Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Dah lama tak update blog ini. Sebelum ni aku pernah kongsi pasal pengalaman aku di program Team Building. Boleh kata hampir setiap tahun ada program Team Building kecuali ketika tahun 2021 dimana PKP dilaksanakan. Tahun lepas ada buat di Langkawi tapi aku tak update kat blog ni.
Tapi adalah sedikit video kenangan yang aku kongsikan di sini (link 1, link 2). Untuk kali ni opis aku buat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat. Perjalanan kami dari opis dijanjikan pukul 2.30 petang Hari Jumaat tapi ketibaan bas sedikit lewat. Lebih kurang jam 3.00 petang. Tunggu peserta bersiap semua, geraklah dalam 3.30 petang. Ikut jadual sampai ke lokasi lebih kurang jam 5.00 petang tapi disebabkan menempuh jem bagai , tiba hampir jam 7.00 juga.. Jadual pun berubahla kan..
Kawasan kali ini tidak terlalu ke dalam berbanding Lembah Pangsun yang pernah ku jejaki sebelum ini. Tapi line telefon Digi tiada pula di bilik. Masuk malam, dibahagikan kumpulan. Aku berada di kumpulan Pertama selepas ada seorang kawan yang minta tukar. Aku pun tak faham kenapa nak tukar. Tapi layan je la.. Aku bukan ada kepentingan dalam mana-mana kumpulan pun.
Macam biasa, bila ada kumpulan mesti la ada buat logo, info logo dan sorakan. Kami pun buatlah dalam keadaan yang mengantuk. Aku memang dah mamai tu..
Inilah serba sedikit gambar logo dengan nama Rimba Bara. Nak cerita panjang perihal logo ni pun tak berbaloi cerita kot..
Macam biasa, ada lah kena trademark bagai kan.. Layankan je la.. Tak layan kang menderhaka pula pada organisasi kan?
Hari kedua buat aktiviti dalam dewan. Mula-mula belajar mengenal diri melalui cap jari . Yang ni kali pertama aku mengetahuinya. Jari kita semua ni mempunyai 3 pattern utama iaitu Arch , Whorl dan Loop. Korang boleh rujuk gambar kat bawah ni
Tapi tula bila aku belek-belek jari ni, aku pun tak berapa pasti jumlahnya cumanya agak-agak banyak Loop. Mengikut pengamatan penceramah adalah beberapa sifat yang diikutkan berdasarkan pattern jari tu . Kalau korang rajin bolehlah Google ye..Nanti-nantilah aku cuba researchkan. Sekarang ni perut meragam, aku taip apa yang patut je..
OO ye, pagi tu aku subuh di Surau . Agak selesa juga surau di Agrotek Resort ni.. Tempat makan pun kira ok juga. Malas nak cerita banyak pasal makan. Secara amnya baik juga..
Petang tu pula ada program fizikal dan mental. Kena menyediakan roket yang boleh terbang paling jauh.Bahan-bahannya adalah 2 botol mineral yang perlu ditujahkan sejauh mungkin. Konsepnya cam link ni . Ada dua percubaan. Mula-mula team aku dapat no 2 tapi percubaan kedua roket tu terus naik ke pokok. Hahahha. Kelakar, tapi menarik kalau buat konten Youtube ni.. Buat eksperiman.
Projek kedua pula bawa bola merentasi tiang. Agak bosan tapi layankan je.. Dah sudah tu pergi berendam kat sungai berhampiran yang berada dalam kawasan resort..
Malam lepas makan, bersambung lagi. Kali ni cabaran mencabar kesabaran. Kena susun nat menjadi menara setinggi 8 nat. Aku yang memang kelam kelibut dan stress hanya mampu menjadi orang pertama. Kumpulan aku failed dalam game ni.. Memang mencabar kesabaran. Ikutkan dulu pernah buat ni, tapi masih susah nak buat.. Takpelah, takde kena denda pun..
Hari terakhir cabaran kesemua staff.. Pertama melepasi web dari tali rafia , kedua lompat nombor dan terakhir kena panjat menara.. Malas pula nak cerita panjang.
Akhir slot masuk ke dewan dan ada cerita serba sedikit. Yang ni ada emosi sikit tapi aku malas nak menaip disini. Mungkin aku titipkan di facebook page sedikit masa nanti. OO ye, aku pun penat dah ni tapi aku gagahkan juga menaip takut nanti terlupa macam Team Building tahun lepas. ALhamdulillah sampai rumah dalam pukul 5.. Semoga akan ada lagi entri Team Building untuk tahun depan., AMIN..
Sambil tu layan video-video kat bawah ni,.