Agak bersawang blog ini minggu lepas sebab aku ‘outstation’ ke luar negara mengikuti lawatan kerja Jabatanku ke China.
Aku memulakan perjalananku dari Melaka kira-kira jam 12.00 pagi dimana kami patut berada di KLIA jam 6.00 pagi. Memang sampai teramat awal di KLIA iaitu kira-kira jam 5.00 pagi. Tercongok jugalah kat KLIA 1 tu dengan beberapa orang rakan.
Apatah lagi dengan berpakaian ‘coat’ terasa juga kepanasannya. Ejen dari KMB Travel tiba kira-kira jam 6.00 pagi dan kami check in luggage di kaunter G. Sempat juga makan McD di KLIA sebelum turun untuk ke tempat pelepasan dimana kapal terbang berlepas jam 9.30 pagi.
Menaiki kapalterbang duduk di sebelah tepi dan kapal terbang MAS dari KLIA ke Guangzhou tiba jam 1.30 petang. Terkejar-kejar kerana berjanji dengan Perumahan dan Pembangunan Guangzhou pada jam 3.00 petang.
Tersangkut di imigresen agak lama. Hampir 2 jam berdiri beratur untuk melepasi kawasan semakan memang memenatkan. Tapi terpaksalah juga. Kami lepas dari imigresen hampir jam 4.30 petang dan sekali lagi terkejar menaiki bas untuk ke pejabat Perumahan dan Pembangunan guangzhou.

Sampai jam 5.00 petang kami bergaya dengan ‘coat’ sebaliknya mereka hanya berkemeja t-shirt sahaja. Satu lagi isu yang sedikit menganggu sebab mereka tidak boleh berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sebaliknya menggunakan penterjemah. Memang agak sukar juga kami nak menyatakan pendapat tapi ada juga ilmu yang kita belajar.

Ketika sesi soal jawab
Ketika sesi soal jawab

Antaranya ialah harga rumah di Guangzhou memang cukup mahal. Agensi kerajaan hanya memberikan rumah sewa untuk penduduk dengan kadar sewa yang berpatutan. Itupun hanya rumah transit selama 5 tahun sahaja. Walaupun kerjasama dilakukan dengan pihak swasta tapi masih sukar untuk memberikan rumah mampu milik kepada penduduk setempat.
Salah seorang pegawai memaklumkan bahawa mereka pernah menggunakan kaedah jual tetapi ada masalah teknikal yang menyebabkan mereka menggunakan kaedah sewa. OO ye, nak jumpa agensi kerajaan di China ni bukan mudah. Kami pun last minute baru diberitahu tentang agensi terbabit sebab mereka agak berahsia.
Dari segi pembangunan perumahan mereka juga menggunakan kaedah yang berbeza dari Malaysia. Aku pun kurang arif dan lupa penjelasan dari pihak mereka. Mereka agak sempoi dimana tiada pun menyediakan presentation ‘Power Point’. Lebih kepada perbincangan 4 mata antara Guangzhou dan Melaka. Mungkin ia satu pengalaman baru bagiku untuk melihat perbincangan antara bahasa yang berbeza.
Memang ada sedikit kesukaran tapi masih mampu diterjemahkan.

Ketika di hentian manantah
Ketika di hentian manantah

Suasana di Guangzhou memang agak berbeza. Jam 6.00 petang dah gelap dan kalau ikutkan waktu Maghrib pun masuk jam 5.30 petang. Habis perbincangan kami mengikuti pengalaman menaiki River Cruise Guangzhou pada malam itu. Pengalaman yang menarik menaiki kapal melalui sungai Guangzhou sambil melihat bangunan-bangunan yang bercahaya dengan LED terutama Canton Tower.
Ooo ye, pengalaman yang tak dapat dilupakan bila gigi depanku tiba-tiba reput dan patah sekali. Jadi rongaklah gigiku ini. Huhuhuhu. Nak buat camne, dah tua kan.
Sampai ke hotel pun dah agak malam dan terus je tidur..

