Lama tak menaip, ada sedikit cerita yang boleh ku kongsikan bersama di blog Peribadi yang semakin dapat peningkatan pembaca. Aku hargai mana-mana pembaca yang datang semula.
Memandangkan blog ini lebih kepada diri dan juga sikit-sikit pendapat, memang aku jarang update berbanding blog-blog yang lain. Tapi bila update, entri blog ini akan cuba ku buat sehabis panjang.
Tak boleh kurang dari 500 patah perkataan, kalau kurang memang aku dah syaratkan untuk tidak di ‘PUBLISH’ kan. Barulah betul-betul KUALITI datang dari blog ini. Bukan nak kata blog AKU yang lain tu tak berkualiti cuma dari segi keUNIKAN,inilah satu-satunya Blog yang tiada niche tetap.
Kalau korang yang pernah komen kat ligakampung.com, sekarang ni blog tu aku dah jadikan ianya niche ‘SUKAN’, jadi kalau ada antara korang yang nak menulis pasal SUKAN TEMPATAN, amat dialu-alukan. Tapi adalah SYARAT dan TERMA yang perlu diikuti ye.

Cukup dengan mukadimah yang panjang tu, minggu ni ‘HARI RAYA AIDILADHA’ dan ramai yang buat ibadah korban kan? Ada juga yang menunaikan HAJI termasuk pakcik dan makcik Ku. Aku tak mampu untuk buat korban tahun ni. Lagipun baru beberapa bulan lalu buat kenduri aqiqah jadi memang tak rancang untuk buat korban.

Lembu Korban
Lembu Korban

Kat Taman Perumahan ni ada buat 14 ekor lembu dikorbankan. Kebanyakan buat secara kelompok. Aku tak dapat nak join tolong-tolong sebab balik kampung kejap. Daging pun ku tak ambil.
Bercerita tentang daging korban ni, kat media sosial ada je terbaca orang komplen apabila agihan tidak adil. Aku ada terfikir juga kalau sesiapa boleh buat ‘SISTEM AGIHAN DAGING KORBAN‘. Mungkin boleh guna aplikasi samada PC atau handphone. Aku ada suarakan idea tu di salah satu facebook page ‘Programming’ tapi dapat reaksi yang tidak menyenangkan dan aku delete je post tu.
Aku tanya pendapat sistem tapi dicerita pasal ‘yang komplen’ pula. Buat apa aku nak panjangkan cerita ye. Tapi kalau korang pernah tengok ke ada mana-mana masjid atau surau gunakan sistem boleh cerita kat sini ye. Pada aku kalau ada sistem secara berkomputer pastinya lebih sistematik. Tak payahlah nak tulis dan bagi kopun bila waktu hari korban. Data boleh dikutip seawal mungkin dan pada tahun hadapan boleh diupdate sahaja.
Penerima juga boleh dibahagikan kepada yang betul-betul layak dan selebihnya barulah ahli kariah yang biasa-biasa. Takdelah kes terlepas pandang, orang miskin tak dapat, pakcik pakai Mercedez boleh plak terima sedangkan dia pun tak nak sebenarnya. Tak gitu?
Tapi bila cerita tentang sistem komputer, mestilah ahlinya celik IT, kalau yang tak pernah pegang komputer memang susah le .

Cerita pasal projek sistem pula. Aku sekarang ni ada dalam kepala nak buat satu sistem berkenaan penyewaan rumah secara online. Idea tu dah timbul awal tahun lalu tapi aku tak buat apa-apa pun. Sekadar berangan je. Tapi aku rasakan projek ni berdaya saing dan mampu diketengahkan. Saingan memang ada tapi aku fikirkan tentang beberapa pembaikan yang boleh dilakukan pada sistem sedia ada. Bukan apa, aku ada pengalaman bertahun menjaga sistem berkaitan sewaan rumah di pejabat ni.
Jadi sedikit sebanyak karenah sistem tu ada dalam kepala. Masalahnya, tiada kepakaran nak buat programming tu. Sekarang ni aku tengah cuba ‘deal’ dengan vendor yang aku kenal bagi projek. Idea aku untuk guna kaedah ‘profit-sharing’ tapi masih dalam perbincangan. Pelan B pula mungkin aku akan gunakan ‘Freelance‘ untuk bangunkan sistem itu. Kos mungkin masalahnya sebab bukan sikit yang diperlukan tu. Aku rasa bajet untuk buat sistem tu dalam puluh ribu juga tu walaupun guna ‘FREELANCE‘.
Pelan C pula adalah aku sendiri belajar programming dan buat sendiri. Ini mungkin pilihan terakhir sebab ia pasti ambil masa yang lama untuk ku cuba asah skill coding yang terlalu lemah ni. Walaubagaimanapun aku tengah belek-belek tutorial dan tengah tengok framework CakePHP. Tak payah cerita panjang kot pasal ni sebab rasanya tak ramai orang programmer yang baca blog ni. Aku pun bukan pandai sangat pun. Tu pun terkial-kial nak install.

