Bertemu lagi, kali ini aku nak tulis satu je cerita. Berbeza sedikit dari artikel minggu sebelumnya yang mana aku campur banyak topik.
Kalau ikutkan, minggu ni ada juga kisah-kisah hidup yang boleh dikongsi tapi aku rasa nak cuba untuk kali ini berkongsi pengalaman aku berlari.

Okay, sebelum tu. Lari yang aku maksudkan bukanlah lari dari rumah atau lari dari masalah. Tetapi lari jarak jauh. Nak katakan ‘Marathon’ belum capai tahap lagi (untuk makluman, larian Marathon adalah sejauh 42kilometer) cukuplah katakan lari jarak jauh.
Mungkin bagi orang lain , jarak yang biasa aku lari ini adalah terlalu dekat. Almaklumlah aku setakat ini hanya mampu berlari sekitar 5-10 kilometer sahaja. Tapi kiranya ianya pencapaian baru bagiku.
Masa zaman remaja dulu, aku bukanlah rajin berlari ni. Walaupun masa belajar pernah cuba-cuba jogging di kawasan sekitar tapi ianya hanya hangat-hangat tahi ayam dan sekejap je. Tapi dalam usia hampir ke dewasa, barulah aku nak bermula untuk menceburi aktiviti sukan ini.

Kalau diikutkan aku bukanlah pakar dalam berlari ni. Masa yang ku catatkan pun sebenarnya adalah masa orang biasa-biasa sahaja. Malahan jarak kemampuan larikanku pun tidaklah sehebat mana tapi mungkin boleh ku kongsikan. Mana tau ada pembaca yang juga boleh dikategorikan sebagai #teampuncheat ni.
Sebelum cerita pasal kenapa aku berlari, aku cerita serba sedikit sejarah aku ceburi bidang larian ni. Aku mula berlari secara konsisten (tak berani nak kata serius sebab tak handal) pada tahun 2015 . Antara perkara terawal yang aku lakukan adalah dengan menginstall app Runkeeper pada handphone ku.
Dari situ aku dapat mengetahui jarak, masa dan tahap kelajuan yang dicatatkan. Aku bermula dengan larian di kawasan taman perumahanku. Awal-awalnya, 1 kilometer merupakan jarak yang cukup jauh bagiku. Kakiku mula terasa bahangnya dan kurang dari 10 minit aku telah mula ‘surrender’ dan berjalan. Memang bukan satu tugas yang mudah untuk kita BERLARI BERSEORANGAN.
Ketika itu juga ada suara-suara yang membisikkan untuk aku berhenti dan berehat sahaja. Tapi aku tetap meneruskan di minggu yang akan datang tu. Kenapa? Okay, sebabnya aku ingin berlari bagi memastikan kadar kolesterol dalam badanku berkurangan. Ini kerana sebelum itu, aku pernah melakukan ‘check up ‘ dan didapati kandungan kolesterol dalam badan ku tinggi.
Bermula dari itu aku mula bertekad untuk berusaha berlari bagi mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dari situ aku mula bertekad dan itulah sebabnya aku berlari. Dah terjawab soalan pada tajuk diatas tu.

Walaupun berlari dan mempunyai rekod melalui aplikasi Runkeeper namun kemajuan itu tidak nampak sangat. Aku masih terasa kekurangan. Entah macam mana aku terjumpa satu program Larian Melaka Charity Eco Run 2015 yang diadakan di Taman Botanikal Ayer Keroh. Ooo ye, kadangkala aku juga cuba untuk berlari di Taman Botanikal sebelum tu.
Aku mendaftar dan seterusnya melakukan beberapa latihan. Yelah, nak sertai acara kena ada persediaan. Apatah lagi, ini merupakan kali pertama aku sertai acara larian secara formal. Sebelum ini ada juga larian tapi kebanyakan tak mengeluarkan duit sendiri. Jadi kali ini aku kena buat yang terbaik. Alhamdulillah, acara larian itu berjaya ku tamatkan mengikut masa yang sesuai dan menerima medal penamat.

Dari situ aku mula merasakan bahawa dengan menyertai acara larian akan memberikan aku motivasi untuk berlari. Aku tahu walaupun mustahil untuk aku menang sebarang acara larian namun dengan menyertai acara, aku akan cuba untuk memaksa mencapai had yang termampu berbanding berlari sendirian. Ini yang berlaku pada kejohanan yang kusertai apabila masa yang dicatatkan lebih baik berbanding ketika berlari sendirian.
Apa cabaran terbesar terbabit dalam acara berlari? Mungkin ada persoalan dari korang. Memang cabarannya tu ada. Tapi takdelah besar sangat. Antaranya ialah :-

Berlari seorang diri terpaksa ambil gambar selfie sendiri.
Berlari seorang diri terpaksa ambil gambar selfie sendiri.

