Agak sibuk pada minggu ini dengan kerja-kerja harian dan juga diluar. Nampaknya anak kesayanganku telah menunjukkan petanda positif dimana kesihatan beransur baik. Apatah lagi sekarang ni keadaan cuaca juga telah berada dalam keadaan yang baik.
Jerebu telah mula beransur hilang dan hujan yang membasahi bumi semakin memberikan kesegaran kepada kita semua yang menghuni bumi Malaysia ini. Ooo ye, mungkin lambat sikit tapi kisah bajet hari tu memberikan sedikit kelegaan bila ada pengumuman pemberian saguhati. Takpelah ada juga untuk sedikit keperluan.

Sesi Amali Programmer
Pada Isnin yang lalu aku mengalami satu pengalaman baru dalam kerjaKu. Aku menjadi urusetia untuk sesi amali bagi pemilihan pengaturcara untuk JabatanKu. Dari 26 yang kutapis (46 borang diterima) terdapat 19 calon yang hadir untuk sesi ujian amali. Ujian amali yang mereka perlu lalui adalah membuat sistem mudah iaitu ‘sistem login’ (kemasukan dalam sistem) dan ‘sistem checking IC’.
Sistem login itu memerlukan mereka menggunakan bahasa PHP dan database MySQL untuk disiapkan. Ini adalah ‘basic’ utama bagi sesiapa jua yang ingin menjadi pengaturcara. Sistem kedua adalah mengenai kemasukan data kad pengenalan dimana sistem akan mengesan umur, tempat lahir dan jantina. Ujian ini adalah untuk mengesan kemahiran para calon membuat ‘logik’ dalam sistem.

Aku dibantu oleh seorang pengaturcara dari Jabatan Ketua Menteri Melaka yang pernah menang anugerah Inovasi melalui Sistem PCRS. Jadi walaupun aku tak berapa sangat pandai programming, ada yang lebih layak menilainya.

programmer
Sesi amali. Dihadiri oleh Programmer handal dari Jabatan Ketua Menteri sebagai Penilai

Selain itu, aku ada bagi ujian bertulis seperti berikut :-
1) Framework PHP yang anda mahir ?
2) Kefahaman anda tentang MVC
3) Database yang anda gunakan ?
4) Webserver yang anda gunakan?
5) Kefahaman tentang CSS ?
6) CMS yang anda gunakan untuk membuat portal?

Masa yang kubagi adalah 1 jam 15 minit dimana aku set masa melalui Onlineclock.
Aku tak boleh bagi keputusan kat sini sebab ianya RAHSIA. Cuma memang nampak kepayahan para-para calon untuk menyelesaikan masalah ini. Sebenarnya aku ada juga buat sendiri dan dapat selesaikan dalam tempoh lebih kurang 1 jam 10 minit. Dan AKU sebenarnya bukanlah programmer. Aku buat pun secara ‘copy paste’. Tapi kena pandailah kalau nak copy paste. Kalau main buta-buta memang tak jadi juga.

Korang rasa-rasa boleh ke jawab kalau bagi soalan diatas tu? Hehehehe..

Pada hari Selasa lalu pula aku bermesyuarat dengan syarikat Vendor. Satu yang bakal bekerjasama dan satu sedang bekerjasama. Memang cabaran dihadapi sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat bilamana ko akan berada di tengah-tengah. Antara Vendor dan Pengguna. Selain itu ko kena pastikan SISTEM menjadi. Ini cabaran yang agak perit juga lah. Tak payahlah cerita banyak kat sini kan.

Kursus Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Hari Khamis dan Jumaat pula AKU kena mengikuti kursus fail meja dan Manual Prosedur Kerja. Korang tau ke apa itu fail meja dan Manual Prosedur Kerja? Bagi yang kerja kerajaan mesti kena ada 2 benda ni. Terus terang aku tau fail meja tu tapi dah bertahun tak tengok. Bila ada Kursus ni baru tau yang ianya tak dikemaskini. Fail meja dan Manual Prosedur Kerja ini amat penting kerana ia akan menjadi panduan untuk kakitangan melaksanakan kerja.

kursus-mpk
Kursus dan Bengkel Fail Meja dan manual prosedur kerja

Ketiadaan fail meja dan manual prosedur kerja yang lengkap menyukarkan pelaksanaan tugas oleh kakitangan. Itu yang banyak main hentam keromo ikut suka hati tu. Kursus yang dijalankan selama 2 hari di Hotel Seri Malaysia, Melaka berjaya dilaksanakan. Cuma ada sedikit komplen sebab hotel tak masukkan wifi dalam senarai perkhidmatan. Kalau nak, kena tambah. Kedekut betul.

Tapi nak buat camne, itu tempat yang selesa dan dekat. Yang penting sekarang ni nak kena gunakan apa yang dipelajari tadi. Ooo ye, penceramah dari INTAN Kluang dan diorang pun ambil masa 2 bulan untuk buat Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja. Agak-agak kalau jabatan Aku ntah berapa tahun agaknya.

| Beza Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja |

Sebelum ni aku ada cerita pasal FB Ads untuk Amazon tapi rasanya tak BEST nak ceritakan sebab ‘FAILED’. Click yang banyak tapi langsung takde PEMBELI. Tapi takpe. Ini adalah EKSPERIMEN yang perlu kulakukan. Memang KEGAGALAN perlu ditempoh. Semenjak dua menjak ni pun AKU rasakan affiliate ku agak SLOW. Mungkin perubahan blog ligakampung.com yang menukar polisi ke blog SUKAN sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan internetKu. Tapi tak kisahlah, itu bukan petanda untuk Aku mengalah dalam industri ini.
Masih ada peluang untukKu terus menjana pendapatan dan mungkin satu hari menjadikan ia sumber utama. Wallahulam.

Selain itu aku juga sedang merancang untuk mengadakan gathering kawan sepengajian. Kalau yang pernah follow blog ligakampung.com dulu mungkin pernah terbaca kejayaan aku membuat REUNION kecil-kecilan. Dan sekarang ini aku sedang mencuba untuk membuat satu lagi projek ni. Bukan sahaja dapat mempertemukan rakan-rakan sambil-sambil tu boleh cuba dapatkan PELUANG BISNES. Kan?
Okay cukuplah tu aku MENGARUT untuk entri kali ini. Terima kasihlah sebab sanggup membacanya.

6 Replies to “Sesi Amali untuk Programmer, Kursus Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja”

Leave a Reply to kak yatiadam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.