Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Mula-mula aku nak ucapkan ‘SELAMAR HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN’. Pada ketika aku menaip entri ni, raya telah masuk pada hari ketiga.
Memang perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Kemeriahan raya pun telah sedikit pudar bagiku. Apatah lagi dengan kekangan untuk memakan makanan manis maka tiadalah gembira sangat di Hari Raya tahun ini.
Raya tahun ini lepas je solat Aidilfitri aku terus je bersama mak dan adik beradik melawat kubur arwah bapaku. Mungkin ada sesetengah pendapat tidak bersetuju melawat di Hari Raya ni tapi pada aku ok je. Kalau ikutkan hari biasa pun ada juga menziarahi kubur (sebab dekat) tapi mungkin bagi yang jauh tu inilah masa lapang yang sesuai untuk mereka.
Jadi tak perlulah nak diperbahaskan sangat kot. Hari Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat jadi pada mulanya aku bercadang untuk beraya di rumah mak yang dekat je ni. Tapi dah pukul 11.00 terus tukar plan pergi ke kampung di Kuala Linggi.
Sampai rumah sepupu isteri dalam pukul 12.45 tengahari, makan lontong dan rendang dan terus gi Masjid Kuala Linggi. Masjid yang menjadi saksi pernikahan aku dengan isteriku. Ramai juga jemaah pada hari tu. Almaklumlah raya, ramai anak rantau yang pulang ke desa melawat sanak saudara.
Jalan-jalan di rumah sedara dan kenalan isteri dan ada pertanyaan dari tuan rumah tentang keadaan fizikal ku. Yup. Keadaan fizikalku yang telah menyusut dan aku berterus terang bahawa ianya adalah sebab mengawal pemakanan dari penyakit kencing manis. Kawalan pemakanan yang dilakukan sebelum dan masa puasa yang menurunkan berat dari 65kg ke 57 kg.
Sungguhpun beratku telah menuju 57kg namun ia masih belum mencapati ideal berat BMI. Kena 55kg ke bawah baru lepas tu. HUhuhuuhu. Memang lagi keringlah lepas ni.
Balik rumah berkejar pula sebab ada rakan baikku yang akan datang ke rumah. Memandangkan tak sempat nak siap-siap maka call je Pizza Hut Delivery. Alhamdulillah sampai cepat juga Pizza tu dan dapatlah aku bersiap=siapkan.
Sahabat baikku ini memang telah lama ku kenali. Ikutkan dari sekolah menengah tapi mungkin masa tingkatan 2 atau 3 baru mula rapat. Dan alhamdulillah sampai kini lebih dari 25 tahun kami bersahabata. Ada waktu yang renggang masa dia mula-mula kerja PTD dulu tapi kenangan memang banyak dengan dia..
Banyak kisah suka duka yang pernah dilalui bersama. Tapi masing-masing kini mempunyai kehidupan tersendiri. Kalau ikutkan memang dia jauh BERJAYA nya dari aku. Tapi takpe, aku tumpang bangga sebab beliau berjaya mendapat jawatan yang tinggi dalam jabatan kerajaan. Semoga dia lebih berjaya dan harap-harap tak lupa kat aku yang biasa-biasa je ni.
Eh, sentimental pula aku hari ni.. Hehehehe
Hari Sabtu, raya kedua pula pergi ke rumah pakcik ku di Felda Tun Ghaffar, Kemendor. Pakcikku ini memang setiap raya kedua akan buat majlis rumah terbuka untuk menjemput sanak saudara. Menariknya tahun ni dia tempah PA system kami. Agak malang sebab PA system tak berfungsi pada hari kejadian. Agak malulah juga. Tapi apakan daya. Dah nak terjadi.
Bila tanya adik, rupa-rupanya ada pakai PA yang lain dari yang bawak. Nasib le. Angan-anganku nak berucap tak jadi .
Petang tu macam biasa, sanak saudara datang ke rumah mak seperti tahun sebelumnya. Walaupun bapa dah takde namun silaturrrahim masih diteruskan. Alhamdulillah.
Malam tu pula kami pergi ke Merlimau melawat sedara. Fatih pula nampak gembira dengan kawasan rumah yang luas dan juga kawan baharu. Oo ye, sebelum tu pergi ke rumah makcik di Felda Bukit Senggeh.
Hari Ahad takde apa yang boleh diceritakan sebab aku hanya pergi ke majlis rumah kahwin rakan sepejabat di Pulau Gadong. OO ye, mungkin tahun ni last aku duduk di Taman Maju Jasin dan bakal berpindah di rumah baharu. Diharap semuanya berjalan lancar.
Esok aku dah mula kerja. Mood raya tak berapa nampak. Nak puasa 6 tapi tangguhlah dulu hari Selasa- Jumaat sebab time tu cuti. Hehehehe
Kepada korang semua aku ucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1439H’. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
rasa macam tak sanggup pula nak baca cerita hari raya kawan-kawan blogger..
sebab sedih terkenang akan diri sendiri..
namun dengan kesempatan ini ..
saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin buat bro sekeluarga