Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.’

Artikel ini aku tulis di blog lama pada tahun 2012 tapi aku rasa elok kalau aku kongsikan semula sebab masih relevan. Dan memang masih Terkena pada batang hidung ni. Jadi jom layan semula..

Tahukah anda tentang perumpamaan ‘hangat-hangat tahi ayam’ ? Pasti ramai yang mengetahui tentang maksudnya kan? Kalau yang tak tahu tu, makna bagi perumpamaan ‘hangat-hangat tahi ayam’ adalah melakukan sesuatu kerja dengan semangat hanya pada mulanya dan lama kelamaan semangat itu pudar dan ditinggalkan kerja itu apabila bosan.

Saya rasa ramai dari kita pernah mengalami penyakit ‘hangat-hangat tahi ayam’ ini. Penyakit ini akan membunuh diri kita mencapai matlamat untuk berjaya dimana semangat yang tinggi hanya sampai di separuh jalan.
Perkara ini juga berlaku pada diri ini. Terdapat beberapa projek yang ingin dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Antaranya seperti projek ‘perniagaan online pakaian kanak-kanak’ yang ingin diusahakan pada 2 tahun yang lalu. Semangat yang membara tiba-tiba berhenti di tengah jalan akibat dari kegagalan menjual produk tersebut. Penyakit ini juga menjangkit pada perniagaan kraftangan dimana mula bergerak perlahan tanpa usaha yang berterusan pada masa kini. Dan ia juga nampak seperti terkena pada projek offline terbaharu ni.
1. Tiada motivasi dalam diri. Bila tiada motivasi, kekuatan diri tidak dapat dianjakkan sekaligus ia menjadi statik dan menurun. Kemungkinan besar saya perlu mencari sumber motivasi untuk berjaya. Kat mana nak cari ye? Ada sesiapa boleh bantu?
2. Tiada sokongan moral. Ada projek yang memerlukan bantuan dari orang lain namun bantuan yang diharapkan tidak nampak. Ini berlaku kerana semangat ‘hangat-hangat tahi ayam’ oleh rakan tersebut mula merosakkan semangat diri ini. Apa yang perlu dilakukan? Adakah perlu mencari alternatif lain atau mencari rakan yang lebih bermotivasi untuk membantu?
3. Tekanan. Secara jujurnya saya ingin berjaya untuk projek-projek yang dihasilkan namun proses perjalanan kerja seperti kelam kabut dan nampak buntu. Ini menimbulkan tekanan kerana harapan untuk berjaya amat tinggi memandangkan umur saya pun sudah meningkat maka impian mesti dicapai dalam masa terdekat ni. Tapi tekanan ni menyebabkan semangat makin luntur. Kena cari idea untuk mengawal tekanan ni.
4. Tidak fokus. Terlalu banyak yang ingin dicapai menyebabkan fokus terhadap sesuatu perkara semakin berkurangan. Ini menghilangkan semangat yang baru nak bercambah. Perlu memastikan fokus pada projek-projek tidak berkurangan dan semakin bertambah
Itu antara penyebab terjadinya ‘hangat-hangat tahi ayam’. Walaubagaimanapun saya mesti menyelesaikan kerja-kerja yang telah ditetapkan sambil meminta pendapat dari rakan-rakan (termasuk anda yang sedang membaca blog ini) serta mendapatkan ilmu tentang projek-projek ini. Doa serta restu ibubapa perlu diperbanyakkan bagi memastikan impian dan cita-cita tercapai dan mendapat berkat. Apapun diharap saya mampu mencapai apa yang dicita-cita dan penyakit ‘hangat-hangat tahi ayam’ dapat dihapuskan.

Sekian.

Selepas lebih 5 tahun artikel ini dipublish aku dapati masih banyak yang tak ku perbaiki. Aku ada pertambahan banyak projek yang hangat-hangat tahi ayam. Contoh terbesar projek diatas (yang terpaksa kurahsiakan) yang merugikan ribuan ringgitku. Tapi tak mengapa, walaupun gagal aku dah nampak punca-punca kegagalan termasuklah sebab tak serius atau hangat-hangat tahi ayam. Namun itu bukan bermakna aku putus asa. Mungkin selepas persediaan rapi aku akan memulakan kembali projek diatas.

Walaupun aku belum mampu bangkit selepas 5 tahun dari artikel terbabit namun aku telah mula mengorak langkah. Antaranya :-

1)  Ligakampung telah ku ubah menjadi blog yang betul-betul fokus kepada arena sukan tempatan. Sesuai dengan tajuknya, lebih elok aku meneruskan niche yang sesuai. Pasti ia boleh membantu untuk ku menjadi blogger yang lebih baik.

2) Walaupun belum mempunyai modal yang kuat untuk memasuki arena keusahawanan namun aku mulai mengetahui tentang pentingnya mempunyai bajet. Simpanan telah sedikit sebanyak bertambah dan boleh berkongsikan bersama.

3) Terdapat beberapa blog yang ku buang bagi memberi fokus yang lebih kepada blog ku.

4) OO ye, aku ada juga target untuk larianku. Sedikit agak lari konsistensi tapi inshallah masih boleh diperbaiki lagi.

Apapun aku harapkan lepas 5 tahun nanti, aku telah berubah dan mampu menjadi lebih mantap dan tidak lagi Hangat-hangat tahi ayam. Inshaallah.

2 Replies to “Penyakit Hangat-hangat tahi ayam”

  1. Ya rasanya hampir semua orang kena ‘penyakit misteri ni’.

    Bila baca insof sikit. Rupanya banyak juga selama ni masa yang terbuang.

    Bab fokus jangan cakap ar. Banyak yang kelaut. Mula-mula je semangat. Lepastu habok ..kosong…zero…teloq ayam.

    Terbaik artikel ni, rasa macam ditampar-tampar pula hehe.

Leave a Reply to dukenaim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.