Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni ada 2 majlis kahwin, satunya majlis kahwin rakan sepejabat manakala satu lagi jemputan rakan sepengajian bagi majlis kahwin adiknya. Pukul 11 kami sekeluarga bergerak ke Taman Tasik Utama untuk ke majlis kahwin. Mula-mula terkeliru sebab ada majlis berhampiran tapi bila tengok namanya lain. Tengok kembali alamat dan jumpa juga alamat. Majlis kahwin ni melibatkan anak Datuk jadi kena tunggu sampai ternampak bapanya lalu ku pass duit kauk.. Lepas tu nak pergi ke Muar pula.

Sebelum nak ke Muar tu ada banyak perhentian, solat Zohor kat Masjid Merlimau lepas tu singgah beli air kat Bandar Merlimau pula. Lepas tu sampai le ke Kampung kawanku tu dalam pukul 2.30 petang. Ku pandang ke kiri , eh takde pun majlis kahwin. Rasanya rumah tak jauh dari simpang. Jalan terus lagi ternampak majlis kahwin. Eh, ye ke rumah ni.. Maka aku pun pusing la . Macam lain je rumah ni. Tengok banner dan tengok whatsap, nama pengantinnya lain.

Aku cuba menelefon kawanku ini dan juga wasap tidak terjawab. Memandangkan tak nak masuk rumah orang lain maka aku mengambil keputusan untuk pergi ke kawasan pelancongan berdekatan iaitu HS Farmstay . Rupanya ada mini waterpark disitu. Kawasan ini agak tersorok sikit tapi kalau guna Google Maps memang boleh jumpa lah.

Nak parking kereta agak mencabar sikit sebab takde tempat letak kereta khas. Kawasan terletak berhampiran paya bakau atau dekat dengan laut. Masuk ke dalam dan kena bayaran RM54 ( 2 dewasa dan seorang kanak-kanak). Aku tak tau camne kiraannya sebab takde tiket. Yang ada cuma 2 facemask yang diberi. Tapi takpelah, bukan selalu. Masuk tengoklah mini zoo yang ada burung, ayam, racoon, landak dan beberapa haiwan lagi.

Tapi yang agak mengecewakan bila aku tak bawa baju basahan. Kalau nak ikutkan anak aku pun tak bawa baju basahan yang sesuai tapi adalah tracksuit. Aku yang takde terpaksa lah layan dia.

Oooo. ada benda yang aku perasan. Orang lain selamba je tinggalkan anak dia tapi aku mengekor je dia.. Adakah aku bapa yang over protective? Hahahaha. Bukan apa, bila baca budak lemas kat dalam kolam camni buat aku banyak berfikir.

Dia main dengan gembira manakala aku pula yang rasa menyesal tak bawa baju. Ceh tiket mahal tapi tak boleh basah badan. Dari pukul 3 sampai ke pukul 4.15 berada di dalam sana .Secara amnya satu tempat yang sesuai untuk keluarga bersuka ria. Tidak terlalu gah tapi kawasan yang agak ok.

Layan video ke HS Farmstay

2 Replies to “Pergi ke HS FarmStay”

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.