Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Terlalu lama aku meninggalkan karier selaku penulis blog ni. Dan hari ni aku saja nak menaip mengeluarkan segala yang terlintas dihati. Kalau ikutkan bulan Mac ni aku berhadapan dengan pelbagai isu yang menyakitkan. Tak termasuk dengan isu kerja-kerja pejabat yang masih berserabut tu.

Tapi aku tak juga menaip sedangkan di blog inilah aku mudah untuk mengabungkan perasaan dan emosi ini. Bukan mudah lebih-lebih lagi aku telah mula ikut trend dengan join TikTok untuk menambah satu lagi portfolio media sosial untukku. Korang boleh follow TikTok aku disini https://www.tiktok.com/@zool_je dan diharap boleh bagi sikit gift sebagai penguat semangatku di sana.

Oo ye, bulan Mac ni aku terpaksa membeli handphone baru dan terlanggar bumper belakang kereta orang. Memang satu cabaran yang berat tetapi cabaran pada hujung Mac ini lebih mendalam lagi. Setelah hampir 2 tahun, secara rasminya aku menjadi pesakit COVID-19 pada 20 Mac 2022 yang lalu. Sebenarnya aku memang menjangkakan akan dijangkiti selepas isteriku sah positif pada 17 Mac 2020. Meskipun aku mendapat keputusan negatif pada 17 Mac 2020 melalui ujian RTK di Poliklinik Al Amin namun aku masih berada dalam rumah yang sama. Walaupun menjaga SOP tapi aku mula terasa sesuatu yang lain pada Sabtu malam. Ketika aku sedang cuba untuk membalut buku sekolah anak sambil buat live tiktok aku terasa selsema dan badan mula dedau.

‘ Sudah, Isnin nak hantar anak ke sekolah ni..’ itu ungkapan yang keluar dari mulut. Pagi Ahad tu aku pun buat RTK saliva kat rumah. Mula-mula aku tengok result dia ok je. Yang part T tak keluar. Aku pun siap update result negatif lagi tu. Tiba-tiba lepas 2-3 minit sebelum aku nak buang test kit tu calitan T mula terkeluar. Tergamam aku kejap dan terus aku buat untuk anakku pula. Nasib baik, result dia negatif. Tak puas hati aku buat sekali lagi dan jawapannya adalah positif. Memang down masa ni sebab kalau ikutkan, aku nak mengalami pengalaman menghantar anak ke sekolah. Almaklumlah aku dah berusia, tak pasti anak kedua nanti masih ada ke tidak. Tapi apa nak buat itu yang telah tertulis. Maka aku redha juga meskipun ada rasa pedih tu.. Terus je aku ke Poliklinik Al Amin untuk buat lagi RTK nasal (hidung).. Dan jawapannya kurang dari sejam iaitu

Whatsapp Poliklinik Al Amin

Memang dah dijangka tapi lagi pedih sebab dah dua kali buat RTK Rapid Test tu. RM55 x 2 kali makanya RM110. Tu belum kira lagi RTK Saliva yang dah beli 10 kotak tu. Hahahaha. Betul makan duit si COVID-19 ni..

Terus balik dan update tentang keadaan di app Mysejahtera. Nasib baik la ada Oximeter hasil sumbangan Persatuan Penduduk Taman yang boleh ku gunakan. Kadar oksigen agak teruk masa tu. Sampai turun ke 88 .Dalam Mysejahtera pun telah menyuruh untuk ke CAC. Aku terus ke CAC yang takde lah dekat tapi tu je yang tau. Di sana aku pun melakukan pemeriksaan dan kadar oksigen 97% dan memang ok sepatutnya. Aku mula merasakan bahawa oximeter yang digunakan ada problem. Di CAC Kesang itu, dicadangkan samada aku nak kuarantin di rumah atau di CAC MITC. Sudah pastilah di rumah memandangkan sekarang ni hanya isteriku sorang tinggal di rumah .. OOo ye, anakku pun terus dihantar ke rumah neneknya memandangkan dia negatif.

Memang cabaran hari pertama itu mula kurasakan. Membawa kenderaan dalam jangkitan COVID-19 bukanlah satu tugas mudah seorang pakcik apatah lagi kereta yang tiada tinted bagi menghalang darjah kepanasan terus meresap ke kepalaku ini.

Sampai di rumah memang melepek la masa tu. Hari pertama tu makan nasi dan goreng telur je. Nak minta keluarga masa tu mak pun baru balik dari CAC MITC. Jadi terpaksa bertabah, nak order Foodpanda takde yang sampai kat sini. Almaklumlah kawasan agak ke dalam sikit. Foodpanda tak sanggup nak masuk.

