Assalamualaikum semua..
Agak penat minggu lepas sebab ada banyak benda yang perlu disetelkan. Selain kerja-kerja hakiki, kena juga menyiapkan review SKT tahunan. Korang tahu apa itu SKT? SKT adalah Sasaran kerja tahunan atau dalam perkataan omputehnya Key Performance Indicator.
Selain kena SKT, aku juga menghadiri Kursus Asa Pengurusan Pertubuhan di Kompleks KDN Melaka. Alhamdulillah banyak juga yang aku pelajari dalam kursus tersebut. Nak kongsi kat sini pun rasanya tak termampu nak tulis panjang-panjang. Tunggulah nanti kalau impian aku menulis buku tercapai.
Mungkin ada kisah-kisahku sebagai Setiausaha Taman akan berada dalam buku itu. Doakan je la ye..

Selepas je aku menghadiri kursus asas Pengurusan Pertubuhan tu, aku kena pula hadir SKT jabatan. Memandangkan aku merupakan Ketua Unit (Unit yang tak seberapa) maka kenalah aku hadap. Persediaan memang tak berapa rapi maka kenalah bash dengan boss masa buat presentation tu. Ambik ko..
Nasib badan le kan. Tanggungjawab jadi ketua unit walaupun bukan nak pun. Dah terpaksa takde orang… SKT buat di dalam Melaka je di hotel. Hotel mana tak bolehlah nak sebut ye… Tapi berbaloi la juga kena hentam malam-malam tu. Balik terus tidur kat bilik hotel ..

Ni kena marah juga ni.. Yan glain tak sanggup dengar main telefon
Meskipun hati bengkek kena marah tapi layan je bergambar

Esoknya hari Sabtu aku berjalan-jalan ke luar Melaka. Kalau korang perhatikan, aku ni memang bukan kaki jalan pun. Pergi ke rumah bapa saudara di Shah Alam bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Dua pasangan pengantin dalam satu majlis ni. Memang melayan sebab banyak makanan disediakan.
Almaklumlah perkahwinan akhir bagi keluarga bapa saudaraku tu. Kena meriah sikit. Lagipun bapa saudara tu dah nak terus berhijrah dari situ. Sekarang ni sibuk menguruskan rumah tahfiz di Seri Mendapat..
Habis je majlis aku meneruskan perjalanan ke Hotel De Palma di Seksyen 19, Shah Alam. Memang jarang sekali aku menginap kalau pergi Shah Alam. Kali terakhir masa Dak Fatih belum lahir. Lepak kat Hotel Concorde masa tu.


Aku memilih Hotel De Palma sebab ada kolam renang di samping mengikut kempen #BMF. Ye lah, Hotel De Palma ni adalah hotel milik anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Jadi kira Muslim juga le kan? Hehehehe
Aku menggunakan web Expedia.com.my. Kos yang dikenakan adalah RM159.46. Tak tau le murah atau mahal cuma tak best bila tak include package breakfast tu. Bukan apa, kalau ada breakfast dapat lah compare masakan disitu dengan makanan di hotel yang ku makan masa SKT sebelum ni.
Dari segi fasiliti, aku rasa Hotel De Palma ni kira ok je. Takdelah grand sangat. Kolam renang dia tak besar tapi sesuailah untuk santai. Masa aku ke kolam renang tu tak ramai orang pun. Kiranya anakku dapatlah berendam sambil melompat-lompat.

Gembira dia main kolam


Aku pula tak dapat lama-lama sebab mata pedih-pedih pula. Hari kedua iaitu pada Ahad isteri dan Fatih berendam di kolam tu tapi aku tak berani. Tak berani ambil risiko sebab jadi driver kan. Kalau dah mata pedih nanti siapa pula nak bawak. Kenalah korban dari berenang pada hari kedua tu.

Smart TV rupanya. Dapat le buka Om Nom

Sambung lagi cerita Hotel De Palma. Aku dapati ada beberapa yang pelik dimana pintu untuk ke bilik adalah pintu berat. Tak pernah pula aku tengok lif kat hotel ditutup dengan pintu rintangan api tu.
Dari segi pemandangan, mungkin tak berapa best bagi bilikku. Tak de pemandangan. Aku pula tak perasan yang hotel ni gunakan Smart TV. Rugi je sebab masa mula-mula buka ada 2 channel je. Dah nak balik baru perasan Smart TV yang boleh buka Youtube .


OO ye, di sana kami meraikan hari lahir makku yang ke 70. Alhamdulillah meraikan di Icity Mall. Pergh!!! Memang kagum juga tengok mall tu. Tak jumpa lagi Mall yang bersambung dengan kondo kat Melaka ni..
Apapun, selamat hari lahir kepada makku yang ke 70. Semoga sentiasa sihat..

Okay cukuplah serba sedikit kisah minggu lepas. Aku nak rehatkan badan kejap lepas memandu banyak jam minggu ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.