Kembali lagi dengan cerita seminggu pasal diriku. Rasa lama pula bila menulis seminggu sekali ni. Memang ada teringin nak buat artikel yang kerap tapi agak sukar.
Apatah lagi anak kecilku semakin lasak dan nak perhatian. Nak tinggal beberapa minit pun susah. Memang melalak je. Tapi inilah cabaran kecil yang perlu ku hadapi sebagai bapa.

Kursus Excell
Minggu lepas aku dengan bantuan kakitangan unit ICT Lembaga Perumahan Melaka berjaya melaksanakan Kursus Excell. Kalau ikutkan SEPATUTNYA kursus dilaksanakan oleh Unit Pentadbiran tapi memandangkan mereka kurang mahir berkenaan ‘IT’ ni maka kami kena laksanakan.
Alhamdulillah, kursus Excell yang berlangsung selama 2 hari tu berjaya dilaksanakan dengan baik. Kursus di Makmal ICT di K-Inkubator itu dijayakan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Memang banyak yang kami pelajari.
Bila hadir kursus ni baru tau bahawa terlalu banyak yang kami tak tahu pasal Excell ni. Dan walaupun dah belajar ni tapi masih banyak yang belum di’Explore’ lagi. Jadi kalau korang kat Melaka, aku boleh cadangkan belajar dengan Puan Mazurah dari MyICT Training. Untuk rekod beliau telah menguasai MS Excell ni dalam tempoh 17 tahun.
Jadi memang banyak yang beliau tahu tentang MS Excell ni.

Cuma lokasi kursus tu mungkin korang boleh cari tempat yang lebih sesuai. Tempat aku buat ni agak menyedihkan. Jadi korang kalau nak buat kenalah pastikan lokasi tu selesa untuk para peserta. Insha allah, ada perancangan lagi untuk buat kursus-kursus berkaitan ICT di tempat kerja nanti. Harap berjaya hendaknya.

Macam biasa, mesti ada sessi bergambar lepas kursus.
Macam biasa, mesti ada sessi bergambar lepas kursus.

Ambil Race Kit PMM Color Run 2016
Tahun ini aku belum ada join mana-mana acara larian lagi dan dijangkakan pada 27 Februari nanti aku akan menyertai Program Color Run anjuran Politeknik Merlimau. Alhamdulillah, aku telahpun ambil racekit pada 21 Februari. Program larian ini low-bajet tapi kurang-kurang baju dan nombor dapat disertakan. Nombor aku 00003 dimana mungkin aku orang ketiga bagi kategori terbuka lelaki yang ambil.

Gerbang Pintu Politeknik Merlimau
Gerbang Pintu Politeknik Merlimau

Memang awal juga aku ambil kit tu tadi. Dalam pukul 9.30 rasanya aku dah tiba ke dewan Unit Sukan Politeknik Merlimau. Sasaran aku pada acara tersebut yang berlangsung pada Sabtu depan adalah menamatkan larian dalam jangkamasa kira-kira 60-70 minit. Harap-harap aku mampu mencapai angka tersebut selepas beberapa sessi latihan yang telah dilakukan. Berdasarkan kemampuan sekarang, tak mustahil untuk dicapai tu.

Tunggakan Bil Air
Kalau bulan lepas aku menerima notis tunggakan cukai taksiran, baru tadi aku terima bil air dari Syarikat Air Melaka yang telah mencecah RM40.00. Ini gara-gara penangguhan bayar le ni. Nampaknya kena tunggu sampai Khamis dan Jumaat kenalah setelkan bil air dan cukai taksiran nanti. Kalau tangguh nanti takut ada pula masalah di kemudian hari.

Okay cukuplah serba sedikit perkongsian cerita kisah seminggu diriku ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke sini.

5 Replies to “Kursus Excell, Ambil Race Kit PMM Color Run 2016”

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.