Tinggal hanya beberapa hari je lagi sebelum tahun 2015 bakal meninggalkan kita. Ada banyak perkara yang berlaku pada tahun 2015 yang mungkin akan kukenang sehingga dah tak boleh kenang lagi.
Seperti juga manusia lain, aku juga ada menanam AZAM pada setiap hujung tahun. Yelah, kalau takde azam hidup hanya mengikut ARUS je, tak menariklah hidup. Sebelum aku berkongsi Azamku aku nak imbau kembali apa azam tahun 2015.

Azam 2015

Bila aku tengok kembali artikel mengenai sasaran 2015, nampak ada yang berjaya dan ada yang masih terkial lagi. Tapi tak mengapa, aku kongsikan juga sedikit sebanyak apa yang berlaku.

tahun-2015

1) Menukar compressor aircond kereta. Kelakar juga bila aku tengok sasaran tu. Alhamdulillah, sasaran tu dapat juga ditunaikan. Tak menggunakan khidmat Perodua Service Jasin tapi di bengkel yang ayahku bawa. Walaupun tak sempurna kerjanya dan terpaksa dihantar kedai lain, namun aircond keretaku dah berfungsi dengan baik. Kalau pergi ke Perodua pasti kena RM1,800 tapi guna kedai biasa campur kos rugi pergi kedai kedua, AKu membelanjakan RM800.00. Kira lebih dari 2 kali ganda.
Mungkinlah compressor ni tak original tapi takpelah. Ini risiko perlu diambil kalau guna bengkel bukan Perodua. Tapi takpelah, janji sejuk di dalamnya. Harap-harap mampu bertahan bertahun-tahun lagi sebab aku rasa akan pakai MyVi ni untuk jangka masa lama. Tak teringin nak beli kereta baru walaupun dulu ada cita-cita.

2) Selesaikan baki hutang PTPTN. Nampaknya tak berjaya menyelesaikan pada tahun 2015. Kalau pada Januari 2015 masih ada baki RM2,800, pada Disember 2015, sudah tinggal RM1,000 sahaja. Mungkin kalau ada bonus aku cuba selesaikan separuh dari hutang ni. Tidak mustahil aku mampu selesaikan pada 2016 ini. Kalau ada ‘Durian Runtuh’ dari Blog, mungkin lagi cepat ku SELESAIkan PTPTN ni. Tak payahle PTPTN potong separuh gajiku nanti.

3) Membeli smartphone baru. Memang ada beli smartphone baru Asus Zenfone tapi salah sasaran. Kalau ikutkan azam nak beli untuk isteri tapi masih tak mampu apatah lagi Lenovoku buat hal apabila sering jem. Maka terpaksa beli untuk sendiri. Dalam sasaran juga nak beli tabs atau laptop dan masih belum termampu lagi. Hanya mampu menggunakan laptop sediada yang nak runtuh tu. Tapi tak mengapa laptop second hand tu dah banyak membantu aku untuk hasilkan pelbagai kejayaan dalam hidup. Termasuk juga blog ini yang kini menjadi blog personalku. Ia ditaip menggunakan laptop yang kubeli dengan harga RM600 2 tahun yang lalu.. Dah nak putus dah tempat taipnya tapi masih ku gunakan untuk kerja-kerja blog ku.

4) Membangunkan sistem atau laman web sendiri. Tahun 2015 aku cuba belajar beberapa bahasa pengaturcaraan namun nampak seperti tiada bakat di situ. Pada tahun 2016 dijangka akan masuk seorang programmer di pejabatku. Maka eloklah aku biarkan sahaja azam yang ini berkubur. Mungkin aku perlu memberi tumpuan pada yang lebih sesuai bagiKu.

web-developing1

5) Cabaran sebagai ketua unit Jabatan. Memang banyak tahun 2015 ni, kena buat sewaan PC, pembelian aset dan sebagainya. Malas pula aku nak cerita hal pejabat sangat kat sini.

