Pada minggu lepas, aku mengikuti rombongan ‘family day’ pejabatku ke Perak. Rombongan yang disertai kira-kira 30 keluarga ini bermula pada hari Jumaat pagi yang lalu.
Perancangan awal untuk gerak dari Melaka pada pukul 7 pagi tapi ada sikit kelewatan dari syarikat bas dan kakitangan menyebabkan perjalanan terpaksa bermula jam 8.00 pagi.
Aku yang bertindak selaku ketua bas A memberikan sedikit kata aluan sebelum bas mula bergerak. Perjalanan singgah ke perhentian Dengkil kira-kira jam 9.30 pagi dan aku hanya membuang apa yang patut sahaja.
Nasib baik, urusetia ada menyediakan Goodies untuk mengisi perut pada waktu pagi tu. Apataknya keluar rumah seawal pukul 6.30 pagi. Memang takdelah singgah atau buat sarapan. Lepas tu bawa pula anak sulungku yang berumur 1 tahun 6 bulan.
Memang lambat juga sebab bila tiba dah ramai yang menunggu bas tu.

Selepas di Dengkil ada 2 perhentian untuk buang air sahaja. Ini sebab nak mengejar solat Jumaat tapi malangnya hajat tidak kesampaian apabila tiba di Ipoh kira-kira jam 1.30 petang dan terus ke Hotel Heritage Ipoh. Siap-siap dalam pukul 2 turun semula ke lobi untuk meneruskan misi ke SUK Perak bagi bertemu Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak.
Lawatan ini adalah lawatan balas kerana sebelum ini LPHP pernah datang untuk belajar di opis ku. Masuk selepas berhadapan hujan lebat pada pukul 3.00 petang. Bilik mesyuarat agak canggih juga dengan monitor berada di setiap 2 kerusi. Nampak masih baru juga bangunan SUK Perak ni dan agak luas berbanding pejabat SUK Melaka.
Taklimat diberikan oleh En Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP. Sedikit kekurangan kerana bossku, Pengarah Eksekutif tidak dapat hadir kerana menguruskan jenazah anak buah yang meninggal dalam kemalangan jalanraya di Alor Gajah.
Dalam taklimat tersebut, En Nasir memaklumkan yang LPHP baru je berusia 1 bulan 1/2 jadi memang tak banyak yang boleh dikongsikan dari segi teknikal. Cuma diceritakan sedikit sebanyak fungsi dan isu-isu berbangkit di negeri Perak.

Sesi Taklimat oleh En Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
Sesi Taklimat oleh En Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

Menariknya, Perak masih mempunyai banyak lagi tanah kerajaan yang boleh dimajukan oleh LPHP dan terdapat juga tanah TOL yang boleh dibangunkan. Ada juga kaedah JV yang ingin digunakan oleh LPHP untuk membangunkan perumahan-perumahan terutama kos rendah dan mampu milik di Perak. Apapun semoga mereka mampu melaksanakannya. Aku tau ia bukan mudah namun yakin dengan kebijaksanaan pentadbiran mereka.

Sesi bergambar bersama kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak
Sesi bergambar bersama kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak

Habis je taklimat dalam pukul 6 pulang semula ke Hotel Heritage, tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam tu. Bilik agak selesa dan yang menariknya ia menjadi pengalaman pertama si Fatih mendiami hotel. Dan ini juga pengalaman pertama anakku ini menaiki bas. Memang agak penat juga melayan karenah dia yang kejap naik turun kerusi. Nasib baik banyak tempat duduk kosong dan aku boleh duduk depan dan ibunya di belakang.
Boleh memberikan dia lebih keselesaan. Malam Jumaat tu kami menjamu selera di Restoran Simpang Tiga. Aku perhatikan mereka menyediakan nasi goreng sebagai hidangan utama, berbeza dengan tempat lain yang menyediakan nasi putih dengan lauk pauk. Tak kisahlah janji FREE.. Makan je lah. Cuma sedikit sukar untuk konsentret bila makan dengan dak Fatih yang suka panjat memanjat dan berjalan tu.

Pagi esoknya, operasi bergembira bermula. Lokasi Lost World Tambun menjadi destinasi pada hari Sabtu itu. Masa nak masuk dah nampak ramai yang berkerumun di depan taman tema ini. Bila masuk menujulah ke tempat mandi kanak-kanak. Mula-mula Fatih agak takut juga dengan air yang banyak tu tapi lama kelamaan dia mulai suka. Apabila bertukar shift dengan isteriku barulah aku dapat mencuba skill Berenang Gaya Dada di kolam renang utama.

Berendam kejap dengan Fatih
Berendam kejap dengan Fatih

Dapat juga lepas gian selepas kali terakhir berenang ketika lawatan MBJ ke Cameroon Highland beberapa bulan lalu. Masih adalah skill renang tu tapi sedikit hilang stamina tu. Lepas tu pergi juga menaiki kereta buggy untuk melihat kawasan Lost World Tambun dan melihat beberapa binatang. Tapi kalau nak bandingkan dengan A Famosa, lagi menarik A Famosa sebab lagi banyak binatang dan lebih dekat lagi. Tapi takpelah, asalkan berjalan kan?
Dari jam 10 pagi hinggalah pukul 4.00 petang berada dalam tu. Nasib kami agak baik sebab lepas je naik bas hujan turun mencurah-curah. Mengikut maklumat kawan-kawan kalau hujan lebat, memang tak boleh nak masuk main kat dalam tu. Kira syukur juga lah.

Malam tu upacara makan malam beserta pertandingan Karaoke. Percaya atau tidak aku mencuba pada kali ini. Cabut undi dan jadi peserta kedua untuk men’SUMBANG’kan suara (nak dengar suara aku kalau menyanyi? Boleh dengo kat Youtube ni). Lagu pilihan adalah dari Hattan bertajuk ‘Hitam Bukanlah Impian’. Macam biasa, aku berada dalam posisi peng’KALAH’. Apatah lagi pemenang hanya 3 orang je jadi oklah tak delah terasa dapat no last atau 2 last seperti 3 tahun sebelum ni.

Bergambar kenangan selepas majlis makan malam
Bergambar kenangan selepas majlis makan malam

Pemenang memang layak menang sebab suara sedap dan ada hiburan disebaliknya. Terbaek. Penat juga dan tidur jam 12.00 pagi tu.

Esoknya mula-mula merancang nak berjogging di kawasan berhampiran tu tapi seluar track suit dah basah maka tak jadi le. Layan kan anak pagi jam 7.30 pagi dah makan sarapan. Kami pulang pada jam 11.00 pagi tapi terlajak 12.00 tengahari sebab ada terlewat bangun. Adoi. Mula-mula rancang nak pergi Kuala Sepetang makan mee udang tapi majoriti nak balik sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk ke atas. Terus balik singgah RnR Tapah untuk makan tengahari, solat dan akhirnya tiba di lokasi pada jam 6.40 petang.
Alhamdulillah berjaya juga merasai percutian bersama keluarga. Inshallah ada perancangan pada tahun hadapan untuk bercuti dengan keluarga SAHAJA sekiranya berjaya mencapai KPI. Doakanlah ye.
Sekian.

5 Replies to “Family Day ke Perak”

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.