook kawan-kawan sepejabat.

Sessi selfire. Cari mana aku sembunyi
Sessi selfire. Cari mana aku sembunyi
Muka dimekap putih laksana Qu Puteh bagi menjayakan aktiviti lakonan filem P Ramlee
Muka dimekap putih laksana Qu Puteh bagi menjayakan aktiviti lakonan filem P Ramlee
Macam biasa, aktiviti bergambar mesti ada. Eh sekali aku duk tepi sekali. Siap dengan seluar senteng lagi
Macam biasa, aktiviti bergambar mesti ada. Eh sekali aku duk tepi sekali. Siap dengan seluar senteng lagi
Kena duduk di garisan ketika aktiviti outdoor ni
Kena duduk di garisan ketika aktiviti outdoor ni
Aktiviti menuntut kesabaran. Memerlukan komitmen bagi memastikan bola golf sampai ke arah tujuan
Aktiviti menuntut kesabaran. Memerlukan komitmen bagi memastikan bola golf sampai ke arah tujuan
Menjadi ala-ala arkitek kontraktor buat rumah. Paling jahanam kumpulan ni sebab takde orang teknikal
Menjadi ala-ala arkitek kontraktor buat rumah. Paling jahanam kumpulan ni sebab takde orang teknikal
Tengok muka kelako dok ada. Putih bukan cam tepong gomak tapi dah cam tepung gandum. Dah le dapat no last, prop bukan main
Tengok muka kelako dok ada. Putih bukan cam tepong gomak tapi dah cam tepung gandum. Dah le dapat no last, prop bukan main

9 Replies to “Kursus Team Building di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang”

  1. kalau jadi peserta memang tak best kursus team building begini..lasak dan mencabar

    namun kalau jadi fasilatator memang best kerana jadi ‘pendera orang’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.