Kalau ikutkan kalendar Hijrah hari ini aku berusia 39 tahun. Ia bermakna ini merupakan tahun-tahun terakhirku sebelum menginjak ke usia 40-an atau sudah melangkau usia tua.
Tapi kalau ikut kalendar Hijrah memang aku dah melepasi angka 40 tahun. Korang boleh semak tarikh di sini.

Betapa usia semakin singkat dan sedikit demi sedikit anugerah yang diberi oleh Allah semakin berkurangan. Aku melihat rambut hadapanku juga semakin nipis dan kepala mula menampakkan helaian rambut yang semakin berkurang.
Gigi pun semakin mula gugur dan tekak mula terasa kurang selesa. Sudah pasti ia adalah tanda-tanda bahawa angka yang semakin meningkat namun tubuh badan juga semakin tidak mampu untuk menjadi lebih baik.
Apapun kena sentiasa berusaha untuk memperbaiki kesihatan badan. Sekarang ni aku cuba untuk mengurangkan makanan manis apatah lagi bila melihat kadar gula dalam darah yang agak tinggi.
Agak menakutkan kalau kena kencing manis sebab dalam sejarah keluarga ada penyakit tu. Ditambah pula dengan pernah kantoi masa buat checkup di Hospital Pantai pada tahun lepas. Jadi aku perlu berbuat sesuatu.
Sekarang ni sedang cuba konsisten dengan minum air Omega dan makan Oat pada waktu pagi. Bersenam agak sukar tapi tetap diusahakan pada hujung minggu.

 

Ditambah bila melihat keadaan bapa yang semakin uzur maka aku kena pastikan aku mampu untuk membantu ibubapaku. Tak mau nanti aku pula yang tak sihat. Nanti tak dapat pula aku berbakti kepada mereka semasa usiaku.

Merenung kembali pada diri ini. Apa yang aku telah capai dalam usia 39 tahun? Mungkin tidak sehebat orang lain tapi ku tetap berbangga. Sekurang-kurangnya  mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Inshaallah sedang diusahakan untuk menambah lagi anak pada tahun hadapan. Doakan supaya berjaya sebab buat masa ni belum berjaya lagi. AMIN.

Okay cukuplah merapu pasal diri sendiri.

Minggu lepas ada beberapa cerita yang boleh dikongsikan tapi aku buat ringkasan je sikit.
Bapaku yang telah pulang ke rumah selepas berada di hospital Jasin selama seminggu agak sukar untuk bergerak.
Ketika sepupu datang ke rumah menziarahi bapaku, dia memberitahu supaya meminta pinjaman katil hospital dari Pengerusi JKKK. Ini kerana katil bapa sediada kurang sesuai untuk pesakit seperti bapaku.
Jadi aku meminta melalui Whatsapp kepada Tok Sidang Kampung (Ketua Kampung). Alhamdulillah hari esoknya, katil sumbangan Ahli Parlimen Jasin itu tiba ke rumah dengan dibawa oleh Pengerusi JKKK serta dibantu oleh rakan-rakan serta kenalan bapaku.
Alhamdulillah sebenarnya banyak sumbangan boleh diperolehi melalui wakil masyarakat cuma kita je yang tak tahu tentang itu.
Pada hari Sabtu , wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Jasin, YB Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bemban, Datuk Ng Choon Koon telah hadir menziarahi bapa.

Datuk Ahmad Hamzah ,Datuk Ng Choon Koon , Haji Zainal (Pengerusi JKK) menziarahi bapa yang menerima sumbangan katil hospital

Bapa kenal dengan dua pemimpin masyarakat itu apatah lagi bapa memang seorang yang agak aktif dalam parti pada masa dahulu. Ingat lagi Datuk Ahmad Hamzah dan Datuk Ng Choon Koon berceramah ketika pilihanraya yang lalu.
Pada tahun hadapan mungkin tiada lagi ceramah dirumah bapaku. Datuk Ahmad Hamzah banyak berceloteh serta memberikan kata nasihat kepada bapaku. Terima kasih atas sumbangan beliau ke atas bapa saya, Malahan ketika bapa menunaikan haji juga beliau ada memberikan sumbangan.

Okay itu serba sedikit yang mampu aku kongsikan. Aku berdoa semoga kita semua sihat di bawah lindunganNya. AMIN..

Sedikit perkongsian gambar :-

Menjaga slide presentation untuk mesyuarat Ahli lembaga pengarah Lembaga Perumahan Melaka
Menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1439H peringkat negeri Melaka

10 Replies to “Selamat Hari Lahir ke 39”

  1. Selamat hari lahir juga tuan zool.

    Pisyek ada buat servis Managed WordPress Hosting, siap free SSL lagi.

    Kalau berminat boleh contact Pisyek.

    Mana tahu kot2 tahun baru ni nak bertukar hosting ke…

    Hehehe.

Leave a Reply to zool Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.