Pengalaman Buruk Kedai Perabot Xperia Furniture

Bagi mereka yang mengikuti Facebook aku, mungkin akan ternampak aku cuba berkongsi pengalaman buruk ketika berurusan dengan kedai perabot.
Orang Melaka, mohon jauhkan diri dari Kedai Perabot Xperia atau nama barunya Incremedia di Malim. Kenapa? Sebab aku berhadapan situasi buruk dengan kedai perabot tersebut.
Sebenarnya dah lama nak taip dan kongsikan tapi aku tangguhkan sebab nak selesaikan secara professional. Nampaknya syarikat tersebut tak professional dan eloklah aku kongsikan kepada kawan-kawan. Supaya anda tak terkena seperti yang kami hadapi.
cerita dia adalah kira-kira hampir 3 bulan yang lalu. Aku dan isteri pergi ke sebuah kedai perabot di Malim bernama Xperia Furniture. Itupun selepas isteri terpengaruh dengan katalog dari Nafaz Media. Melihatkan harga pakej dan gambar telah berkenan pula tu.
Berjumpa dengan ‘sales’ merangkap Pengurus bernama Lai dan bersetuju untuk membeli pakej bilik tidur yang dilengkapi almari, katil dan meja hias. Tapi kami menolak meja hias sebaliknya buat almari ‘custom made’. Jadi dalam beberapa hari lepas tu Lai datang ke rumah untuk mengukur ketinggian dan keluasan almari yang sesuai dengan rumah.
Beliau memberitahu kerja-kerja akan dibuat selepas bayar deposit yang hampir 60%. Dua hari selepas itu kami ke kedainya untuk membayar deposit memandangkan isteri tak sabar-sabar nak berpindah (pembayaran deposit pada 15.9.2018).
Selepas itu Lai memberitahu bahawa lakaran akan disiapkan dan persetujuan akan dilakukan sebelum kerja-kerja pemasangan almari, katil dilakukan.

Dekat sini kami telah TERKENA. Bayangkan lakaran yang sepatunya mengambil masa beberapa jam sahaja (samada guna komputer atau lukis tangan) tetapi Lai telah ‘drag’ sehingga hampir sebulan. Bila ditanya je bila siap lakaran ada sahaja alasan. Designer MC la. Sampaikan kami ugut untuk minta kembali deposit dan akhirnya baru diberi. Itupun dihantar secara Whatsapp dan bukan pula gambar lakaran yang mempunyai perspektif.
Memandangkan kami ini mempunyai KESABARAN maka kami terima dan datang untuk berbincang tentang seperti dalam gambar. Persetujuan telah dilakukan secara verbal dan pada ketika itu Lai berjanji akan menyiapkan selepas Deepavali iaitu kira-kira 2 minggu selepas persetujuan gambar.
Malangnya bila ditanya beliau sering memberi alasan. Ditangguh dari seminggu ke dua minggu. Pada 17.11.2018 kami dijanjikan barang perabot akan dihantar tetapi malangnya dari pagi jam 9.00 hingga 3.00 petang. Tiba-tiba Lai memberitahu tak dapat hantar almari dan akan hantar tilam.
Waktu itu sudah mula panas hati bila terima hanya tilam. Sedangkan patutnya aku dah boleh sertai larian di Bukit Serindit. Sanggup aku tak join sebab nak tunggu kedatangan perabot. Lai berjanji akan hantar pada Rabu depan iaitu 21.11.2018 pada waktu petang.

Menunggu dari jam 5.30 hingga 9.00 malam aku dikejutkan dengan Whatsapp ‘Lai’ mengatakan almari belum siap dan minta tangguh lagi. Geram sebenarnya tapi tetap ditabahi juga. Katanya akan hantar Jumaat 23.11.2018. Kebetulan aku bercuti pada Jumaat tu dan aku menunggu pada waktu petangnya.
Lepas tu yang datang hanya kepala katil sahaja manakala Almari belum siap lagi katanya. Ini sudah mendatangkan marah dan aku terus memarahi Lai di telefon. Dia terpinga-pinga mendapat panggilan dariku itu.
Dipendekkan cerita, esoknya aku datang untuk ke kedai untuk berbincang. Dua kali datang dan pintu tak buka. Di depan pintu ada CCTV jadi aku rasa memang dia taknak buka untuk berbincang. Dia hanya whatsapp memberitahu barang dah siap dan janji untuk hantar Rabu.
Memang dah malas nak terima dan nak minta je duit. Aku juga buat report Polis dan report Tribunal Tuntutan pengguna di KPDNKK. Sebenarnya takde apa sangat yang agensi ni boleh tolong. Polis nampak macam tak nak selesaikan sebab masa telefon dicadangkan untuk buat tindakan mahkamah.
Tribunal pula kena tunggu bulan Januari atau Februari dan yang buka fail pun tak confident boleh dapat balik duit.

Jadi lepas 2 minggu aku bawa adik aku (seorang yang mempunyai ilmu undang-undang) untuk berunding. Masih lagi aku bertoleransi dan dijanjikan untuk dihantar barang seperti yang dipersetujui(katil dan tilam tidak menepati persetujuan).
Almari dah sampai tapi masih ada belum siap dan kepala katil dipulangkan untuk buat semua. Sampai la ni (9.12.2018) kerja ni masih belum selesai lagi. Bayangkan dah hampir 3 bulan tapi masih belum boleh selesai lagi. Sebab tu aku berkongsi kat sini. Harap-harap hari Selasa ni kerja-kerja selebihnya dapat diselesaikan.
Berdasarkan pengalaman ini, aku berkongsi beberapa perkara antaranya :-

1) Tak semesti kedai besar ia bukan PENIPU. Elok siasat dulu SSM syarikat sebelum berurusan terutama bagi pembelian yang melibatkan transaksi ribuan ringgit ni.

2) Pastikan ada perjanjian yang boleh memberikan ada hak sekiranya pekedai melanggar syarat.

3) Mesti ada LAKARAN sebelum bayar deposit. Lakaran perlulah ditandatangani oleh kedua-kedua belah pihak sebagai tanda persetujuaan.

4) Kena berikan DATELINE bagi kedua-dua belah pihak. Dalam kes aku ni takde letak tarikh ‘DATELINE’. Patutnya kena ada term dari kita juga. Kalau lambat hantar kena denda. Barulah diorang takut nak main-mainkan kita.

5) Kena ada ilmu tentang perkara yang kita nak beli. Takdelah ditipu oleh pekedai tu.

Itu serba sedikit pengalaman aku ketika berhadapan dengan syarikat perabot ni. Memang agak tension nak menunggu barang tak kunjung tiba. Yang pekedai ni pula buat tak tau je. Ikut hati nak je datang ramai-ramai macam perhimpunan ICERD tu. Tapi kawan tak ramai pula.. Hehehehe

3 thoughts on “Pengalaman Buruk Kedai Perabot Xperia Furniture

  1. Jauhi laa kdai perabot xperia malim ni.. Almost same experience dgn blogger ni.. Bli set kitchen cabinet termasuk stove dan hood, wardrobe, meja solek, daybed, katil anak dan set meja makan.. Bab nk dptkn design atau lakaran utk kitchen cabinet dan wardrobe sume mmg amik masa yg lama.. Smpi naik geram dan nk bergaduh kami suami isteri.. Masa ckp psl design, sume boleh.. Bila tgk design, itu xde, ini xde.. Cthnya: kami awal2 dh bgtau nak kitchen cabinet yg dlmnya ada box.. Xnk nmpk tiles lantai dan dinding.. Bila dpt design yg lama sgt tggu, xde lak box dlm cabinet.. Mau xnaik angin.. Terpaksa laa call, msg bgtau sume balik which take time laa.. Mujur laa finally sume siap as per apa yg kami nk walaupun byk hiccup sana sini.. Cuma kesian ke yg buat dan psg cabinet dan wardrobe sume.. Dia ckp itu Lai byk tipu dia gak.. Byk xbyr duit dia gak.. Katil anak kami pun lmbt smpi.. Siap nk offer design lain which mmg kami xnk laa.. Meja makan pun lmbt smpi drp jangkaan.. Siap ada satu besi bwh meja tu xde.. Smpi skrg lom dpt.. Ari tu dh anto tp salah size.. Hampeh! Ni esok nk g kdai dia tanya psl besi meja ni..

Leave a Reply to Wan Z Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.