Assalamualaikum dan salam sejahtera
Korang ada rasa malu nak bercakap depan kamera? Dulu masa aku mula-mula bercita-cita nak jadi Youtuber memang terasa juga malu. Bila cakap pun ada tergagap-gagap dan banyak stop. Tapi lama kelamaan sedikit sebanyak makin banyak yang aku perbaiki dan kini semakin selesa di depan kamera. Meskipun tidak cukup baik tapi bolehlah. Jadi dekat artikel ini aku nak cuba berkongsi serba sedikit cara untuk membina keyakinan diri terutama bagi mereka yang pemalu. Aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman aku juga..
Setiap orang ada keyakinan masing-masing. Cuma ada tahap tertentu la kan.. Tapi bila pemalu ni memang susah nak cakap depan kamera. Kadang-kadang orang yang jenis kecoh kat luar pun sebenarnya penakut nak berhadapan dengan kamera .
Jadi saya nak kongsi beberapa tips untuk bina keyakinan. Yelah, kalau takde keyakinan mana mungkin boleh bercakap kan.. Antara tips bina keyakinan depan kamera adalah :

1) Cuba bercakap depan cermin. Rasanya ni tips yang biasa mana-mana motivator bagi.. Bercakap je depan cermin dan anggap yang anda ni macam Nabil Ahmad atau Neelofa. Lama-lama mesti boleh punyalah..
2) Cuba rakam suara anda dulu. Sekarang ni handphone pun boleh rakam. Jadi korang bebel la sorang-sorang dan rakam dalam handphone tu. Dengorkan kemerduaan suaramu itu. Kalau tak merdu cuba belajar lagi..
3) Layan Smule.. Nampak lawak tapi ini boleh memberi keyakinan tinggi lebih-lebih lagi bila dapat komen Your Voice Is Awesome . Nyanyi lah berduet . Nampak macam korang menyanyi live dengan pasangan walaupun sebenarnya diorang tu rakaman je..
4) Praktis dengan anak anda. Ini antara yang saya sering buat. Sampaikan anak saya pun dah tau tagline ‘dariorang biasa untuk orang biasa tu’… Memang kelakar tapi kat situ dah bina keyakinan.
5) Bila nak start rakaman mula-mula buka mata seluas-luasnya. Bila start je rakam, mulakan dengan bismillah dan ucapkan salam. Ini bagi memberikan keyakinan kepada kita.
6) Senyum dan bergembiralah ketika merakam sebab itu akan mengurangkan enzim-enzim stress. Bila korang tak stress memang lebih mudah nak berbicara kat kamera. Lagi senang nak pusing-pusing. Tak gitu?
Okay, terima kasih sebab korang semua berjaya mencapai tahap terakhir video ini. Yang mana dah tersungkur tu, nasib diorang lah kan… Kesimpulannya , keyakinan diri tu boleh dipupuk dengan pelbagai cara.
Yang penting kena mulakan. Kalau rasa tak yakin juga lepas guna 6 cara ni, anggap je la anda bukan orang yang sesuai masuk bidang ni..
Sekian..