6) Merancang untuk aktif dalam aktiviti di Taman. Agak malang, azam ini tak berapa tercapai. Ada anak kecil ni susah sikit nak ikut aktiviti kat taman ni. Nak ke masjid solat jemaah pun semakin kurang sekarang ni. Nak kena kuatkan semangat lepas ni.

7) Sasaran pendapatan konsisten sekurang-kurangnya RM500 sebulan melalui online. Secara amnya ‘GAGAL’. Memang tak termampu nak dapat banyak tu. Mungkin terlalu banyak KELEMAHAN yang perlu kuperbaiki.

Itu antara azam 2015 yang ada tercapai dan ada yang tidak. Kalau tengok macam teruk je tapi sebenarnya ada pencapaian lain yang telah ku tulis dalam entri Umurku 37 Tahun. Jadi kalau korang nak tau apa yang kucapai pada tahun 2015, kenalah baca entri tu ye. Yang dah baca kalau terlupa pun boleh tengok semula.
Malahan mungkin ada juga azam 2016 yang kutaip disini akan sama dengan disana tapi takpelah. Yang artikel ini akan lebih fokus sikit tentang Azam 2016 ku. Nak tau apa azam 2016 ku ? Antaranya ialah :-

Azam 2016

1) Aku sekarang ni ada hobi baru iaitu berlari. Bukanlah berlari macam Usain Bolt tu tapi masuk acara larian. Pada tahun 2016 nanti aku akan cuba menyertai sekurang-kurangnya 5 acara dan berusaha untuk mendapatkan 5 ‘medal finisher’. Bagi sesiapa yang nak tau perkembangan larianku boleh jengok kat blog lari disini. Selain itu aku juga mensasarkan untuk MAMPU berlari 10 kilometer pada tahun hadapan.
Kalau ikutkan, aku mensasarkan lagi 2 tahun lagi tapi memandangkan banyak acara yang memberikan ‘medal finisher’ melibatkan acara 10 kilometer maka aku kena berusaha keras untuk melangkah lebih jauh. Tak mustahil untuk melepasi 10 kilometer tu cuma kena tengok juga masa minima untuk menerima medal tu.

Baju yang ku kumpul melalui 3 acara larian
Baju yang ku kumpul melalui 3 acara larian

Kenapa aku nak kejar sangat medal tu? Sebenarnya itu merupakan motivasi aku untuk berlari. Kalau tidak aku hanya akan sambil lewa sahaja dan akan berhenti setengah jalan. Untuk memastikan aku konsisten dalam larian, aku perlu ada sasaran. Jadi aku kena kuatkan semangat. Dengan berlari juga adalah salah satu SUKAN yang aku boleh sertai. Nak berfutsall, tak mampu. Nak berbadmintonn asyik kena buli je, nak berenang takde kawasan maka berlari adalah yang paling mudah untuk diriku. Ia juga mampu mengeluarkan peluh dengan banyak.

Medal, Sijil dan Bip Nombor acara larian yang kusertai
Medal, Sijil dan Bip Nombor acara larian yang kusertai

Diharap juga dengan aksi sukan lari ni dapat membantu aku memperbaiki kesihatan badan yang nampak semakin tidak stabil. Harap-harap kolesterol dalam badan dapat dikurangkan dan gangguan pada dada dapat dihilangkan. AMIN.

Aku juga ingin mensasarkan larian 10 kilometer dapat dihabiskan dalam tempoh 1 jam 15 minit sehingga hujung tahun ini. Kalau ikutkan sekarang memang tak tercapai, tapi mungkin pada hujung tahun nanti mampu dicapai kalau usaha dan latihan dilakukan dengan konsisten.
Selain menyertai acara larian, aku juga mensasarkan agar larian secara latihan dapat dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau sekarang ni hanya sekali seminggu atau paling lebih pun 3 kali seminggu dan ianya tidak konsisten. Jadi untuk tahun 2016 aku menetapkan sekurang-kurangnya aku mampu berlari 150 kali (termasuk acara) atau 1,000 kilometer. Nampak macam tough dan ganas tapi kena cuba juga buat sasaran sebegini. Kalau tidak nanti hanya tinggal impian sahaja.

