Hari Sabtu lepas, aku dan keluarga berjalan-jalan. Percutian tak jauh mana pun. Masih di dalam Melaka tapi lokasi yang ku pergi ni tak pernah lagi dijejaki iaitu tempat percutian di A Famosa Resort. Walaupun selalu nampak bila lalu highway PLUS Ayer Keroh nak utara namun hanya 2 kali je pernah masuk ke dalam. Itu pun sebab jumpa kawan yang datang Melaka. Selain itu tak pernah pun pergi melawat ke kawasan pelancongan yang agak popular di Melaka ini.

Walaupun dalam kawasan Melaka namun kami lalu lebuhraya kerana takut terlewat dari waktu masuk. Takut kalau lambat nanti kena beratur pula. Walaupun adik (yang belanja) telah membeli tiket pakej secara online tapi untuk mak kena beli secara di kaunter kerana tiada diskaun jualan secara online. Kami gerak dari rumah dalam pukul 8.45 pagi dan masuk ke Lebuhraya PLUS. Satu cerita kelakar bilamana aku terlepas ‘Exit Simpang Empat’. Sedar-sedar dah nampak papan tanda ‘Sempadan Negeri Sembilan’. Adoyai.Inilah bahananya sebab jarang masuk ‘Exit Simpang Empat’ dari belah utara ni..
Terpaksa pergi ke ‘Exit Pedas-Linggi’ dan pusing semula. Tengok signal lampu minyak dah berkelip-kelip pula kat highway tu. Rasa cuak seketika. Nasib baik sempat sampai ke exit Simpang Empat dan terus ku tuju ke Petron Simpang Empat untuk mengisi kereta Viva isteriku.

Sampai kat dalam A Famosa tu kena ambil pas dari ‘guard’ di luar. Kena simpan pas tu baik-baik sebab kalau takde masa nak balik akan menimbulkan masalah. Risau juga jadi aku letak di dalam dompet. Agak ke dalam untuk sampai ke lokasi Water Theme , Safari Wonderland tu. Adalah kira-kira 3 kilometer juga dari pintu utama. Sampainya ke pintu masuk kena pula bayar parking RM3.00 pula. Takpelah, janji dapat masuk ke tempat yang entah bila nak pergi lagi ni.

A-Famosa_0_0
Mula-mula perjalanan kami ke Safari Wonderland. Masuk-masuk kena ambil gambar. Walaupun ada pilihan untuk tidak ambil tapi kami terima juga gambar bersama pekerja yang berpakaian seperti Red Indian. Lepas tu, satu lagi bergambar dengan burung kakak tua pula. Memang pandai diorang ni meniaga kan? Boleh je tak nak ambil gambar tapi sebagai kenangan memang cam terpaksa pula. Jadi ambillah secara paksa rela.
Selepas itu masuk ke kawasan dikumpulkan ular di dalam satu bilik. Dah macam galeri ular pula rasanya tapi banyak je bilik yang kosong. Mungkin ular tengah menyorok di balik-balik batu tu kot.

Lepas tu jam 10.00 pagi ada pertunjukan gajah. Ramainya budak sekolah yang datang ke sini. Memang separuh dari penontonnya adalah rombongan budak sekolah. Terkenang seketika zaman dulu jadi budak kecik, ikut rombongan pergi Zoo Melaka. Lebih kurang cam diorang lah ni. Mungkin Dak Fatih terlalu muda untuk memahami apa itu gajah menyebabkan beliau hanya pandang sahaja tanpa ada reaksi suka atau takut. Hahahaha.

gajah
Pertunjukan gajah dimana ramai penonton budak sekolah

Memang bijak sungguh gajah itu mengikut aksi yang diinginkan oleh pelatihnya. Boleh angkat kaki, buka air kelapa dan akhir sekali pastilah menyiram air kepada penonton melalui belalainya.  Cuma yang tak sedap apabila pengacaranya cakap 100% bahasa omputeh sedangkan ramai bebudak yang datang itu adalah rakyat Malaysia. Nampak sangat terpinggir Bahasa Melayu tu.

Lepas pertunjukan gajah, pergi melihat binatang-binatang berkaki empat seperti arnab, kambing, kuda. Nampak Dak Fatih sedikit tekun bila tengok kambing. Minat ke atau pelik tak tau le pula. Tapi mukanya masih tiada riak positif atau negatif. Takpelah budak 6 bulan, belum cukup matang lagi. Mula-mula menolak Dak Fatih dalam stroller tapi rimas agaknya kenalah mendukung budak comel seberat 7 kilo lebih ni. Memang mau patah pinggang juga rasanya. Tapi inilah dia cabaran menjadi seorang BAPA. Kepada adik-adik di luar sana, cepat-cepatlah kahwin dan jadi bapa. Jangan lambat sangat nanti KEDERAT dah kurang cam abang ni baru tau rasanya. Eh, lari topik pula.
Selepas itu singgah lagi ke pertunjukan. Kali ini pertunjukan binatang comel. Antaranya memerang, monyet, kucing dan beberapa binatang lain lagi. Sekali lagi, binatang ini menunjukkan kebijaksanaan. Ada yang pandai mengira, membuat aksi dan sebagainya. Dan sekali lagi aksi pengacara dalam Bahasa Inggeris. Kesian kat mak yang tak berapa faham penerangan pengacaranya tu.

