Hari Jumaat lepas aku pergi ke program Karnival RUmah Mampu MIlik 2017 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Walaupun sebelum ini program MAPEX sering diadakan tapi kali ini ianya menarik kerana melibatkan juga agensi kerajaan dari seluruh negeri.
Untuk kali ini Lembaga Perumahan Melaka juga buat pertama kali menyertai MAPEX kebangsaan. Jika sebelum ini hanya terlibat dalam MAPEX negeri sahaja.
Pada jam 12.00 tengahari aku menaiki van Jabatan menuju ke destinasi iaitu di SACC. Nasib baik aku ada dalam van tersebut sebab pemandu bidan terjun ni tak berapa mahir jalan di Shah Alam.
Memandangkan aku ada pengalaman 2 tahun bermastautin di Shah Alam pada tahun 1999-2001 maka aku menunjukkan jalan ke arah lokasi tersebut.
Sampai kira-kira jam 2 petang dari Melaka. Kira laju juga driver bawa van Toyota Hiace tu. Dalam van tu aku ceritalah kenangan aku menaiki motosikal dari Melaka ke Shah Alam. Cerita camne aku kena tinggal dengan kawan sebab bawa motosikal Yamaha Sport yang tak mampu mengejar.
Memang terkenang betul bila lalu lebuhraya Elite tu. Sesampainya di SACC aku masuk ke booth jabatan yang terletak bersekali dengan Program Perumahan Penjawat Awam(PPA1M). Sampai sana terjumpa seorang rakan lama yang pernah bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) di Pejabat Daerah Jasin..
Memang dah lama sangat tak jumpa dia ni. Dia sekarang ni PPTM kat KPKT dan bertugas untuk jaga slide majlis tu. Adalah beberapa perkara yang aku bincangkan tapi agak SULIT untuk dikongsikan.
Lebih kurang dalam jam 3.45 petang Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah (REHDA) Malaysia, Datuk Seri FD Iskandar . Beliau membicarakan tentang isu pemaju yang menghadapi masalah pembiayaan oleh pihak bank yang mana memang menjadi kesukaran bagi mana-mana pemaju pun.
Aku kagum dengan beliau sebab dalam ramai-ramai pemaju perumahan yang biasanya dikuasai oleh bangsa Cina, beliau mampu menjadi ketua Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia itu. Banyak juga yang dibicarakan oleh beliau tentang isu perumahan ni. Selain itu aku juga tertanya apa itu ‘FD’ dalam namanya. Kalau ada yang tahu, boleh kongsi ye.
Selepas habis ucapan pembukaan, Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar pula membuka ucapannya. Kalau masa majlis perasmian PPR Tehel beliau tak dapat ruang untuk berucap tapi untuk program ini aku melihat sendiri kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Berbeza dengan orang lain, beliau memegang mikrofon tersebut sambil bergerak untuk memberi ucapan. Macam dalam seminar pula dia berbicara.
Tapi memang banyak isu sepert kaedah yang dilakukan untuk memberikan kemudahan bagi rakyat B40, M40 bagi mendapatkan rumah. Antara yang ditekankan adalah konsep Rent To Own (RTO) iaitu kaedah memberikan sewaan dan pemilikan selepas itu. Satu kaedah yang bagus untuk orang ramai mendapatkan rumah mampu milik.
Alhamdulillah, lepas tu Tan Sri Noh Omar singgah ke booth kami. Aku tak dengar apa yang diborakkan oleh boss dan EXCO Perumahan Melaka denga Tan Sri Noh Omar tapi mesti pasal kemampuan Melaka mendapatkan Rumah Mampu Milik. Habis je majlis singgah makan roti canai di Kompleks PKNS. Tempat ni pun jadi kenangan juga masa dulu-dulu ni. Antara lokasi yang menjadi singgahan aku dan bebudak UiTM zaman dulu.
Balik dalam pukul 5.30 petang dan bergerak. Nasib agak malang sebab menghadap traffik jam. Almaklumlah, waktu bertolak tu adalah waktu puncak untuk orang balik kerja. Memang berasap le nak tunggu. Kesian driver yang terpaksa melayan clutch van tu. Sampai di rumah kira-kira 11.30 malam.
Okay itu sahaja cerita aku minggu ni. Kalau korang terbaca pada hari Karnival belum habis, pergilah ke sana sebab ada banyak informasi menarik pasal perumahan tu. Ini antara peluang anda untuk mendapatkan perumahan mampu milik yang menarik serta terdapat pelbagai diskaun disediakan oleh pihak pemaju. Selain itu pihak KPKT juga ada menyediakan portal untuk membantu anda mendapatkan rumah yang diinginkan. Jangan lepaskan peluang ye.
Terus berusaha membantu rakyat untuk mendapatkan rumah yang baik dan mampu dimiliki. Tahniah.
Terima kasih atas usahanya, pergorbanan pulang lewat malam untuk kekami nikmati rumah mampu milik.