Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Bagi yang rajin mengikuti blog ini mungkin mengetahui bahawa aku merupakan Setiausaha bagi persatuan taman yang aku duduki . Memang cabaran bila nak menubuhkan Persatuan dan sepatutnya pada bulan April ni nak buat Mesyuarat Agong bagi melantik AJK baharu. Tapi apakan daya, isu COVID-19 menyebabkan impian untuk melantik Setiausaha baharu tidak tercapai juga dalam masa terdekat ni. Ini kerana kerajaan tidak membenarkan perhimpunan besar pada masa ini bagi mengelakkan rantaian COVID-19 ini menjadi besar. Terpaksalah akur meskipun tak sabar nak serahkan tugas berat ni pada orang lain. Bukan apa, aku ni tak layak jadi Setiausaha sebab bukan seorang manusia yang teratur. Nak buat minit mesyuarat pun tak rajin. Mungkin kalau orang lain lebih bagus sepatutnya dimana kalau orang perempuan lebih bagus.

Berbalik kepada tajuk diatas, meskipun kami tak ramai dan takde pengalaman tapi idea tu ada. Sebelum ni ada beberapa perancangan untuk ada aktiviti tapi sukar dilaksanakan sebab takde masa. Sekarang ni bila masing-masing kena tahan, adalah sedikit masa terluang untuk laksanakan aktiviti. Untuk aktiviti kali ini kami mengadakan agihan bekalan makanan asas kepada ahli dan juga penduduk taman yang dirasakan layak.

Memang ada sedikit cabaran untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Nasib baik ada kalangan ahli yang mempunyai connection baik dengan Mydin Pulau Sebang. jadi urusan itu dapat dilaksanakan dengan baik. Hari pengagihan dilakukan selama 2 hari iaitu pada hari Jumaat petang dan Sabtu pagi. Alhamdulillah kira-kira 70 bahan-bahan iaitu beras 5 kg, minyak 2 kg dan telur 10 biji dapat diagihkan kepada penerimanya. Ada juga ahli yang tidak pulang yang memberikan kebenaran untuk diserahkan kepada penduduk lain. Kami pun berilah kepada beberapa penduduk yang bukan ahli tapi dirasakan perlu mendapat bahan tersebut.

Memang satu pengalaman yang baik seperti jadi seorang YB kawasan pula kali ini. Pengamatan aku adalah, waktu inilah baru kenal serba sedikit ahli dan juga penduduk taman. Memang nampak ada yang betul-betul susah dan ada yang tak memerlukan bantuan. Tapi memandangkan ianya adalah dari peruntukan persatuan, yang tak perlu pun kami berikan (termasuk yang taip artikel ni). Alhamdullilah ini adalah dalam fasa pertama dan mungkin akan ada fasa yang seterusnya. Bukan mudah tapi aktiviti kali ini lebih mudah sebab kebanyakan AJK mempunyai masa terluang untuk memberikan komitmen. Nampak bahawa AJK ini boleh diharap cuma mereka mempunyai komitmen masing-masing yang membataskan pergerakan mereka. OO ye, ketika proses agihan kami tak lupa memakai facemask. Manalah tau ada penerima atau aku yang ada virus tu.. Bolehlah kurangkan risiko..

Semoga yang menerima sumbangan ini dapat dibantu dan mendoakan supaya persatuan penduduk ini mampu lebih berjaya lagi. Macam mana pula dengan Persatuan Taman/ Penduduk korang semua?

Lepak menyusun strategi sebelum memulakan aktiviti agihan
Serahan perlu ada tandatangan untuk bukti
Bangsa Cina juga diberikan sumbangan meskipun pagarnya lebih canggih dari pagar Pengerusi dan Setiausaha
Bantuan perlu diberikan tanpa mengira usia
Barangan berupa beras.minyak masak dan telur untuk disumbangkan. Dari Mydin Pulau Sebang
Sumbangan juga diberiakn kepada ahli Bomba yang merupakan ahli persatuan. Salute kepada abang bomba yang bersiap siaga

Bo

Boleh tengok versi video

2 Replies to “Aktiviti Sumbangan Persatuan Taman kepada Penduduk Taman”

  1. Terbaik tuan, sy nak tubuhkan persatuan tp susah juga nak mula.. lgpun taman sy ni br dpt kunci bln 6 dulu jadi org dlm grup wasap ramai nak jd ahli tp tu la masing2 ada komitmen lain.. nak bt meeting lg lokasi di tehel ni susah juga nak cari time2 covid ni

    1. mula2 dapatkan kawan2 yang boleh buat kerja dulu..
      yang penting boleh bagi komitmen.
      kalau awal2 tak boleh bagi komitmen susah.. persatuan kami ni agak sukar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.