Assalamualaikum semua..
Tinggal beberapa hari je lagi sebelum tahun 2017 meninggalkan kita. Tahun 2018 yang tiba pasti akan menjanjikan kehidupan yang cukup mencabar.
Apatah lagi akan terdapat peristiwa besar seperti Pilihanraya yang mungkin akan memberi kesan kepada kehidupan kita semua. Selain itu, khabar angin mengenai keadaan ekonomi yang masih merudum juga diramalkan oleh sesetengah pihak pasti membuatkan kehidupan semakin sesak.
Apapun untuk menjadi seorang manusia yang berwawasan, membuat azam adalah satu keperluan. Begitu juga denga aku. Aku akui, tahun ini aku tidak seperti tahun sebelumnya dimana aku ada menulis tentang sasaran dan pencapaian setiap bulan. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang dilakukan menyebabkan aku tak mampu menaipnya.
Untuk tahun hadapan mungkin aku akan cuba untuk menaipnya di blog ini bagi mengingatkan diri ini tentang apa yang perlu kucapai pada tahun tersebut.
Untuk artikel kali ini aku ingin berkongsi serba sedikit apa yang inginku capai pada tahun lepas dan sedikit apa yang kucapai pada tahun 2017 ini. Antaranya :-

1) Berat Badan. Kalau ikutkan sebelum ini berat badanku mencapai angka 70 kilogram ke atas dan beberapa tahun ini aku berjaya mengekalkan angka 6+ kilogram. Tetapi ia masih belum dibanggakan berbanding BMI yang perlu iaitu sekitar 55 kilogram. Aku akui kelemahan dari segi displin untuk melakukan senaman dan paling sukar adalah pengawalan makanan.
Aku akui kegagalan mengawal makanan mungkin akan menyebabkan beberapa penyakit mula menyingahi tubuh badanku. Berdasarkan pengamatan, aku merasakan penyakit Kencing Manis mula meresap dalam diri ini. Aku rasa mulai hari ini aku perlu berusaha keras dalam aspek pemakanan seperti :-
– Makanan. Aku mesti mendisplinkan diri. Buat masa ini, perancangan untuk mengurangkan pengambilan nasi. Air bergula juga boleh dielakkan. Aku akui kadangkala nafsu jahat ini sering meminta minuman bergula. Ini perlu dielakkan.
– Perlu jumpa doktor. Aku nak buat pemeriksaan kesihatan dalam masa terdekat. Aku akui ada sedikit ketakutan untuk berjumpa doktor tapi apa pun kena lakukan kerana perlu memberikan tumpuan agar kesihatan tidak menjadi teruk hingga menyusahkan keluarga. Kalau korang follow blog ni mesti tau aku pernah medical checkup di pantai pada 2016 dan ada banyak isu. Isu apa? Kalau nak tau boleh baca Buat Medical Checkup di Hospital Pantai.

– Senaman. Aku agak tidak konsisten dalam senaman. Larian yang sering dilakukan sering terabai apatah lagi sekarang ni isteri selalu kerja pada hari cuti. Selepas ini aku akan cuba melakukan larian yang kerap di kawasan perumahan atau paling tidak cuba berjalan sekurang-kurangnya 1 kilometer sehari.
– Peralatan, untuk menjadi displin aku perlukan peralatan. Antara peralatan yang aku sasarkan untuk beli selepas ini (semoga dapat beli sebelum 2018) adalah :-

a) Mesin Semak Gula (Blood Monitor Glucose)
– Sori kalau salah translate. Aku memang memerlukan peralatan ini untuk semak sendiri kadar kandungan gula. Sebelum ini aku semak di rumah mak ku tapi kena beli untuk sendiri sebab lebih mudah nak semak sendiri. Kalau ikutkan mungkin aku akan beli jenama Accu-Chek sebab biasa guna.
– Jenama Accu-Check ni harga dekat Lazada hanya RM79.00 je. Jadi memang berada dalam bajet pada bulan ni. Korang kalau nak beli untuk semak kandungan gula bolehlah beli kat link Lazada di gambar di bawah ni.

– Rasanya benda ni boleh dibeli kat Farmasi berdekatan anda. Cuma nak guna tu kena belajar dulu. Aku mungkin nanti akan belajar dengan adik aku yang biasa guna ni. Cuma nanti cabaran bila nak ambil darah tu sebab ada teknik yang aku belum mahir lagi.
– Harap-harap selepas ini aku akan dapat maintain gula dalam kandungan 5.+ dimana ngka yang ideal. Dan paling penting kena kuatkan tekad dalam percubaan untuk memastikan kesihatan terjaga. AMIN.

b) Jam untuk catat masa dan jarak larian
– Ini adalah gajet yang aku impikan sekian lama selepas menceburkan diri dalam bidang larian. Bukan apa, tanpa jam ni larian aku tidak konsisten kerana tak tau catatan masa dan jarak. Sekarang ni aku menggunakan handphone yang ku bawa ke dalam pouch. Kaedah ini agak menyukarkan sebab kadangkala handphone itu padam dan catatan terhenti. Aku nampak beberapa jenama dan terpikat dengan Fitbit. Rujuk gambar dan link di bawah .Tapi harga RM605.00 mungkin terkedu sikit. Kenapa aku minat Fitbit? Sebab dia boleh connect dengan app yang kugunakan Runkeeper.