2) Berat badan ideal. Kalau ikut BMI aku perlu berada dalam lingkungan 50-60kg dan aku merasakan mungkin antar 58-60 kg adalah yang ideal. Kalau 50-55kg tu rasanya macam terlalu kurus pula untukku. Memang ini juga cabaran besarku yang sekarang ni seberat 68kg. Sekarang ni walaupun mengurangkan makan dan cubaan berlari namun saiz tidak terlalu jauh. Dalam lingkungan 68-70 kg je dimana BMI telah lebih berat badan. Ini kerana ketinggian ku hanya 155cm dan tidak sesuai dengan beratku.

Sekarang ni selain berlari, aku telah meninggalkan makan malam, minum air susu Omega, mengambil sarapan dan makan tengahari, memperbanyakkan makan buah-buahan dan mengambil air suam dalam kuantiti lebih. Cuma sekarang ni tidak sistematik dan konsisten. Mungkin untuk tahun 2016 kena pakai apps yang sesuai untuk mengawal pemakanan. Sambil tu, aku juga mula bersenam sebelum ke tempat kerja. Senaman yang ringan je. Kalau berat nanti tak larat pula nak melaksanakan tugas.

3) Menyelesaikan baki PTPTN yang tinggal. Kalau ikutkan sekarang ni tinggal RM1,000 je. Nak selesaikan sekaligus sekarang ni agak terbatas tapi rasanya tak mustahil dalam tempoh kurang 5 bulan mampu diselesaikan. Mula-mula aku harapkan dengan duit bonus mampu menyelesaikannya. Tapi mungkin setengah dulu sebab ada ketentuan lagi mendesak.

4) Memasukkan insurans anakku. Kos perubatan yang semakin mahal membuatkan aku merasakan anakku perlu mempunyai insurans perubatan. Kalau kat IJN pun sudah ribu-ribu apatah lagi di hospital swasta. Untuk menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan mungkin agak terbatas. Kenalah menggunakan kaedah insurans. Aku ada plan untuk sekali beberapa bulan untuk anak sulungku ini. Semoga beliau tetap sihat walaupun aku tetap akan memasukkan dalam insurans.

5) Projek startup. Aku ada merancang beberapa startup namun aku mengharapkan sekurang-kurangnya ada satu yang berjaya dihasilkan pada tahun hadapan. Aku rasa tak perlu minta dana sebaliknya buat dulu projek dan lepas tu tengok perkembangan. Kalau berjaya mungkin banyak dana yang datang dan mungkin aku boleh tersenyum tapi kalau sebaliknya berlaku .. Er, tak maulah fikir yang buruk dulu. Untuk itu aku catatkan startup yang kuharapkan :-

a) Sistem Sewaan Penyewa dan Tuan Rumah
b) Laman Web Pengundian Rawak Online
c) Sistem Pendaftaran Acara Sukan Berpusat

6) Melabur. Kalau sekarang aku ada melabur di CWA CIMB melalui kenalan tapi rasanya belum mencukupi. Aku perlu mencari ruang untuk pelaburan yang memberikan pulangan yang baik pada diri ini. Kena belajar tentang pelaburan yang sesuai. Aku masih memikirkan apa pelaburan yang sesuai. Terlalu banyak yang diperkatakan seperti pelaburan hartanah, pelaburan emas, pelaburan ‘Public Mutual’ dan sebagainya. Aku kena belajar dulu sebelum memasuki salah satu bidang tersebut supaya tidak melebur lagi.

