Umurku 37 tahun

Pejam celik hari ini 6 Disember 2015 aku telah bernafas selama 37 tahun (ikut kalendar Masihi).
Bila sampai tarikh ni memang notification kat Facebook aku akan meningkat. Ramai yang mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’, ‘HB’ dan yang sewaktu dengannya.
Memang aku menghargai sekali dengan ucapan dari mereka dan mungkin juga dari anda yang akan menaip komen tersebut.

Kalau tahun sebelumnya aku ada buat makan-makan dengan kaum keluarga tapi tahun ini tak buat. Sebab mungkin mak baru je pergi ke Umrah pada hari semalam maka tidak seronok kalau nak buat makan-makan ni.
Tapi untuk isteri, aku masak sup Ayam, gorengkan ikan dan telur dadar untuk makan malam. Ooo ye, aku juga kurang sihat dan tak dapat nak ikut adik beradikku follow ibuku ke KLIA2. Takpelah, tiada rezeki untuk mengiringi ibu.
Apapun kutitipkan doa semoga ibuku akan berjaya menunaikan umrah dengan sempurna dan selamat pulang pada 18 Disember nanti.

Berbalik pada umurku yang menemui angka 37 tahun, terdapat beberapa peristiwa yang boleh kubanggakan. Yang tak bangga malas lah nak kongsi. Hahahah.
Sudah pasti memiliki seorang anak pada umur 37 tahun adalah satu pencapaian bagiku. Walaupun agak lambat tapi sekurang-kurangnya ku bersyukur mendapat hadiah dariNya. Memang bukan satu tugas mudah memiliki seorang bayi pada umur ini.

Keadaan fizikal yang sedikit merosot memberikan cabaranku bagi menjaga seorang bayi. Tapi kuhadapi jua dengan gagah dan berdoa semoga aku mampu melihat perkembangan anakku dan mungkin juga menambah beberapa anak lagi untuk memenuhkan ruangan keluargaku ini.

Pada tahun ini juga aku melakukan sesuatu yang tidak pernah kulakukan sebelum ini. Aku telah menyertai program larian ‘Fun for Run‘ sejauh 5 kilometer anjuran JCI Malacca Entreprenuer. Dan paling best bila tamatkan larian dan menerima medal. Ini akan menjadi inspirasiKu untuk tahun mendatang.
Aku juga telah membuat sasaran untuk menyertai kategori veteran 10 kilometer ketika usiaku melepasi 40 tahun. Aku ada 2 tahun untuk merealisasikan impian tu. Agak sukar tapi tak mustahil seandainya aku ambil serius dalam latihan. Aku nak masuk program larian bukan untuk kemenangan tapi nak memperbaiki tahap kesihatan.
Aku akui tahap kesihatan agak merosot dan perlukan diet serta kerja yang berpeluh. Pastinya larian adalah yang paling sesuai buat masa ni. Bila dikenang kembali, dulu masa belajar pun aku pernah mencuba jogging seorang diri di Tasik Shah Alam tapi tak pernah meneruskan.
Rasanya kalau dari dulu aku konsisten dengan program larian mungkin tahap kesihatanku mungkin lebih baik dan mungkin dah banyak medal yang ku kumpulkan. Insyallah pada tahun hadapan aku cuba sasarkan 5 program larian untuk ku sertai. Mungkin juga aku akan cuba tengok-tengok program larian yang luar dari Melaka untuk ku sertai.
Tapi untuk tahun depan aku sasar 5 kilometer je dulu. Di samping itu aku juga mengharapkan agar aku mendapat berat badan ideal iaitu 60kg. Bukan tugas yang mudah sebab sekarang ni beratku adalah 69kg dimana ianya melepas berat badan dalam ‘BMI’.

Selain itu aku juga telah belajar sedikit sebanyak bahasa pengaturcara PHP dimana ianya adalah berkenaan dengan projek yang nak kulaksanakan. Aku mengharapkan ia akan mampu di lancarkan pada tahun depan tatkala umurku belum mencecah 40 tahun. Kalau ianya berjalan lancar ku harapkan aku mampu bersara lebih awal dari sasaranKu iaitu 45 tahun.
php_programmer
Bukan mudah tapi tak mustahil dicapai andai dibuat dengan betul-betul. Tak selamanya aku mampu untuk bekerja di bawah orang lain jadi perlu mencari sesuatu agar keluar dari kepompong.

Tahun ini juga aku mengambil keputusan mengehadkan blog ligakampung.com kepada artikel khas sukan sahaja. Kalau korang yang pernah kenal aku dari ligakampung.com mungkin dah perasan aku sudah menulis sukan sahaja disana. Mungkin dalam 1-2 tahun ini aku akan buat transformasi penuh pada blog itu. Sekarang ni masih sayang untuk mengubah artikel lama.
Aku ada perancangan untuk menjadikan ianya platform bagi penulis-penulis sukan tempatan agar menjadikan ia medium utama. Mungkin satu hari nanti Rizal Hashim menulis kat situ. Mana taukan. Heheheh. OOO ye, aku juga dengan rasminya telah membuka blog peribadi menggunakan domain namaku sendiri iaitu blog yang korang baca ni le.
Aku juga mengambil keputusan menutup blog niche kereta rear-wheel.com. Mula-mula cuba untuk jual tapi tak nampak ada yang minat maka aku biarkan je camtu. Tapi blog OhPemandu.com masih beroperasi yang mungkin boleh nak tulis pasal kereta.

Aku juga berjaya menghasilkan sebuah ebook ‘Jom Beli Rumah’ . Walaupun ebook tu tak berapa ramai yang download tapi sekurang-kurangnya ia jadi batu loncatan untuk ku hasilkan ebook lain yang lebih berkualiti. Mungkin pada umur yang mendatang ini ada hasil ebook yang lain. Korang download lah kat sini ebook tu.

Okay, cukuplah tu.Semoga aku mampu bernafas pada usia 38 tahun pula nanti. AMIN..

9 thoughts on “Umurku 37 tahun

  1. blog ini sebenarnya boleh menarik ramai pembaca bro..biasanya niche peribadi..ramai yang nak tahu termasuk saya ..

    blog ligakampung pun ok serta ohpemandu..cuma urus banyak blog bisa tuntut banyak masa sahaja.

    p/s :kalau bro jarakkan perenggan dalam blog ini lagi sedap nak baca ..

  2. wlpn dah terlewat selamat hari lahir..semoga dimurahkan rezeki dan sihat disamping keluarga tersayang..oh rupanya banyak blog..ciktom tau ligakampung je kot sebelum ni..

Leave a Reply to zzarizi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.