Alhamdulillah, selepas menempuh bulan Ramadhan kita menuju ke bulan Syawal. Entah dapat entah tidak bertemu bulan Syawal nanti tidaklah kita ketahui.
Bermula Ahad hingga ke Rabu (ketika artikel ditulis), berjalan-jalan di Hari Raya. Banyak kisah yang boleh aku tuliskan untuk menghiburkan aktiviti korang yang sedang mengorek sisa serdak kuih raya tu kan?
Hehehehe. Untuk hari raya kali ini pagi-pagi aku memulakan perjalanan ke rumah ibubapa ku. Nak cakap balik kampung agak segan sebab lebih kurang 3 kilometer je pun. Pagi-pagi solat sunat Terawih di Masjid Al-Barakah, Kampung Kesang Luar, Jasin, Melaka.
Masjid yang menjadi lokasi untuk aku singgah menunaikan solat sunat di hari raya. Aku tak ingat tajuk khutbah tapi ianya berkenaan sambutan Hari Raya dimana kita sering lupa hingga menambah dosa pada bulan Syawal. Sepatutnya, ibadah baik yang kita laksanakan pada bulan Ramadhan diteruskan pada bulan Syawal ini.
Aku dengar dengan separuh khusyuk. Almaklumlah, kali ini aku tiba agak lewat dimana bila masuk je masjid 2-3 takbir terus je bangun untuk solat. Memang agak ramai bagi jemaah lelaki hingga penuh di ruang depan. Walaupun terdapat hujan renyai membasahi bumi namun ianya merupakan rahmat di pagi Syawal yang mulia ini.

Lepas solat sunat Aidilfitri aku pun menjalankan rutin harian menyediakan makanan untuk para tetamu. Biasanya kalau dulu ada jemaah dari masjid yang datang tapi untuk tahun ini takde. Mungkin sebab bapa pun tak sihat dan dia tak datang masjid maka jemaah pun tak datang.
Dalam jam 10.00 pagi dah mula ada sedara mara yang datang beraya dan kenalah ‘prepare’ makanan. Balik je diorang melakukan rutin bersalaman dengan ibubapa dan adik beradik. Memohon kemaafan semoga dosa diampunkan. Sambil-sambil tu berdoa juga supaya ibubapa diberi kesihatan untuk menunaikan Haji nanti.
Petang sikit pergi ke rumah mak sedara kat Pondok Kempas, Selandar dan macam biasa ada soalan baek. Bila nak tambah anak . Tapi memandangkan aku adalah anak sedara yang bersopan di jawab dengan lemah lembut. Jangan ikut ye, jawapan yang dalam internet tu. Tak beradap langsung.

Malam tu ada hujan yang agak lebat dan perancangan jalan-jalan malam terbatal apatah lagi makcik sedara di Merlimau pun lambat balik. OO ye, tahun ni kali pertama aku, isteri dan anak pakai baju warna sedondon. Warna Jingga untuk hari raya pertama. Baju Melayu tu dapat free masa Majlis Maulidul Rasul manakala kain untuk isteri dan anak aku beli kat Jakel Melaka dan di buat oleh ibu kepada adik ipar.

zool-baju-jingga
Berbaju Jingga dengan isteri. Apsal pula nampak cam gembira sangat pula si Zool ni
fatih
Fatih dan ibunya

Cun kan bila ambil gambar. Apatah lagi bila ambil guna smartphone baru OPPO A57 , memang puas hati Selfie dengan anak beranak. Korang nak beli OPPO A57? Klik sini, memang berbaloi.

Hari Raya kedua pula pergi ke rumah pakcik sedara yang dipanggil ‘Babang’. Memang setiap hari raya kedua dia akan buat majlis rumah terbuka sambil ambil gambar adik beradik belah bapa. Walaupun tak penuh tapi ramai juga yang hadir. Untuk tahun ni agak kelam kabut sebab kitorang tak dapat bergambar bersama-sama.
Dengan Dak Fatih yang lasak dan tak duduk diam lagilah tak dapat. Tapi bapa dan mak dapat juga ambil gambar memasing. Aku takdelah.

Petangnya pula aku meneruskan perjalanan untuk berhari raya di kampung isteri. Untuk tahun ini aku menempah bilik chalet di Kuala Linggi. Umang-umang chalet menjadi lokasi untuk aku tidur semalaman. Aku dapat bilik Single dengan satu katil saiz Queen. Memang besar juga katil cuma bilik ada sedikit kecacatan. Aircond tak berapa nak berasa, air dalam toilet tekanan rendah, tv tak berapa nak jelas siaran dan tempat plug tak berapa strategik kawasan.

umang-umang chalet
Umang-umang Chalet, Kuala Linggi

Malam tu aku ingat nak pergi makan dekat Rumah Terbuka ADUN Ayer Limau, YB Datuk Amiruddin tapi keadaan tidak mengizinkan. Hujan lebat membasahi Kg Lekok, Masjid Tanah. Walaupun dah tiba tapi aku, isteri dan anak tidak jadi singgah. Kang basah kuyup pula. Jadi kenalah singgah cari kedai-kedai makan yang buka. Lalu kat Pengkalan Balak dan singgah ke kedai makan. Tapi nampak cam lambat jadi chow tanpa pesan. Singgah ke pekan Kuala Sg Baru tapau Char Kuey Tiaw kat depan 7 Eleven.
Memang mantap juga Char Kuey Tiaw yang berharga RM4.50 tu. Layan je dalam bilik di chalet Umang-umang tu. Pukul 11.00 terus tido apatah lagi channel kat tv macam hidup segan mati pun tak mahu.

Pagi esoknya, dalam keadaan hari raya aku memulakan aksi larianku. Dengan aplikasi RUnkeeper aku menuju larian pertama pada 2 bulan ini. Bukan sesuatu yang mudah tapi di gagahi juga. Agak malang bila aplikasi Runkeeper terhenti-henti sehingga tak dapat jarak serta pace sebenar. Kenalah agak-agak. Mungkin kot kena beli Xiami Mi Band untuk lebih mudah bila jogging ni.
Lepas habis jogging pergi pula kejutkan isteri dan anak untuk layan laut. First time kot, hari raya dimulakan dengan mandi laut. Tapi tak lama sebab nak pergi berhari raya di sekitar Kuala Linggi. OOo, masa lalu ke Kg Nelayan ternampak ada kematian pula. Takziah kepada keluarga yang meninggal dunia itu. Juga kepada sesiapa juga yang kehilangan ibubapa ,saudara mara, rakan taulan pada bulan Syawal ini. Al Fatihah.
Boleh tahan juga tahun ni Fatih kumpul duit raya. Tapi duit tu kenalah simpan dengan sebaik mungkin kan. Untuk masa depan dia juga.

gambar-raya-zool
Gambar Raya keluarga yang sempoi. Cuma tang tiang bulat tu yang tak best. Takpelah nanti boleh buat lagi
zool-perempuan
Bergambar bersama Perempuan di Keluargaku

Raya keempat pula aku meneruskan misi bersama adik untuk beraya di rumah sedara mara. Beraya di Senawang, Seremban dan Tampin. Penat juga tapi kenalah hadap sebab Raya pun setahun sekali. Okay, cukuplah setakat ini. Bagi sesiapa yang bekerja di Syawal ini, selamat bekerja dan berjaya semuanya. Terima kasih kerana berjaya juga korang membaca artikel Rayaku yang simple ni.

9 Replies to “Sambutan Hari Raya 2017”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.