Berjalan lagi, sebelum menuju ke tempat makan, kami ke satu lagi pertunjukan. Kali ini pertunjukan burung pula. Dak Fatih dah tidur. Walaupun bagus tapi Aku tak boleh nak pergi ke depan sebab stroller tak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tu. Kenalah duduk di belakang sekali. Memang cerdik burung-burung (termasuk itik). Ada burung kakak tua, burung bangau, merpati, helang dan enggang. OO, itik pun ada dalam pertunjukan ni. Memang terlatih dan terbiasa unggas-unggas ini sebab tersusun je persembahan mereka.
Sudah selesai menyaksikan pertunjukan kami pergi menaiki bot untuk ke ‘Monkey Island’. Kena pakai safety jacket di tasik untuk ke pulau buatan ni. Dak Fatih ok je masa di sini cuma anak buah, Dak Aliya buat hal pula. Takut benor dia dengan monyet kecil yang berkeliaran. Menangis tak sudah budak kampung tapi penakut binatang ni. Adoyai.

naik-bot
Sempat tersenyum simpul Dak Fatih ketika menaiki bot

Menaiki bot itu ada sedikit kekaguman tentang kreatifnya mereka yang buat bot ni. Kalau ikutkan bot ni cam hasil dari kayu rumah lama yang cuma diletakkan enjin bot dibelakangnya. Ada sedikit kegusaran juga tapi tawakkal je lah.

Hampir pukul 1.00 petang dan kami makan di medan selera yang disediakan. Bayaran pakej termasuk makanan yang bolehlah untuk isi perut tu. Selesai solat Zohor di surau yang disediakan dan kami terus bergerak ke Safari Wonderland. Menaiki jep yang telah di ubahsuai kami melihat binatang tropika seperti lembu, gajah, harimau, singa, zirafah dan sebagainya. Memang besar juga kawasan Safari tu. Ambil masa hampir 30 minit juga round di kawasan tersebut. Memang satu pengalaman yang menarik disitu.
Ada banyak spesies binatang yang tidak dikenali dikawasan Safari tersebut. Sekali lagi tiada bahasa Melayu dalam sesi penerangan melalui radio. Nampak sangat info tu bukan untuk orang Malaya kot.

Selesai ke kawasan binatang-binatang akhirnya pergi ke kawasan untuk berendam. Yeah!! Inilah yang dinantikan iaitu di Water Theme A Famosa. Dengan badan yang berlengas tu terus masuk ke kawasan berair pula. Terdapat kolam yang ramai dengan pengunjungnya. Mula-mula bawa masuk Fatih ke dalam kolam tu dia menangis tapi lama kelamaan dia mula biasa dengan air tersebut. Sambil maknya melayan Fatih, Aku pun merayau-rayau dengan adik lelakiku untuk mencari tempat yang lebih adventure. Mula-mula nak cuba di sliding Vuvuzela yang gempak tu tapi apakan daya tak jumpa 4 orang untuk bersama. Ini kerana peraturan telah menetapkan mesti 4 orang. Maka pergi ke slide yang kureng sikit mencabarnya.

Jpeg
Seronok Dak Fatih berendam dalam pelampung Spiderman nya

Walaupun tak berapa sangat tapi terasa jugalah gegak gempita jantung tatkala layangan pelampung menuju ke slide tersebut. Ala-ala roller coaster begitu. Cuma agak kecewa tak dapat ke Vuvuzela tu sebab adik perempuan pergi layan situ dengan suami dan 2 orang yang tidak dikenali. Adoi, patut dia ajak kami. Barulah best.
Impian untuk berenang pula tidak berapa tercapai sebab tiada kolam yang benar-benar boleh melakukan renangan. Adalah kolam sungai malas yang kononnya ada arus untuk bergerak. Tapi yang pastinya anak buah gembira dengan kawasan Water Theme Park tu. Kira oklah kan. Asalkan diorang gembira. Kita yang tua ni layan ala kadar sudahlah. Hhahahahah.

Selesai sudah mandi dan pulangkan pelampung kami pun pulang dalam pukul 5 lebih. Secara peribadi, percutian di A Famosa Resort ini menarik tapi ada banyak benda yang mungkin tidak digemari seperti :-

1) Tiada penerangan dalam Bahasa Melayu
2) Kolam untuk renangan orang Dewasa tiada. Ada kolam terbuka tapi agak sukar untuk berenang di situ. Okay, memang biasa water theme park tiada kolam renang khusus kan. Tapi kalau ada memang best untuk orang cam Aku ni.
3) Harga makanan/minuman.Yup memang diketahui apabila tempat pelancongan harga markup dia lebih dari kedai biasa.
4) Ketika di sliding budak yang menjaga pengunjung seperti tidak ambil peduli.

Secara keseluruhannya saya bagi 3.5/5 markah. Berbaloi untuk dikunjungi tapi mungkin tak puas kalau setakat setengah hari. Ooo ye, terperasan pula ada bunting program larian tu. Mungkin nanti nak kena survey dan join tu. Terima kasih kerana sudi membaca.

14 Replies to “Berjalan-jalan di A Famosa Resort”

  1. Lepas ni mai layan Lost World of Tambun pulak bro…dekat ngan umah aku 🙂

    Apapun Melaka salah satu negeri yang aku suka untuk melancong.. persekitaran yang bersih dan makanan pun tak mahal sangat

Leave a Reply to Uncle Zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.