Melabur seumpama menunggu tunas pepohon
Melabur seumpama menunggu tunas pepohon

Memandangkan aku bekerja dalam industri perumahan, mungkin boleh tengok-tengok pelaburan hartanah ni. Mungkin juga dah boleh tengok-tengok pelaburan hartanah rumah lelong. Lagipun isteri belum guna lagi pinjaman perumahan kerajaan. Mungkin beliau boleh menggunakan untuk pelaburan di kawasan Kuala Linggi. Bulan lepas aku terkejut bila jiran rumah pusaka isteriku memberitahu yang rumah sebelahnya disewakan sebanyak RM350.00. Tinggi sedangkan dulu aku sewakan rumah teres ni hanya RM250 je. Nampak betapa berpotensinya pelaburan hartanah ni.
Nak cuba pelaburan hartanah? Boleh cuba rumah lelong dulu.

7) Kalau dalam azam 2015 aku mensasarkan pendapatan konsisten RM500 sebulan, namun tahun ini aku tak mahu sasarkan duit lagi. Cukup aku akan konsisten dengan blog-blog sediada. Mungkin juga kalau terpaksa, aku cuba jual 1 atau 2 blog yang tidak berkembang atau mana tahu tahun depan ada blog yang tetiba dibeli dengan harga yang hebat. Tak mustahilkan? Tapi mustahillah blog ni. Sebab blog ini adalah khas untukku sahaja.
Aku mensasarkan blog ligakampung.com akan berubah sepenuhnya pada tahun hadapan. Blog itu yang telah merubah ke blog sukan sepenuhnya bermula hujung tahun ini sedang dalam transisi penukarannya. Aku tak mampu untuk tukar sekaligus kerana ada artikel-artikel yang gah disana. Sedang dalam proses menukar ke sini namun mungkin ambil masa yang sedikit lama.
Aku juga sedang mencari dana untuk mendapatkan theme berbayar yang unik agar blog-blogku lebih berdaya saing. Selain itu aku berusaha untuk meng’komersial’kan blog-blog niche dengan mendapatkan penulis-penulis. Mungkin ada selepas ini aku boleh berehat sikit dari menulis di blog-blog niche. Tapi aku memerlukan dana dan pastinya aku mengharapkan dana dari blog itu sendiri.

8) Menderma. Bila cerita menderma sepatutnya tak perlu bagitau orang tapi mungkin ini untuk ingatan diriku. Supaya banyak membantu orang yang lebih susah. AMIN.

9) Reunion. Aku dah kawan-kawan sepengajian telah merancang untuk mengadakan ‘Reunion’ pada bulan Mac ni. Lokasi dah ada tapi rasanya tak perlu bagitau kat sini. Nanti dah sudah baru bagitau. Selain bertemu, mungkin juga aku nak tengok kalau boleh berbincang peluang-peluang perniagaan dengan mereka. Walaupun tak semua kaki bisnes, ada beberapa yang boleh nampak pencari duit tu.

10) Menghasilkan ebook atau buku. Kalau tahun 2015 aku berjaya menghasilkan ebook ‘Jom Beli Rumah’ , pada tahun 2016 aku mensasarkan 1 lagi ebook/buku dihasilkan. Tajuk dah ada tapi aku sedang cuba untuk mahir dan mengenali tentang tajuk tersebut. Bila dah mahir nanti baru ku jadikan ianya sebagai satu warkah yang mampu dibaca oleh orang lain. Kepada yang masih tak baca ebook pertama ku mengenai ‘Jom Beli Rumah’, cuba download percuma disini.

Okay cukuplah sikit sebanyak azam 2015 dan azam 2016. Sedar tak sedar hampir 2 jam juga aku menaip untuk entri ini. Semoga korang juga mempunyai Azam yang lebih HEBAT dariku. InshaAllah.

p/s :- OO ye, aku ada menghasilkan video ‘Cara-cara Tukar Kepala Paip di Sinki’, mohon tengok di sini https://youtu.be/A6clltpR3dw

8 Replies to “Azam 2015 dan Azam 2016 : Apa yang dicapai, gagal dan yang perlu dibuat ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.