Isu Daging Korban

Aku jarang bercerita tentang hal isu semasa dalam blog ni tapi hari ni memandangkan tengah ada mood aku nak juga menulis pasal hal semasa.
Aku tertarik menulis ni bila isu perihal daging korban ni jadi viral kat media sosial. Sebelum tu pun ketika aku lepak layan bihun goreng sama kopi ada dengar pakcik sebelah bercerita pasal daging korban ni.

Ada 3 cerita yang akan ku kongsikan iaitu :-

1) Perihal orang yang telah membayar duit untuk berada dalam sebahagian daripada ibadah korban.
– Ceritanya mengenai seorang lelaki yang katanya telah membayar pada AJK(mungkin) dan pada hari kejadian bila dia tengok namanya tiada dalam senarai di papan kenyataan.
Apalagi, mengamuklah dia dalam Facebook dan terus dihentam dalam Facebook Taman. Dituduhnya bahawa AJK tidak amanah , korupsi dan sebagainya. Memang tuduhan yang berat di paparkan.
Aku tak berani nak komen tapi selepas itu, AJK Masjid memberikan jawapan bahawa sebenarnya nama telah ada dalam pembahagian lembu korban cuma terlepas pandang pada senarai yang dipapar dalam papan kenyataan.
Pada pandangan aku, terus menerjah di Facebook bukanlah satu tindakan bijak. Ia sedikit sebanyak telah mencemarkan AJK Masjid tersebut. Seeloknya melakukan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak masjid tu.

Selain itu aku ada idea (hanya dalam kepala) supaya setiap masjid mempunyai database mereka sendiri. Tak perlu nak ada sistem-sistem gempak, cukup kalau ada data dalam MS Excell dan boleh dipaparkan seminggu sebelum majlis.
Lagi satu, pemberian resit juga boleh digunakan secara online dimana ia boleh dihantar ke Whatsapp mereka yang ingin berkorban itu. Nanti takde isu lagi mengatakan tak terima resit atau penipuan. Seeloknya AJK Masjid jangan menerima sebarang pembayaran jika tiada resit ditangan. Tapi kalau ada sistem/app sudah pasti boleh dilakukan dengan lebih mudah.

2) Cerita tentang penerima daging korban yang tak dapat
– Isu ini sama juga sebab takde database oleh pihak berkaitan. Mungkin pihak Jabatan Agama Negeri boleh membantu kariah-kariah masjid untuk membangunkan satu sistem. Ia boleh memudahkan para AJK Masjid untuk menyerahkan daging korban kepada yang sepatutnya dengan lebih telus.
Tak perlu ada cerita-cerita belakang lagi sebab dengan sistem ianya telah ditetapkan. Lagi satu kepada penerima daging tu pun rajin-rajinlah membawa diri ke masjid. Kalau yang sakit dan tak mampu ke masjid tu diharap jiran-jiran dapat membantu. Jangan lah harapkan AJK Masjid sahaja melaksanakan tanggungjawab Fardu Kifayah ni.

3) Orang yang tidak layak tapi melebih ambil daging korban
– Kalau ikutkan, penyembelih dan orang membantu tak boleh ambil daging korban sebagai upah. Yang ini aku tak berani nak kupas secara ilmiah sebab ilmu aku tentang korban ni terlalu daif. Tapi bagi mereka yang berkemampuan atau tidak memerlukan daging korban tu eloklah kalau tidak berebut.
Ada juga yang komplen tak dapat kupon daging korban tapi dalam masa yang sama dia juga terlibat dalam korban tu. Maksudnya dia mampu mengeluarkan duit ratusan ringgit untuk ibadah korban jadi sepatutnya mereka mampu untuk membelinya. Jadi tak payah nak mempertikaikan kalau tak dapat daging korban tu.

Okay itu serba sedikit. Aku memang tak ambil daging korban. Bukan banyak duit ke apa tapi memang tak memerlukan buat masa ini. Lagipun rasanya dalam taman ni masih ramai yang memerlukan daging tersebut. Wallahualam.

8 thoughts on “Isu Daging Korban

  1. Cadangan yang bagus. Isu seperti ini sepatutnya tak terlalu panas, tapi bila dihebahkan di media ia jadi viral. Kalau bincang elok2 Insya-Allah dapat selesai dengan baik. Paling penting ambil la pengajaran dari kisah qurban itu sendiri.

  2. baik untuk diberikan daging korban ni adalah orang-orang yang kurang berkemampuan.;..kepada yang berkemampuan bila-bila masa bole beli je daging kat pasar..
    info yang sangat bermanfaat..

  3. macam macam hal ya isu ni, tp tu lah yang x best pasal nama xda pun nak bising, bukan kah Allah lebih tahu niat ikhlas kita, bukankah erti korban tu sendiri bersedekah ikhlas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *