Selamat Menyambut Hari Kebangsaaan 60 Tahun dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H

Assalamualaikum semua.. Minggu ni ada banyak acara yang bersejarah. Bermula dengan acara penutup Sukan SEA pada 30 Ogos, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Raya Aidiladha pada 1 September 2017.
Walaupun aku tak menonton siaran langsung acara penutup sukan SEA namun ada satu perkara penting yang melibatkan diri aku. Cewah.. Bunyi macam VIP je plak. Tapi ye lah, apabila YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Cuti Bersejarah pada 4 September memang bergembiralah seketika.
Macam seronok tapi pasti ada kerja tertangguh. Ah, lupakan kerja tu dulu. Yang penting buat perancangan dulu nak buat apa time cuti tu. Takkan nak melangut tengok tv je kan. Kenalah buat sesuatu yang mendatangkan faedah kan?

Bercerita pula tentang Hari Kebangsaan, macam biasa aku kena terlibat dalam Perarakan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Melaka. Perarakan yang melibatkan 30 orang kontinjen opis ku ini menyaksikan kami bermula seawal sebulan dengan melakukan latihan di pejabat setiap Isnin dan Khamis pagi.

reherseal
Hari Reherseal Untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

Memang mencabar sebab selalu je kumpulan tak penuh hingga menganggu tumpuan. Nak buat PARAS pun sering terganggu tapi tetap diteruskan. Sehinggalah pada hari Reherseal pada 29 Ogos lalu. Secara amnya nampak smooth je tapi malang bila hari kejadian ada isu yang tak terjangka berlaku.
Orang yang diamanahkan untuk membawa Bendera dan Penanda (Pelekat- betulkan kalau salah) tidak tiba waktu kejadian. Memang kelam kabut jugalah pada hari kejadian tu. Oo ye, kalau tahun-tahun sebelumnya (20162015, aku ikut naik bas dari pejabat, tahun ni aku direct dari rumah dan parking di Hang Tuah Mall.
Malas nak jadi orang yang MENUNGGU je kat dalam bas tu,, Alhamdulillah tepat juga sampai. Berbalik semula pada perbarisan kami. Alhamdulillah, berjaya menamatkan perbarisan dengan baik. Kalau ikutkan tahun ni kawad memang cukup cantik dari permulaan hingga akhir.

Selfie Hari Merdeka

Walaupun aku seperti biasa sering salah kaki namun dapat disamakan dalam tempoh yang cepat. OO ye, ada juga isu kasut yang disediakan di pasang ladam terlalu banyak. Ada 4 ladam dengan paku kecil tu. Nasib baik aku buka awal. Itu pun kaki melecet sebab banyak sekali berhenti mengejut di tengah jalan.
Apapun aku rasa kawad tahun ni yang terbaik. Harap-harap tahun depan tak payah masuk . Kasi rehat sebab dah bertahun sertai tu.

Balik rumah pula tak dapat rehat panjang sebab petang kena buat inspection untuk pejabat baharu nanti. Banyak kerja yang nak kena buat ni. Pening juga memikirkan camne nak tarik Unifi atau Streamyx dulu sebab dalam bangunan tu takde pula. Habis je perjumpaan pergi ke bakal RUMAH sebab nak buat GRILL rumah.
Inshallah, macam ada tanda positif antara pembekal dan isteri. Harap-harap berjalan lancar selepas ni.

Esoknya, Hari Raya Aidiladha 1438 H. Pagi aku telah ke masjid berdekatan menunaikan Solat Sunat Aidiladha. Berbeza pada tahun ini, AJK Masjid memutuskan agar ibadah korban dilaksanakan pada esok hari kerana lembu yang perlu dikorbankan agak besar. Iaitu 18 ekor lembu akan dikorbankan pada tahun ini. Satu angka yang besar dan mungkin sukar dilaksanakan pada hari Jumaat.
Jadi mereka bersetuju agar korban dilaksanakan pada hari Sabtu yang lebih panjang masanya. Aku pula terus bergerak ke Kuala Linggi selepas selesai solat sunat Aidiladha. Ingatkan nak singgah mana-mana untuk makan tapi takde kedai makan yang buka pun (kecuali ada satu kat kawasan kariahku).
Jumpa sanak saudara dan sempat solat Jumaat di Masjid aku menikah dulu. Ramai juga jemaah dan ada pula ADUN Kawasan yang bersama-sama jemaah tu.

masjid kuala linggi
Solat di Masjid Kuala Linggi

Mula-mula perancangan nak berenang tapi kepanasan pula melanda jadi aku tangguhkan je dulu..

Tahun ini Aidiladha ada sedikit berbeza sebab tahun ini ibubapa berada di tanah suci MEKAH. Jadi tak merasalah rendang buatan mak. Nak harapkan adik memang takdelah.
Semoga ibu dan bapaku mendapat haji mabrur walaupun bapaku tidak dapat menunaikan haji secara sempurna( masuk wad) tapi dapat melaksanakan juga tuntutan Agama itu.

Apapun dikesempatan ini akau ingin mengucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 60’ dan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA’

 

Kredit Gambar Logo :- Askideas.com

5 thoughts on “Selamat Menyambut Hari Kebangsaaan 60 Tahun dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1438H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *