Minggu lepas aku agak busy ke luar dari negeri tercinta, Melaka  cool ini. Hari Isnin pagi-pagi aku meneruskan langkah ke Jabatan Perkhidmatan Awam yang terletak di Putrajaya. Menaiki kenderaan Jabatan lebih memudahkan langkahku untuk kursus selama 2 hari ni. Walaupun driver ada bertanya kenapa tak tidur di sana sahaja tetapi alasanku sebab dapat jemputan lambat. Sampai sana kira-kira jam 8.45 pagi seusai gerak dari Melaka kira-kira jam 6.45 pagi (termasuk sarapan di RnR Seremban). Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki di Jabatan Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali dengan singkatan JPA. Kursus yang aku hadiri sebenarnya melibatkan Sistem Pengurusan Sumber Manusia dan sepatutnya dihadiri oleh HR agensi tu tetapi masing-masing ada ketentuan lain maka aku yang terlibat dengan sistem kenalah jadi penggantinya. Nasib badan le bila duduk Jabatan yang tak cukup kukuh struktur Pentadbirannya.

Mula-mula aku nak terangkan sedikit apa itu ASSIST. ASSIST adalah Analitik Sumber Manusia Sektor Awam . Memang tak nampak kesamaan dengan acronym tu kan? Entah aku pun tak tau le tapi yang pastinya ia adalah satu sistem yang melibatkan Sistem Pengurusan Sumber Manusia Kerajaan atau dikenali dengan nama HRMIS. Bagi penjawat awam mungkin mengetahui tentang HRMIS ni. Sistem yang digunakan oleh anda untuk memohon cuti kan? Tetapi sebenarnya ia adalah pangkalan data yang penting untuk anda. Selain cuti ia juga ada kaitan dengan maklumat mengenai perkhidmatan anda. Kalau anda tidak mengambil berat mengenai HRMIS anda mungkin boleh mengalami pelbagai kerugian terutama ketika menghadapi waktu persaraan anda nanti.  Jangan nanti dah bersara baru nak komplen pasal GCR memang susahle. JPA pun sekarang ni ada KPI untuk menyelesaikan pembayaran pencen dalam tempoh sehari dari tarikh persaraan. Untuk itu, HRMIS adalah sumber untuk digunakan mereka. Jadi selalulah menyemak maklumat HRMIS anda ye.

Berbalik kepada ASSIST, ia adalah sistem yang membantu untuk pentadbir sistem HRMIS menyemak data-data dalam HRMIS. Bagi mereka yang berada dalam kuasa Pentadbir sistem HRMIS memang tahu kepayahan untuk menjana laporan di dalam HRMIS. Ditambah dengan LAMBATnya HRMIS tu memang menyakitkan hati. Dengan menggunakan ASSIST, laporan-laporan dapat dijana samada dalam bentuk Excell, carta dan sebagainya. Ianya menggunakan platform TARGIT untuk disambungkan. First time aku gunakan aplikasi TARGIT ni tapi rasanya ia adalah perisian yang berfungsi dalam pangkalan data yang besar. Ye lah, HRMIS ini melibatkan jutaaan penjawat awam dan penjanaan perlukan perisian yang cukup power.

Selain mempelajari tentang ASSIST aku juga dikenalkan dengan satu sistem kahoot.com dimana ianya digunakan untuk mengadakan kuiz secara online. Memang menarik sebab melalui aplikasi itu kumpulan peserta boleh dikumpul secara online dan realtime. Meskipun aku tak berapa bijak tapi berjaya juga mendapat tempat ke 10 dari 34 peserta kursus tu. Kira handal juga le. Itu pun rugi satu soalan yang aku jawab tergesa-gesa pada awalnya. Rasanya kalau soalan no 1 tu betul mungkin dapat top 5 kot. Hehehehehe.

Berada di Kompleks C JPA tu aku lihat pejabatnya tidaklah terlalu ketat tetapi ada kawalan. Kena pakai kad untuk ke kawasan tandas tetapi tak berapa nampak CCTV. Mungkin CCTV dia tersorok tak tau le.OO ye, menariknya juga makmal tempat aku berlatih menggunakan PC All In One yang berkelajuan tinggi. Guna processor i7 berbanding opis aku yang guna i3 je.. Huhuhuhuhu.

Kawasan JPA ni agak luas dimana ada beberapa blok lain yang aku tak jelajah pun. Di kawasan kompleks C ni ada surau yang cukup luas. Sempatlah aku bersolat tapi tak sempat nak berTIDO sebab jadual agak pack.

Kursus aku selama 2 hari memberikan banyak ilmu dan kaedah untuk mencari data-data macam filter dan sebagainya. Penceramah ada sempat juga buat filter mengenai pegawai Kerajaan Melaka yang bergaji tinggi dan nampak orang terkenal di situ. Usia baru 46 tahun telah berjawatan penting di Melaka sedangkan aku masih terkial-kial lagi. Takpelah, janji blog ni masih berNYAWA, dapat korang baca kan? Hehehehehe.