programmer_creattica_full

Hari ni aku pergi ke majlis aqiqah bekas rakan sekelas ku di Taman Paya Rumput Perdana, antara taman perumahan yang agak elit. Datang agak lambat jadi makan pun dah tinggal sikit. Tapi kira bolehlah cukup makan.

Cerita pula tentang program larian yang kusertai pada 4 Oktober ini nanti. Hari ini aku telah ambil kit larian di pejabat JCI Malacca Entrepreneur di Taman Pertam Jaya. Kit yang kuterima adalah baju dan nombor. Cari juga aturcara tapi takde. Mungkin akan diupdate dalam facebook page mereka. Tentang latihan pula, hari ini aku berjaya melepasi sasaran 5 kilometer.Jogging dimana lari dan jalan berjaya mencapai jarak 6.1 kilometer dan mengambil masa 59 minit. Bukan satu tugas mudah untuk berlari dalam keadaan jerebu ni.

lari
Kepenatan selepas menyelesaikan larian 6.1 kilometer

Tapi kira oklah dapat masa tu. Takdelah teruk sangat prestasi cuma konsisten untuk lari tu masih perlu diperbaiki. Harap-harap pada minggu depan, jerebu akan hilang dan udara nyaman boleh dirasakan ketika aktiviti larian tersebut. Korang tunggulah kalau aku dapat selesaikan program larian aku yang PERTAMA ni. Insha Allah, ada sasaran untuk sertai 3 acara setahun. Kadang-kadang kena cari sesuatu untuk jadikan hobikan. Hobi yang sihat ni aku cuba laksanakan sebaik mungkin.

Ada satu lagi yang ku tertinggal, harijadi Isteriku yang ke 3*. Aku sambut sederhana je di rumah. Beli kek kat Secret Recipe dan beli set ayam Marrybrown kat Mydin Jasin. Agak lembab juga Marrybrown kat Mydin Jasin ni. Tapi takpelah, janji rasanya sedap dimakan. Yang pentingnya dapat meraikan hari jadi isteri dengan keluarga di rumah.

makan
Sambutan Hari Lahir Isteri yang dibuat dirumah dan dihadiri oleh keluarga

OOo, baru lepas tengok BPL, Arsenal menang lawan Leicester City dengan jaringan 5-2. Legalah tak payah masuk ‘Gua’ minggu ni..  Yang best Alexis Sanchez score hatrick pertama dan gol pertama musim ini, Walcot score dan Giroud pun ada dalam senarai nama penjaring. Terbaek…

Ok cukuplah artikel hari ini. Moga-moga ada idea menarik yang aku boleh kongsikan dalam blog ini dan mampuku  taip panjang-panjang lagi.

16 Replies to “Hari Raya Aidiladha, Perancangan untuk Projek Sistem, Terima Kit Larian”

  1. kalo orang kampung x ramai, agihan agak mudah. jika ramai dan x berapa kenal seperti di taman2 perlu buat sistem list keluarga di taman dan cop selepas ambil atau guna KUPON pun ok

  2. Kalau guna sistem pun mungkin lebih jimat dari penggunaan kertas kupon tu. Taklah membazir kertas.

    Tapi apakan daya, idea yang kreatif/inovatif ni pada mulanya akan dapat tentangan.

    #Dongibab! 🙂

    1. yup.. masa saya post kat satu page fb org2 pakar IT pun ramai yang memperlecehkan tu..
      lagikan pakcik2 yang tak penah pegang komputer kan

  3. Klu di taman, mungkin perlu ada database system senarai nama penduduk muslim secara terperinci. Semasa pembahagian dilakukan, maklumat perlu diupdate ke dalam sistem tsb. Lebih baik kot klu penerima ttangan akuan penerimaan daging qurban (macam poslaju hantar surat)

    Di taman sy, kami merancang untuk mengagihkan daging qurban pada tahun ini melalui kaunter pengagihan semasa majlis qurban berjalan dan selebihnya hanya melalui ketua lorong. Petugas kaunter akan update nama yg telah menerima. Semoga berhasil mengelakkan pengambilan daging oleh ‘angkut-angkut’. Senarai penduduk muslim juga telah dikemaskini dalam whatsapp…

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.