Minggu lepas aku dan anak mengalami batuk yang cukup menyakitkan. Rasanya ramai yang mengalami masalah yang sama ni.
Yang lebih menyukarkan apabila anak kecil pun mengalami masalah yang sama. Si Fatih mula batuk pada hari Jumaat yang lalu selepas aku tidur di rumah homestay aku.
Pagi-pagi Sabtu tu terus aku bawa ke Hospital Jasin di bahagian Kecemasan. Dak Fatih diberikan ubat masuk buntut, ubat batuk dan ubat demam.
Memang mencabar sikit bila Fatih ni batuk. Apataknya, batuk yang melarat sampai ke waktu tidur yang sedikit sebanyak memberi kesan pada kehidupan ku. Hari Isnin tu terpaksalah aku mengambil cuti kecemasan untuk menjaga si Fatih.
Nasib baik, Selasa tu ada cuti sambutan Hari Agong maka bolehlah aku meneruskan cuti nanti. Dan pada hari Isnin tu ada satu masalah kesihatan yang lebih berlaku.
Si Fatih sakit perut yang amat pada petang tu. Pada jam 4.00 petang aku terus ke Klinik Kesihatan Machap dengan keadaan Fatih yang sakit dan menangis teresak-esak.
Sampai ke Klinik diberikan ubat dan dimuntahkan pula. Doktor di Klinik Kesihatan Machap ambil keputusan untuk menghantar Fatih ke Hospital Melaka. Takut ada yang lebih teruk berlaku pada perutnya.

Terus-terus naik ambulans ke Hospital Melaka pula. First time naik ambulan dalam jarak jauh. Kalau sebelum ni pernah naik pun dalam jarak yang dekat je. Tapi kali ni dalam 30 kilometer. Agak cuak juga bila naik ambulan yang dibawa dengan cukup laju tu.
Sesampainya aku di Hospital Melaka, jururawat menghantar kami ke Unit Kecemasan. Dak Fatih ditanya oleh doktor dan disebabkan baru bangun tidur, kesakitan tak berapa rasa lagi. Kali ni terpaksa menolak guna wheelchair. Huhuhuhuu. Nanti dah tua, harapnya dia pula yang tolak aku nanti. AMIN.
Tunggu agak lama juga, dalam 2 jam untuk masuk jumpa doktor. Fatih pun dah mula tak senang duduk sebab ambil masa yang lama. First time Fatih di X-Ray dan keputusannya, memang terdapat najis yang tersangkut di usus. Ini mengingatkan kisahku pada awal bulan Julai lalu yang mengalami situasi yang sama.
Alhamdulillah tiada masalah lain yang serius. Ye lah, mulanya doktor di Machap risau kalau apendik pecah. Aku pun cuak juga. Tapi lepas x-ray, bukan isu tu berlaku. Untuk balik ke rumah, isteriku terpaksa mengambil kami.

Lepas tu, hari Rabu isteriku membawa Fatih ke Klinik Kesihatan Alor Gajah. Dia diambil darah dan diberitakan terkena virus. Ye lah, sekarang ni macam-macam penyakit dan diberikan ubat-ubatan.

Lesu je muka budak ni bila demam

Selang beberapa hari , aku pula yang mengalami batuk sehingga demam juga melanda diriku. Masa cuti Agong tu, aku dah mula terasa demam. Mungkin jangkitan dari anakku dan juga dari pesakit di Hospital Melaka tu.
Nasib le kan. Hari Rabu aku datang juga opis dalam keadaan yang agak lalok. Sempat menyelesaikan isu kamera CCTV di opis sebelum petang tu pergi ke klinik Nazmir untuk mendapat ubat dan seterusnya balik awal.
Dari segi batuk, sehingga kini iaitu setelah 7 hari, masih ada lagi. Cuma tidaklah terlalu kerap. Secara jujurnya aku memang susah nak hilang batuk ni sejak dari dulu lagi. Si Fatih masih juga berbatuk tapi dah kurang.
Apapun bagi sesiapa yang batuk aku doakan anda sembuh. Sekarang ni kena elakkan dari berada di luar sebab cuaca agak teruk dimana jerebu dijangka akan kembali melanda negara kita.

Ubat batuk yang dibeli di Farmasi

Okaylah cukup setakat ini. Kepada anda semua yang membaca, terima kasih sangat walaupun mungkin takde apa sangat yang boleh dikongsikan dalam entri ini. Kalau nak baca info pasal batuk, boleh cuba link ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.