inggu ini satu pengalaman baru bagiku.Bagi diriku yang kaki bangku beraksi di Stadium bukanlah sesuatu yang dijangkakan tapi pada hari Jumaat lepas aku berpeluang untuk bermain di Stadium Hang Tuah atau dulunya lebih dikenali dengan nama Stadium Kubu.
Bermain pada waktu malam juga merupakan pengalaman baruku yang tak pernah bermain pada waktu malam. Dengan lampu limpah stadium serta waktu yang sedikit gelap memang menyukarkan corak permainanku. Perlawanan antara LPM fC dan Seri Mayor Fc memang menarik. Kelab yang ditentang beraksi di Divisyen II di Melaka manakala kami pula kebanyakan pekerja pejabat yang tak pernah ada training.

bergambar sudah mesti. Menang Kalah lain cerita
jadi pemerhati lepas penat beraksi. Penat le sangat

Menentang pasukan yang beraksi di Liga kompetitif dan juga mempunyai pemain-pemain terlatih pastinya menakutkan. Kami bernasib baik mempunyai pemain-pemain import yang kalau diikutkan melebihi dari pemain pejabat. Hahahaha..
Aku ditugaskan beraksi di bahagian pertahanan kanan pada separuh pertama (ooo ye, perlawanan persahabatan ini menarik sebab ada 4 pusingan.). Aku bermain starting eleven tapi menjadi pemain pertama dikeluarkan oleh pengurus pasukan. Mungkin pengurus nampak aku agak hilang arah pada waktu tu.
Memang ye kot sebab dah lama tak main lepas tu pakai pula kasut Boot harga RM40 yang dibeli dekat Mydin MITC. Memang terbarai juga main. Pemain lawan tu pula dalam lingkungan 20-30 an manakala aku ni dah 40-an. Takde latihan langsung dan terus main. Memang tak kemana la.

Kemudian pada separuh masa keempat aku bermain kembali dan sekali lagi pengurus mengeluarkan aku secepat mungkin. Dalam separuh masa keempat ni aku bermain di pertahanan tengah. Bolos 2 gol tapi rasanya bukan salah aku kot. Gol pertama bolos melintang laju manakala gol kedua chip baik dari pihak lawan.
Manalah aku nak sempat kejar tu. Masing-masing muda aku dari muda pun bukan pandai main bola pun. Inikan pula dah 40 lagilah. Cuma yang bagusnya sekarang ni perut dah kurang memboyot bolehlah lari-lari sikit walaupun pace memang tak pergi pun.

Dengornya akan ada lagi perlawanan kedua minggu hadapan. Aku nak tengok samada kelab Bolasepak ni boleh kekal sebab kalau ada boleh juga beli kasut boot yang baik sikit macam jenama Adidas ke, NIke ke. Tapi nanti beli tak main pula. Buang duit je nanti. Lain le kalau dapat sponsor. Best juga…
Tapi memang ini merupakan pengalaman baharu bagi diriku yang boleh ku kenang. Ye lah, kaki bangku tak pernah main bola dalam apa-apa peringkat sekolah mahupun universiti. Tendang pun tak kuat tapi merasa juga main kat stadium kebanggaan rakyat Melaka. Bangga le juga.
Mungkin satu hari nanti dak Fatih boleh bermain kat sini. Siapa tau kan? Okay cukuplah serba sedikit yang mampu aku tulis. Terima kasih kerana membaca. Korang kalau ada pengalaman bermain kat stadium bolehlah tulis kat ruangan komen ni. Mesti korang lagi hebat..

4 Replies to “Main Bola Sepak di Stadium Hang Tuah”

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.