1) Persiapan diri. Bila sertai acara larian aku kena bersedia dari fizikal dan mental. Peralatan kena siap dan fizikal kena berada dalam keadaan yang baik. Kalau dalam keadaan sakit memang tak mampu le nak berlari.
2) Orang lain cuba merendah-rendahkan secara tidak langsung. Ada yang bertanya dapat nombor berapa? Seperti yang aku katakan, nombor pemenang adalah mustahil bagiku. Yang penting adalah matlamat untuk menghabiskan larian tersebut.
3) Motivasi diri. Bila berlari, akan ada waktunya terasa seperti menyesal terutama bila terasa tak tahan. Ini adalah satu pelajaran yang kuhadapi ketika menyertai larian. Jangan berhenti sekerat jalan, teruskan hingga capai ke matlamat.
4) Peralatan tidak mencukupi. Aku akui, kasut jogging ku adalah yang tidak berjenama besar. Aku tak sanggup nak beli yang harga ratusan ringgit sebab belum cukup handal lagi. Selain itu, aku juga hadapi masalah nak letakkan handphone bagi mencatat masa. Dah 2 pouch bag aku beli dan 2 pouch arm. Setakat ini aku lebih serasi gunakan pouch bag cuma kegunaan pouch bag ini sedikit memberatkan di bahagian perut.
5) Masa latihan. Kadangkala banyak gangguan yang ku hadapi untuk latihan. Hujan petang lah, kasut tertinggal, balik opis lambatlah. Nak buat camne kan. Ini semua ketentuan olehNya. Itu belum lagi ada kursus berpanjangan yang menggangu jadual. Dan yang paling takut kalau ada kursus pada masa game, memang tinggallah.

Terpaksa ambil gambar sendiri sebab tak jumpa kawan
Terpaksa ambil gambar sendiri sebab tak jumpa kawan

Sambung semula kenapa aku berlari tadi. Selain dari menyihatkan badan ada juga sebab lain aku berlari antaranya ialah :-

1)  Cuba mencari ‘connection’ dengan para pelari. Buat masa ni belum ada sangat tapi dalam media sosial ada pelari-pelari yang follow ‘twitter’,’fb’,’insta’ ku. Mungkin kalau dapat connection antara mereka bolehlah aku buat projek berkaitan larian pula. Oo ye, sekarang ni aku ada #teampuncheat yang melibatkan kawan-kawan opis. Mungkin akan datang orang luar pun boleh join. Mungkin boleh lawan Team Ultron nanti. Huhuhuhu

2) Mengumpul pengalaman yang boleh dikongsikan dalam blog. Selain blog ini, aku juga menulis di blog running-my.blogspot.com , bolehlah aku menambahkan lagi profil blog ku.

3) Belajar sesuatu yang baru. Berlari ni banyak memberikan aku pelajaran baru. Motivasi, teknik larian dan sebagainya. Aku juga dapat memperbaiki teknik pernafasanku. Kalau dulu mudah mengah, kini dah dapat control sedikit sebanyak. Aku juga dapat memperbaiki kelajuan larianku sedikit demi sedikit. Diharap lagi 2 tahun tatkala aku menyertai kategori veteran, aku mampu berlari untuk kategori 24 kilometer dan mampu menghabiskan mengikut masa ditetapkan.

4) Mengumpul baju, medal. Seumur hidup aku tak pernah menerima sebarang medal acara sukan. Dengan menyertai acara larian aku telah mengumpul 5 medal sehingga kini(dari tahun 2015). Kira bolehlah aku letakkan sebagai perhiasan dan kenang-kenangan di masa tua nanti.

Okay, itu serba sedikit ceritaku tentang larian ini. Mungkin minggu hadapan aku kembali menulis celoteh mingguan pula. Kepada korang yang ingin bersukan bagi menyihatkan badan, aku menyarankan agar cuba untuk aktiviti larian ini. Insha allah ada manfaatnya.

p/s :- Mungkin bila dah pandai lari nanti bolehlah buat ebook ‘Panduan Lari 12 Kilometer untuk kaki bangku’ . Hahahah

13 Replies to “Kenapa Aku Berlari”

Leave a Reply to Zurainny Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.