– Mungkin tak sanggup nak beli Fitbit buat masa ni sebab harga yang tinggi apatah lagi aku ni jenis lalai. Takut nanti hilang pula. Mungkin cari alternatif lain yang lebih murah. Tapi kalau korang jenis berduit aku cadangkan boleh beli model Fitbit tu.

c) Pemakaian
– Bagi baju, aku rasa tak perlu nak beli sebab banyak baju dari event yang aku sertai boleh digunakan lagi. Mungkin tahun depan boleh kira-kira untuk sertai banyak acara bagi dapat baju untuk bersukan lagi.
– Cuma nak cari kasut dan seluar yang bersesuai. Untuk kasut aku kena cari yang betul-betul sesuai kali ini. Tak boleh main tangkap muat sebab efek kat kaki sekarang ni. Sekarang bila lari terasa tidak selesa.
– Antara yang aku impikan adalah seperti jenama Nike. Aku rasa mungkin beli kat kedai sebab dapat memastikan keselesaan berbanding beli kat Lazada. Tapi korang bolehlah jengok Lazada kalau ada kasut yang sesuai tu.

Okay cukup tentang isu berat badan. Banyak pula berkait dengan barang-barang yang aku inginkan tu. Nanti bila aku teringat aku sambung lah tulis lagi.

2) Penambahan Pendapatan
– Nak tambah pendapatan bukan mudah. Aku dah banyak cuba dari pertanian (menanam Nanas -masih pegang Facebook page Nanas), jual baju budak, kraftangan dan sebagainya. Masih gagal untuk memasuki bidang perniagaan.
– Walaupun masih tercari bidang pertanian ni, mungkin tahun depan nak cuba teruskan legasi bapa yang memajak tanah sawit. Dah ada perancangan untuk adik perempuan manage dan aku akan follow perihal yang memerlukan KeLakian. Harap-harap dapat diteruskan . AMIN
– Sekarang ni aku mencuba satu lagi bidang. Tapi tak berani nak reveal sebab pun belum berjaya lagi. Inshallah akan dikongsi kalau berjaya.
– Dalam arena blog memang masih di takuk lama tapi aku berazam untuk pergi lebih jauh pada tahun hadapan. Harapan aku blog-blog yang ku bangunkan mampu meningkat dan menjana pendapatan setidak-tidaknya aku boleh bayar perbelanjaan blog melalui pendapatan tersebut.Target pada tahun hadapan agar dapat mengeluarkan Adsense sekali setahun. Untuk itu aku kena ada USD 100 setahun atau kira-kira USD 8.33 setiap bulan. Masih jauh tapi tak mustahil kalau blog-blog niche aku menjadi.

3) Mendapat penulis tambahan
– Mungkin korang sedia maklum aku merupakan pemilik blog Ligakampung.com. Aku bercita-cita agar blog ini dapat bersaing dengan blog handalan seperti SemuanyaBola, DuniaSukan dan lain-lain lagi. Memang buat masa ini terlalu jauh nak mengejar blog-blog tersebut.
Impian aku pada tahun hadapan tidak besar. Nak dapatkan 2 orang yang sanggup BERSAMA aku untuk meng’upgrade’ blog Ligakampung itu. Yang penting aku nak cari PENULIS yang boleh mengubah blog itu. Dari segi modal dan rekabentuk mungkin aku akan usahakan. Ada sesiapa di sini mau BERSAMA? Cuma kena Sanggup menulis tanpa bayaran dan artikel konsisten sahaja. Inshallah nama anda akan dipaparkan sebagai penulis.
– Mungkin selepas dapat penulis barulah boleh dipanjangkan lagi. Bukan apa, aku rasa kalau dapat bantuan penulis, aku boleh fokuskan pada PROMOSI seperti facebook ads, google ads dan sebagainya. Mungkin boleh menjadi satu blog yang bagus kalau orang lain yang tulis rasanya.
– Selain blog Ligakampung, aku ada juga blog niche kesihatan, kewangan dan cerita Melaka dalam bahasa Inggeris. Kalau ada yang nak join boleh lah tulis komen ye. Nanti den hubungi.

4) Simpanan

– Kalau ikutkan simpanan aku dalam Tabung Haji hanya sekitar RM5K sahaja. Tak cukup banyak. Rasanya kalau tambah dalam akaun lain pun tak cecah RM10K pun. Memang angka tu terlalu kecil kalau ikutkan saranan pakar kewangan untuk ada sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.
Jadi untuk itu aku kena banyak belajar dan berusaha menyimpan. Inshallah tahun depan ada lagi pengurangan hutang iaitu kereta yang BAKAL tamat bayar pada hujung bulan Disember atau awal bulan Januari. Ada lebihan RM500 tapi dah berjanji dengan isteri untuk bayarkan bulanan Fatih RM300. Tinggal RM200 dan boleh digunakan untuk simpanan.
– Selain itu tahun depan juga dijangka aku akan buat Homestay untuk rumahku(sebab nak pindah rumah isteri pada tahun depan). Mungkin juga adikku juga bakal membuat homestay jadi bolehlah tampung sikit.

Okay cukuplah serba sedikit apa yang ingin ku capai pada tahun 2018. Nampak gayanya MIMPI nak buat EBOOK aku tangguhkan dulu. Tapi kalau tetiba jadi okay juga. Kepada yang membaca ni terima kasih sebab mungkin jenuh juga korang nak baca ni kan. Ayat panjang-panjang pula tu..

SELAMAT TAHUN BARU 2018. Semoga kita berjaya mencapai apa yang dihajati.

3 Replies to “Azam 2018”

Leave a Reply to Xplorasi Destinasi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.