Minggu ini ada beberapa aktiviti yang mungkin aku boleh kongsikan bersama dengan korang semua. Walaupun tak semeriah sangat tapi bolehlah kalau nak menulis beberapa ratus perkataan. Cuma harap korang dapatlah meluangkan sikit baca dalam beberapa minit juga di blog aku ni.

TESTIMONI BUKU

Mula-mula aku telah dipelawa oleh salah seorang pengarang buku yang ku kenali walaupun takdelah kenal sangat. Hehehhe. Pengarang buku ni banyak juga menghasilkan buku-buku terutama mengenai kerjaya. Aku mengenali beliau sebab pernah berurusan ketika aku masih dalam lingkungan Jabatan Ketua Menteri Melaka. Nak kata tau sangat personaliti beliau tu memang tidaklah, tapi kira handallah juga dia ni dalam bab-bab menulis.  Ok, aku menerima emel beserta manuskrip yang bertajuk ‘******* *****’ pada 29 Jun yang lalu. Dalam emel tersebut meminta aku berikan sedikit TESTIMONI mengenai manuskrip tersebut.

Emel yang diterima pada 29 Jun 2016
Emel yang diterima pada 29 Jun 2016

Secara jujurnya sehingga kini aku masih belum mampu untuk menamatkan pembacaan aku. Almaklumlah, SIBUK (sangat) . Tapi dapat juga aku membaca manuskrip dalam bentuk pdf itu sehingga 107 mukasurat ( ia berjumlah 186 mukasurat).  Memandangkan aku tak minta kebenaran untuk memaklumkan kat blog ni mengenai manuskrip itu, maka aku tak boleh nak komen sangat kat sini. Apa yang pasti aku harap dapatlah membantu beliau dan sedikit sebanyak aku dapat juga TIPS untuk menulis buku. Sebenarnya aku juga ada PERANCANGAN baru untuk menulis EBOOK kedua. Jika eBOOK pertama ku ‘ Panduan Beli Rumah’ (setakat 24 Julai 2016) ada 62 orang dah download ebook ni) tidak berjaya di KOMERSIALkan, namun itu bukan petanda putus asa. Inshallah untuk ebook kedua, aku akan cuba menghasilkan ebook berkenaan hobi baruku ‘BERLARI’ . Harap-harap ia mampu menjadi lebih baik dari ebook pertamaku. Bagi sesiapa yang belum membaca ebook pertamaku, boleh klik di link sini. Free je sebab tak layak untuk KOMERSIAL lagi. Tapi kalau korang rasa nak derma kan sikit sebab ada manfaat baca ni boleh je DERMAkan duit korang kat mana-mana masjid dan niatkan. Huhuhuhu.

SETEL KODING PHP

Dalam minggu ini juga aku berjaya buat beberapa perkara berkaitan koding PHP iaitu mengenai ‘Cara Menukar Nombor ke Perkataan’ . Aku malas nak cerita panjang tapi cukuplah aku bagi link ni kalau ada sesiapa nak rujuk. Cuma yang bestnya lepas berjaya buat walaupun ambil masa hampir seminggu nak setelkan tu. Terima kasih juga kat korang yang baca ni. Tanpa korang siapalah aku. Eh, takde kena mengena pula kan. Hehhee.

php_programmer

SUKMA SARAWAK 2016

Minggu ni nampaknya SUKMA membuka tirai. Eh, kenapa pula cerita pasal SUKMA pula ni? Patutnya cerita kat blog yang lagi satu le kan. Hehehee.. Bukan apa, aku dan beberapa pegawai di opis akan ke Sarawak pada 29 Julai -1 Ogos 2016 ini untuk menjadi wakil Jabatan bagi member sokongan moral pada atlet Melaka nanti. Ada sesetengah yang masuk untuk melihat upacara perasmian tapi aku dan 3 orang lagi akan melihat upacara penutup. Jadi, kemungkinan blog ini tidak akan diupdate pada ketika itu. Yelah, tak rajin pula aku nak bawa laptop ke sana. Nak pergi Cyber Café pun belum tentu lagi. Ooo ye, untuk pengetahuan korang, mungkin ini kali PERTAMA aku akan naik KAPAL TERBANG. Harap-harap ianya bukan yang pertama dan terakhir ye. Mohon doa-doakan bersama ye.

logo-sukma

LARIAN TEAMPUNCHEAT

Berkenaan larian pula, minggu ini geng #TEAMPUNCHEAT telah menempah baju. Alhamdulillah, walaupun hanya ada 6 orang ahli sahaja namun ahli dijangkakan akan mempunyai baju untuk jogging. Baju yang ditempah ini ditaja oleh Ligakampung.com . Eh macam tau je siapa yang taja kan.. Hehehehe. Takdelah mahal sangat dan rasanya ini boleh jadi salah satu medium PROMOSI.  Mungkin ia tidak sebesar mana tapi ia boleh meningkat dari semasa ke semasa. Inshallah akan datang mungkin aku boleh membesarkan lagi projek penjenamaan blog tersebut.

Dari segi prestasi larian pula, aku Nampak ada sedikit kelembapan diriku dan rakan-rakan. Almaklumlah, dah sebulan lebih tak berlari. Masing-masing pun dah mula pancit bila berlari lebih 1 kilometer. Tapi tak mengapa, itu adalah percubaan. Walaupun berat badanku nampak ada meningkat tapi tak terlalu banyak. Masih terkawal lagi.

RUMAH TERBUKA

Oo ye, pada hujung minggu lalu rumah bapaku ada buat rumah terbuka. Minta maaf kepada korang sebab aku tak jemput. Ye lah, open house rumah bapa segan aku nak jemput korang kan. Lagipun korang pun kebanyakan tak KENAL aku secara live. Kalau ajak mesti tak dapat nak datang kan? Hehehehe. Tunggu le kalau projek SEWA ku berjalan lancar atau blog-blog aku MELETUP bolehlah aku ajak korang ke rumah/dewan untuk OPEN HOUSE.

OPEN HOUSE rumah bapaku kali ini agak ramai berbanding sebelum ini. Walaupun aku tak ajak langsung kawan-kawan tapi rakan-rakan bapaku telah cukup menghabiskan nasi minyak dan rendang RUSA. Memang terbaiklah sampai bapaku TERBELI ayam dua kali. Jadi ada lebih 3 ekor dan 1 ekor aku bawa balik rumah. Minggu ni memang layan lauk AYAM je lah. Tapi kena hati-hati takut nanti naik pula berat badan nanti. Tak bolehlah nak berlari dengan hebat lagi.

OO ye, hujung minggu ada 2 keluarga singgah rumah untuk beraya. Takde makanan sangat pun cuma mee goreng isteriku masak je.

Okay cukuplah aku menaip panjang-panjang pada kali ini. Kalau korang rasa ianya bermanfaat terima kasih diucapkan, kalau sebaliknya anggap ianya sebagai hiburan ye.

8 Replies to “Bakal ke SUKMA Sarawak, Testimoni Buku”

Leave a Reply to Raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.