Alhamdulillah, satu lagi minggu telah habis untuk bulan Januari 2017 dan nampaknya ada beberapa kisah yang aku boleh kongsikan kat blog ni. Pada hari Selasa lalu aku mengambil cuti untuk mengetahui perkembangan kes anakku cirit birit pada bulan November yang lalu. Melalui analisa, doktor pakar kanak-kanak memberitahu terdapat kekurangan sel darah merah pada si Fatih yang menyebabkan kekurangan zat besi. Tapi sampel darah akan diambil untuk melihat kemungkinan terkini. Agak malang pula sebab kesukaran mengambil darah kerana si Fatih melawan menyebabkan hanya 2 sampel darah yang dapat diambil. Nanti kena dating semula pada bulan Mac untuk ambil semula dan menunggu keputusan ujian pada bulan April pula. Memang lama tapi nak buat camne hospital kerajaan kan. Terlalu banyak queue nya dan mungkin kurangnya doktor pakar. Harap-harap untuk akan datang Hospital Jasin dapat di ‘upgrade’ supaya mempunyai banyak doktor pakar. Apatah lagi dengan perkembagan pesat perumahan di Jasin memerlukan juga doktor pakar bertugas di daerah ini.

hospital-pantai

Selain itu, sampel najis juga dihantar ke makmal di Hospital Jasin kerana ada darah pada minggu lepas. Tapi Alhamdulillah sekarang ni nampaknya dah tiada darah dan najis si Fatih juga telah kembali normal. Tidak melendir seperti minggu lepas.

Walaupun nampak ok tapi aku meneruskan juga niat untuk ke klinik pakar di Hospital Pantai. Klinik Dr Lee Choong Ming telah direfer oleh doktor di Klinik Zanawati, Jasin. Alhamdulillah, konsultasi yang diberikan agak baik. Ada juga beberapa nasihat yang diberikan untuk kebaikan si Fatih. Nak cerita panjang lebar pun agak sukar untuk ku tulis di blog ini. Cukuplah kiranya ia memang bagus untuk kesihatan anak sulung ku ini. Oo ye, ketika di klinik juga aku terjumpa seorang yang menegurku. Almaklumlah aku memakai baju t-shirt Lembaga Perumahan Melaka maka adalah pertanyaannya tentang nak beli rumah. Aku terangkan lah kawasan-kawasan yang sedang dibangunkan bagi pembangunan rumah di Melaka. Nampaknya ada minat untuk dia beli rumah walaupun kerja di Negeri Sembilan. Korang nak tau rumah-rumah bawah Lembaga Perumahan Melaka? Terus follow Facebook Lembaga Perumahan Melaka untuk maklumat lanjut. Bagi yang terasa nak dapat info rumah subsale atau rumah lelong boleh follow Facebook kawan aku, ni IMGlobal Property .

Aku sekarang ni pun tengah membuat calculation nak beli rumah kedua ni. Tapi rasanya mungkin lepas setengah tahun baru boleh buat keputusan kot. Nak kena buat bajet yang betul-betul dulu sebab tahun ni ada banyak perancangan ni. Takut tak terADA modal je nanti.

Selain itu, minggu ini juga ada kawanku yang ingin menawarkan peluang untuk ‘melabur’ pada syarikat beliau. Tapi macam yang aku cakap tadi. Modal belum kukuh maka aku hanya mampu mengangguk je masa ni. Lagipun pelaburan aku dalam CWA Unit Trust belum balik modal. Jadi kena perlahan-lahan kayuh. Tak mau terkejar-kejar dengan pelbagai bentuk pelaburan sehingga lebur. Tak gitu?

logo-cwa

Hujung minggu ni pula aku terlibat dalam program Majlis Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru. Memang memenatkan minda dan fizikal sebab kena terlibat dalam pengurusan banner, backdrop dan bunting. Lepas tu pula, bukan urus dari A-Z tapi jadi orang tengah.  Lagilah penat sebab orang atas komplen-komplen. Nak buat camne kan. Dah tugas.. Tapi berjaya jugalah banner, backdrop dan bunting berdiri di lokasi-lokasi yang tertentu.  Secara jujur, aku bosan keje jaga banner ni tapi nak buat camne kan.. Kenalah ikut slogan ‘Saya Yang Menurut Perintah’.

banner-majlis-pecah-tanah-pmm-bukit baru

Majlis Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru itu diadakan pada 15 Januari 2017 jam 10 pagi. Memang ramai yang membanjiri majlis yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris bin Haron serta ucapan alu-aluan oleh mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali bin Rustam. Pangsapuri setinggi 14 tingkat itu akan dijual pada harga RM 180,000 hingga RM240,000 mengikut saiz unit. Dari segi lokasi memang baik kerana berada di pertengahan kawasan pembangunan Melaka.

majlis-pecah-tanah-pmm-bukit-baru
Nampak dari sisi belakang je. Jurugambar taknak ambil gambar dari depan. Takde gigi katanya
gimik-perasmian-pangsapuri-bukit-baru
Gimik Perasmian oleh YAB Ketua Menteri dan para VIP

Ok cukuplah setakat itu untuk minggu ini. Aku tengok traffik blog ini semakin bertambah. Terima kasih juga aku ucapkan kepada korang semua yang sanggup membaca blog ini. Semoga maju jaya semua.

 

6 Replies to “Ke Hospital Jasin dan Hospital Pantai , Majlis Perasmian Pecah Tanah Pangsapuri Mampu Milik Bukit Baru”

  1. Saya bab melabur dlm bisnes kawan.. mmg cukup merisaukan…
    Pada saya lebih baik gunakan utk bisnes sendiri..
    kalau jatuh pun sekurang2 ada sesuatu yg boleh kita boleh pelajari….

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.