Esoknya melawat ke Canton Tower pula. Di tempat letak bas aku ternampak satu peralatan ala-ala pam petrol tapi ianya adalah pam untuk elektrik. Memang canggih tapi sebab kebanyakan penduduk di Guangzhou ini menggunakan basikal elektrik. Jadi memang banyak lah tempat untuk caj kenderaan ni. Rasanya Melaka boleh belajar camne pihak Guangzhou memperkenalkan basikal elektrik sekaligus menjadi kegunaan utama penduduk tempatan.

Di Canton Tower di belah kaca di bawah. Yang gayat memang tak sanggup sebab 90 tingkat tu
Di Canton Tower di belah kaca di bawah. Yang gayat memang tak sanggup sebab 90 tingkat tu

Mengikut pemandu pelancong, Guangzhou adalah bandar ke 4 selepas Beijing, Shanghai, Shenzhen yang terbesar di China. Memang cukup ramai orang di Guangzhou tu.Ikutkan maklumat pemandu pelancong hampir 12 juta orang di Guangzhou tu. Memang ramai kalau nak bandingkan dengan Melaka lah kan yang tak sampai 1 juta penduduk tu.
Selain Canton Tower, sempat ke masjid Guangzhou yang dikatakan telah berusia lebih 900 tahun itu.

Menunggu di Stesen Keretapi Laju ke Shen Zhen
Menunggu di Stesen Keretapi Laju ke Shen Zhen

Esoknya kami ke Shenzen menaiki keretapi elektrik berkelajuan 300km sejam.Di sana kami singgah di pusat membeli belah Laohu dan aku ada membeli kasut serta sedikit cenderahati. Rabak juga duit Yuan Remibi. Tak perlulah korang tanya berapa rabak tapi boleh tahan le juga.
Nak kata murah tidaklah murah. Kena pandai menawar dan kalau pandai berbahasa Mandari pasti menjadi kelebihan untuk mendapat harga yang lebih murah. Agak rugi plak masa belajar kat U dulu tak masterkan ‘Mandarin’. Jadi tak berapa reti lah nak tawar menawar.
Sempat juga menaiki keretapi laju Subway di Shenzhen tu. Rasa lebih kurang cam PUTRA kat KL je.

Bertembung dengan rombongan Ketua Menteri Melaka yang melawat China juga.
Bertembung dengan rombongan Ketua Menteri Melaka yang melawat China juga.
Dalam keretapi SUBWAY di Shenzhen
Dalam keretapi SUBWAY di Shenzhen

Ok rasa cukuplah setakat itu. Aku pulang ke Melaka dari Lapangan Terbang Hong Kong dan selamat sampai di Melaka jam 10.00 malam. Ia satu pengalaman yang menarik bagiku.

Bergambar di Hong Kong
Bergambar di Hong Kong

Maaf kalau tak cerita detail atas sebab-sebab tertentu. Apa yang aku boleh kongsikan adalah :-

1)Bagi sesiapa yang ingin ke China, pastikan ada rakan yang boleh berbahasa Mandarin kerana memang susah untuk berkomunikasi disini.
2)Makanan halal memang sukar jadi siap sedialah bawa bekal macam megi ye.
3)Tempat pelancongan memang banyak tapi agak jauh antara satu sama lain. Kalau guna travel agent mungkin mudah sikit.
4)Bulan November di Guangzhou/Shen Zhen belum sejuk sangat. Nak bawa baju panas tu tak perlu rasanya. Kat sana pun banyak jual.
5)Buat survey sikit sebelum nak beli barang sebab ada tu mahal. Biasa tawar 1/2 harga dari yang ditawarkan. Tapi jangan berseorangan pula.
6)Imigresen agak sibuk. Jadi kena pandai-pandai datang pada waktu bukan puncak. Stamina kena ada sebab mungkin kena berdiri berjam-jam lamanya.
7)Kalau bijak boleh gunakan perkhidmatan Mobike untuk melayan bawa basikal. Aku tak tau masa tu tapi memang nampak banyak basikal Mobike ni merata-rata.
8)Di Guangzhou pukul 10 malam kebanyakan kedai dah tutup.
9)Nak membuang kena hati-hati sebab tandas takde air dan guna tisu je. Nasib tak baik ada tandas langsung takde tisu.

Itulah serba sedikit perkongsian. Mungkin korang lagi hebat pengalaman di luar negara.

9 Replies to “Lawatan Kerja ke China”

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.