Hari kedua adalah hari yang menyedihkan. Hari persekolahan bagi anak-anak yang masuk darjah satu. Tengok di facebook mula membuahkan kesedihan kerana impian tak tercapai. Teringat bercakap dengan PA Timbalan Pengarah

‘ Cuti nak merasa hantar anak sekolah darjah 1. Lepas ni tak tau le merasa ke tidak’.

Kita hanya merancang tuhan juga penentu segalanya. Perancangan itu tidak menjadi kenyataan. Tapi takpelah, kita redha dengan ketentuanNya. Hari yang sedikit emosi bila melihat kawan-kawan menghantar anak ke sekolah manakala anak kita pula di jaga oleh adik di rumah neneknya.

Hari ketiga pula aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari nombor tak dikenali.Mula-mula dapat call seawal jam 8.00 pagi. Malas nak angkat , ingatkan scammer. Tapi kali kedua dapat call aku angkat. Sekali panggilan dari CAC Melekek, Alor Gajah. Suruh datang ke sana untuk pemeriksaan kerana aku adalah antara yang berisiko disebabkan kencing manis.

Tunggu di CAC Melekek dalam keadaan tanpa makan. Yelah, bangun pukul 9 tu aku tak sentuh makanan pun. Sebelum pergi aku masukkan air putih sikit je sebelum melangkah ke sana. Sempat juga aku cek kandungan gula guna One Touch. Ye lah, takut jadi macam emak . Dia kena tahan sebab gula tinggi. Rekod ku sebelum pergi adalah 6.7 mol. Kira angka yang masih lagi terkawal.

Buat sikit pemeriksaan, ada hal yang mendatang. Tak dapat ukur tekanan darah.

‘Sudah. Apa pula ni? ‘ suara hatiku. Ye lah takut pula nanti tekanan darah problem pula. Kang kena gi MITC pula.. Masa dapat call pun dah diminta untuk bersiap sedia kalau keputusan tak baik ni.

Sekali rupa-rupanya alat tekanan darah diorang tak cukup bateri. Pergh.. Nasib baik ukuran lebih kurang 120/90. Jadi angka yang masih stabil. Masa tengah cari bateri tu aku minta petugas untuk ambil cek glucose . Sekali dapat 6.3 mol. Pergh!! Memang rendah bagi seorang pesakit kencing manis bagi diriku. Tak terkejut pun sebab memang takde apa makanan pun ditelan.

Pergi pula ke petugas yang lain dan disuruh berdiri dan duduk sebanyak 10 kali. Aku ditanya samada mengah atau tidak. Alhamdulillah tiada isu itu. Ada sekali petugas tu tanya

‘ Dah makan ke? ‘

‘ Belum..’

Petugas tu macam tak ingat aku dah makan tapi sekali lagi dia tanya dan dia sedikit terperanjat bila aku jawab belum. Dia cuba mempercepatkan pemeriksaan sebab dia takut kena hypo. Ye. Secara jujurnya ada rasa lain sikit dah masa tu. Tapi gagahkan juga.

Selepas habis pemeriksaan tu, petugas membenarkan aku pulang tanpa perlu ke CAC MITC. Alhamdulilah selamat. Rasanya kalau ke CAC MITC pun tak de buat apa sangat kan? Lagi tinggi gula nanti. Asik makan je..

Alhamdulillah hari ketiga tu aku tempuh dengan jayanya. Masa nak balik pula tu aku tempoh dengan jem kemalangan dan ambil keputusan U-Turn. Bukan apa, takut kalau lama sangat terperangkap memang aku akan betul-betul hypo nanti. Masa bawa kereta pun aku cuba pecutkan semampu sebab takut kalau tengah jalan ,ter’hypo’. Memang sampai ke bulan le nanti. Selamat sampai ke rumah walaupun penat juga . Sambil tu kena bantu isteri kemaskan rumah. Hahahahaha. Time ni dia bersemangat membersihkan rumah tu. Kena lah bantu kan? Siapa tak sayang isteri kan?

Hari keempat, keadaanku sedikit baik tapi masih selsema dan kadangkala bersin. Lesu tu masih ada lagi tapi dah mula boleh melakukan sesuatu. Dan hasil artikel ini juga pada hari keempat.

Okay cukuplah tu. Aku yakin ramai dari korang semua juga pernah berhadapan dengan COVID-19 ni. Kalau rajin, aku nak buat artikel pengajaran dari apa yang ku hadapi ini.

TQ.. Sambil tu jangan lupa layan channel Youtube Zoolzarizi

5 Replies to “Pengalaman Kena Kuarantin Akibat Positif”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.