Hari Jumaat lepas pula ada satu lawatan lagi. Mesti terdetik di hati korang ‘ Si Zool ni asik berjalan je kan’ . Memang aku akui banyak berjalan tetapi bukan kosonglah sebab banyak yang aku pelajari. Kalau tak dapat apply di jabatan mungkin boleh apply kiranya impian nak ada pejabat sendiri tercapai. AMIN.

Lawatan ke Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula diadakan pada Jumaat. Memang bila dengar perkataan PKNS je teringat pasukan bola sepak la. Almaklumlah blogger sukan (Ligakampung.com) memanglah berkait dengan sukan.  Sesampai di banggunan tersebut timbul kekaguman. Bangunan tersebut tidaklah tinggi tapi mempunyai nilai arkitek yang cukup canggih. Penggunaan cermin sebagai kaedah pencahayaan menunjukkan betapa PKNS amat menitikberatkan tentang Green Technology. Dalam taklimat tersebut kami diberikan penjelasan tentang operasi PKNS. Rupa-rupanya PKNS bukan hanya terlibat dalam pembangunan bandar, perumahan sahaja tetapi mempunyai beberapa anak syarikat untuk dijadikan sumber pendapatan PKNS. Memang macam tu la kalau nak survive dengan kakitangan yang berjumlah lebih dari 1,000 orang tu. Kena bijak dan kreatif untuk memastikan kelangsungan PKNS sebab mereka tidak dibantu oleh kerajaan lagi. Dah macam syarikat swasta untuk menjana kewangan. Antara anak syarikatnya yang terkenal seperti Hotel De Palma yang mempunyai cawangan di Selangor. Tak mustahil

Dari segi banggunan juga memang canggih dengan kelengkapan untuk kakitangannya. Di tingkat atas ada landskap yang cukup cantik dengan kehijauannya. Kami juga dimaklumkan yang banggunan ini pernah menang banyak anugerah samada di peringkat  tempatan mahupun antarabangsa. Di atas banggunan terdapat kehijauan seperti mini taman. Cuma takdelah tanam Nanas, kalau ada tanam Nanas lagi gempak kan? Selain itu kelengkapan untuk kakitangan juga cukup. Ada gym di bangunan ini untuk kakitangannya. Siap dengan meja pool tu. Boleh diorang buat main 9-ball pool camni. Tapi yang cukup mengkagumkan apabila PKNS menyediakan taska khas untuk kakitangannya sendiri. Kira dapat memberikan kemudahan kepada kakitangan. Tak perlu risau nak hantar anak kat mana. Nak jengok anak waktu rehat pun boleh sebab taska tu ditingkat bawah sahaja. 

Jarak PKNS dengan masjid negeri Shah Alam juga dekat. Jadi memang mudah kalau nak solat Jumaat. Tak perlu nak bawa kenderaan pun dari sana. Memang aku agak kagum dengan kemampuan PKNS tapi ia bukan satu tugas mudah sebab perbadanan ini telah wujud sejak 50 tahun yang lalu. Banyak pancaroba yang perlu mereka hadapi sebelum berada di dalam keadaan sekarang. Teknologi canggih seperti pemantauan banggunan juga sempat ditunjukkan pada ku. Ooo ye, mereka juga ada menggunakan teknologi solar untuk menjana kuasa di banggunan terbabit. Tapi bukan semualah. Dari segi IT pula aku lihat penggunaan PC nya tidak lah terlalu hebat tapi mungkin sudah mula nak mengurangkan space. Nampak mereka guna PC kecil. Dari segi bilik server tak dapat nak ku tengok pula dalam masa yang singkat ni.

Alhamdulillah sampai ke PKNS merupakan satu pengalaman yang baharu. Melihat satu organisasi besar yang cukup gah ni. Kalau PKNS ada dalam Bursa mungkin aku beli beberapa lot kot.. Hehehee.

Selepas tu singgah ke Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah kenangan 20 tahun lalu kembali mengamit jiwa. Memang ada sedikit sebanyak perubahan pada masjid negeri Selangor ini tetapi pada dasarnya ia adalah tempat berkumpulnya umat Islam yang cukup ramai di Shah Alam ini.

Itulah serba sedikit minggu ku yang lalu. Panjang pula artikel kali ni. Berikut sedikit gambar untuk perkongsian bersama.

PC All In One JPA yang lebih power
Penggunaan Kahoot sebagai platform untuk kuiz.
Bergambar di Auditorium PKNS
Antara pelaburan oleh PKNS
Landskap menarik di tingkat atas bangunan PKNS

2 Replies to “Ke Jabatan Perkhidmatan Awam Kursus ASSIST dan Lawatan ke Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.