Agak lama juga aku meninggalkan seketika blog personal ni. Keributan dengan kesibukan memang menjadi penghalang apatah lagi bukan mudah untuk menaip sambil melayan anak sulung yang akan mencecah 2 tahun pada hujung minggu ini. Agak terganggu juga dan pasti traffik blog ini juga berkurangan.

 

Kalau ikutkan minggu lepas memang agak busy dengan kerja-kerja menyelesaikan Majlis Perasmian Rumah Contoh Taman Indah, Sungai Udang, Melaka. Banyak kerja-kerja pemasangan banner, backdrop yang perlu diselesaikan. Walaupun bukan aku yang pasang tapi kena juga pantau supplier supaya tak silap dalam buat kerja tu. Alhamdulillah sedikit sebanyak aku pelajari juga kaedah untuk proses pemasangan banner dan kerja-kerja berkaitan. Tak mustahil kalau aku boleh masuk dalam bidang itu satu hari nanti. Inshaallah.

 

Seperti yang korang sedia maklum, 10hb Mei 2017 merupakan cuti Hari Wesak. Kalau ikutkan sebelum ni Melaka tak sambut sebagai hari cuti tapi pada tahun ini ia menjadi cuti umum. Jadi aku pun fikir nak buat apa pada hari cuti. Aku terjumpa satu lokasi menarik iaitu Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan. Sebenarnya agak lama juga perancangan untuk cuba ke sini. Memandangkan ada bantuan seorang rakan maka sampai juga aku pada pagi kira-kira jam 7.00 pagi. Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan ini terletak di kawasan Ayer Pasir , Selandar. Mungkin orang Melaka pun tak berapa nak tau tempat ni sebab ia agak tersorok sikit. Tapi di dalamnya terdapat satu lokasi untuk perkhemahan atau penginapan.

Tasik di Taman Negeri Bukit Sedanan
Tasik di Taman Negeri Bukit Sedanan

Aku dan rakan cuba ‘jungle tracking’ di kawasan hutan berkenaan. Aku diberitahu bahawa kawasan yang aku masuk ni tidak terlalu jauh berbanding di lokasi bertentangan yang akan mengambil masa sekitar 3 jam pergi. Jadi disebabkan tidak bersedia maka aku layan yang dekat je. Naik ke atas menara tinjau agak tinggi juga. Tapi tak terasa sangat mengah cuma kaki ada sedikit sakit. Nak berlari memang tak termampu sebab tiada lorong yang sempurna. Lagipun aku tak berani nak berlari dengan keadaan kasut yang tidak sesuai dengan denai. Ada laluan denai yang ditandakan dengan tali-tali. Jadi tak risaulah sangat sebab dah tau laluan. Laluan tak terlalu jauh. Aku tandakan dengan aplikasi Runkeeper kira-kira hanya 8++ meter sahaja. Cuma ke puncak tu dah lebih dari 100 meter la.

menara tinjau
Menara Tinjau Bukit Sedanan

Mengikut maklumat juga, puncak yang kami naik itu merupakan yang ketiga tertinggi di Melaka. Jadi kira baguslah juga aku pergi tu. Dari segi hutan pula nampak tak de semak dan tiada nyamuk . Ada seorang rakan yang pakar pernah memberitahu bahawa hutan jarang ada nyamuk. Dan nampaknya aku bersetuju. Hutan ni agak menarik juga untuk program jungle tracking cuma takde sungai yang biasa boleh menarik perhatian.

Walaubagaimanapun terdapat tasik buatan (lombong) yang sering digunakan untuk aktiviti air. Aku tak berani lah nak masuk sebab katanya kedalaman lebih dari 40 kaki(ketinggianku hanya 5 kaki sahaja). Jadi memang saja cari nahas kalau nak cuba berenang di dalam tu.

Untuk hari ini aku sekadar jungle tracking, melayan ambil gambar dan melihat suasana sahaja. Mungkin pengenalan sebelum akan cuba untuk meneroka lagi. Bagi sesiapa yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan, latihan motivasi, team building dan sebagainya, aku mencadangkan agar cuba buat program tersebut di sini. Untuk keterangan lanjut korang boleh hubungi pengurusan Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan ni di Facebook Sedanan Outdoor Camp . Ada juga beberapa perkara yang aku borak dengan pengurusan mengenai lokasi ini. Sememangnya sekarang ni agak kurang syarikat mahupun jabatan kerajaan membuat program-program. Mungkin disebabkan masalah ekonomi maka sedikit sebanyak syarikat sebegini mendapat tempiasnya. Apapun mungkin selepas ekonomi kembali pulih, Taman Negeri Melaka Sedanan ini boleh dimajukan dengan lebih lagi. Apa yang aku nampak mungkin boleh ditambah dengan aktiviti Flying Fox atau tambah Taman Air ke.

Kalau ikutkan banyak boleh dilakukan di sini seperti perkhemahan, aktiviti di hutan, aktiviti air seperti berkayak, memanah, karaoke dan sebagainya. Selain itu kalau ada yang nak buat kelainan mengadakan majlis perkahwinan kat dalam ni pun  boleh juga. Memang menarik dan kalau nak buat outdoor photography pun cantik.

Mungkin aku akan singgah lagi ke Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan ini untuk buat aktiviti lain selain jungle tracking. Teringin juga nak masuk hutan yang lebih dalam  tu tapi sebab takde guide jadi tak beranilah nak ambil risiko. Nanti hilang masuk kampung bunian pula.

zool-main-gitar
Dekat sini ada dewan untuk jamming. Aku eksyen je bukan pandai main gitar pun. Tapi kalau nak tengok lagu yang aku cipta try tengok Youtube ni

 

 

Okay cukuplah setakat ini. Bagi yang berminat untuk mengadakan aktiviti perkhemahan dan yang berkaitan boleh ke lokasi berikut :-

Taman Negeri Melaka

Jln Machap Air Pasir Tebong
Selandar
Lokasi Maps klik sini

 

Kredit Gambar : Facebook Sedanan Outdoor Camp

 

 

4 Replies to “Jalan ke Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan”

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.