Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1Malaysia.
Ahak.. Minggu ini sedikit sibuk terutama di waktu kerja. Sibuk untuk memindahkan satu sistem ASP.net ke dalam local server.
Memang agak sukar memandangkan aku tak berapa mahir dan tiada ‘guide’ dari vendor lama yang dah lingkup. Terpaksa mengharapkan kawan-kawan dan juga pakcik ‘Google’.
Seminggu dah buat tapi belum berjaya memindahkan sistem itu 100%. Cabaran memang cukup hebat bagi kerjaku sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, apatah lagi di jabatan yang kurang kakitangan unit IT.
Namun itulah yang perlu kuhadap selagi aku belum pencen atau berhenti.
Selain mengerjakan sistem tersebut, aku juga menerima pembelian projektor portable Acer C205 dan Scanner Mustek. Memang agak gempak juga 2 peralatan ini sebab kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana.
Mungkin selepas ini kalau aku ada pejabat sendiri akan ku beli 2 benda ni untuk kegunaan kerja. Tapi belum masanya kerana aku masih lagi seorang ‘pekerja’ di agensi Perumahan. Maka bermimpi je dulu untuk masa ini.

Bercerita tentang impian untuk mempunyai pejabat sendiri, mungkin korang yang rajin menyelinap kat blog ini pernah terbaca ANGAN-ANGANku untuk mempunyai produk sendiri. Produk yang ku maksudkan bukanlah barang yang nyata tapi sistem berasaskan laman web.
Memang IMPIAN itu masih ada walaupun sering terbengkalai dan menjadi sesuatu yang hanya omong-omong kosong sahaja. Untuk tahun ini, aku bertekad untuk meREALISASIkan impianku ini. Bermula pada minggu lepas aku bermula setapak dalam satu lagi DESTINASI dalam hidup ini.

php_programmer
Aku cuba membina sebuah ‘TEAM’ untuk membangunkan sistem. Aku mengumpulkan 3 orang PROGRAMMER, 2 darinya cukup berpengalaman manakala yang satu masih terlalu baru. Manakala aku pula akan bertindak sebagai PERANCANG untuk projek ini.
Pertemuan di sebuah lokasi yang diRAHSIAkan ini memberikan input-input berguna untuk meneruskan lagi aksi dalam ANGAN-ANGANku ini. Aku mempunyai perancangan untuk membangunkan 2 sistem namun FOKUS utama pada sebuah sistem berkaitan PERUMAHAN.
Aku bernasib baik kerana salah seorang PROGRAMMER itu juga memang telah mempunyai perancangan yang sama. Jadi aku berharap agar KUMPULAN kecil yang kuSATUkan ini dapat membantu aku membangunkan apa yang ku impikan ini. Cabaran pastinya BESAR dihadapan. Banyak rintangan yang perlu kuhadapi namun tiada yang mustahil untukku BERJAYA.
Kalau korang ‘excited’ untuk tahu projekku nanti, selalulah follow blog ini. Mana tau, korang boleh ku jadikan sebagai salah seorang PELANGGAN free bagi sistem tersebut. Insha Allah.

Pada minggu lepas juga, aku terbaca tentang satu lokasi Pelancongan baru di Melaka. Dan yang menariknya ianya agak dekat dengan lokasi rumahku. Sekitar 10 kilometer sahaja dari rumahku. Tempat pelancongan tersebut dinamakan ‘Taman Tasik Ekstrem Chinchin, Jasin‘. Sudah pasti aku perlu pergi untuk menyaksikan secara dalamnya.
Kalau sebelum ini aku hanya menjenguk di luar sahaja namun kali ini ku singgah ke dalamnya. Tempat utama yang dituju adalah Mini Tema Air. Walaupun agak kecil, namun rasanya ok bagi kanak-kanak. Aku juga ternampak ada sebuah kolam mini. Memang terasa je nak terjun dan mencuba skill berenang ni tapi apakan daya, aku datang tatkala waktu operasi ingin ditutup.

taman-tasik-ekstrem2
Anak buahku yang pergi sampai melalak sebab tak dapat melayan taman tema air tersebut. Takpelahkan. Sememangnya aku akan datang lagi pada minggu ini. Sudah pasti sebab aku nak cuba berjogging di kawasan tersebut. Nampak seperti ianya adalah lokasi yang best untuk ku mendapatkan stamina kembali. Apatah lagi minggu lepas aku hanya sekali sahaja berjogging dan tidak mencapai 10 kilometer pun.
Kena mencuba untuk ke sana bagi memastikan stamina dapat ditingkatkan dan kalori dapat dikurangkan. Bercerita tentang Taman Tasik Ekstrem ni, harga tiket untuk taman air tidaklah mahal dan aku rasakan memang ianya berpotensi untuk jadi lebih baik. Cuma mungkin bahagian tema air itu perlu di’upgrade’ dan lokasi seperti ‘flying fox’ perlu di promosikan.
Aku pun nak layan juga ‘flying fox’ dan aktiviti lasak nanti. DIharap juga ianya mampu membantu meningkatkan ekonomi penduduk ‘Jasin’. Mungkin juga aku boleh jenguk-jenguk peluang yang ada kat sana tu. Huhuhuhuhu.

Pagi tadi aku sempat menguruskan taklimat dari sebuah syarikat rangkaian iaitu OPES Unotech. Aku agak berminat dengan konsep yang ingin dilaksanakan oleh syarikat itu dimana mereka ingin mengurangkan monopoli dari syarikat TELCO dalam pembangunan perumahan. Memang ada benda menarik namun nak kongsi sangat tak boleh sebab ianya belum OFFICIAL. Alhamdulillah, aku berjaya juga melaksanakan taklimat ini.
Terima kasih kepada kakitanganku yang berjaya merealisasikan taklimat ini. Tapi belum setel lagi nak kena buat laporan pula.. Hhahaha

Okaylah cukup setakat ini. Mungkin tak berapa panjang sangat dan ku harap korang baca dengan hati yang khusyuk? Kalau boleh bacalah, artikel-artikel lama juga ye.

5 Replies to “Lawat Taman Tasik Ekstrem Chinchin, Buat Team Projek”

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.