Minggu yang ada kegembiraan pada diriku. Cuaca pun ada kalanya hujan tapi bahang kepanasan masih terasa lagi. Inilah ujian dari Allah yang perlu kita hadapi.
Harap-harap akan bertambah lagi hujan memcurah ke bumi bertuah ini. Bukan apa, selain dari bahang air di Empangan pun dah mula surut tu. Sumber air pun semakin kurang dan mungkin ada catu dilakukan kalau berterusan.
Lepas tu petani, nelayan yang bergantung pada air pun sedikit sebanyak mengalami masalah dan rantaian makanan iaitu kita semua juga akan terasa kesannya. Jadi sama-sama kita berdoa agar hujan dapat turun untuk membasahi dan menyegarkan bumi ini.
Insha allah..

Setelah lebih dari 14 tahun menanggung beban, akhirnya aku berjaya juga melangsaikan hutang PTPTN ku. Pada bulan ini aku mengambil keputusan untuk membayar seluruh baki hutangku yang berjumlah RM300.**. itu. Ini sekaligus menyaksikan 1 hutang panjangku dapat ditamatkan.
Aku membayar baki tersebut di pejabat PTPTN di Kota Fesyen, Ayer Keroh, Melaka. Masa aku datang tu dah pukul 12.10 tengahari Jumaat. Nasib baik ada lagi staff dan sempat le aku bayar. Kalau tak, nak kena tunggu pula jam 2.45 petang. Terkejar-kejar pula aku nak masuk kat opis.
Alhamdulillah, kakitangan memaklumkan, surat Pelepasan Hutang akan dibagitau pada minggu hadapan. Takpelah, aku tengok kat Penyata PTPTN pun dah RM0.08 je.Tapi minggu depan aku tuntut jugalah surat tu. Untuk keselamatan. Dengan tamatnya hutang ini, duit lebihan tu aku boleh gunakan untuk kegunaan lain.

ptptn-selesai
Penyata Pinjaman terakhir.

Memang agak mencabar juga bila dikenangkan aku berhadapan dengan hutang PTPTN. Jumlah yang kupinjam adalah RM3,500 x 4 semester = RM14,000 pada tahun 1999-2002. Aku menganggur hampir 2 tahun sehingga dapat kerja. Pada awal tahun tu memang tak bayar. Dan aku mula membayar seingat aku dalam tahun 2005. Itu pun banyak juga yang sangkut sebab kehidupan tak stabil.
Lepas dapat guna online untuk bayar, aku mula konsisten bayar dan akhirnya berjaya juga menamatkan SEKSA ini. Aku dengor adik-adik yang pinjam lagi banyak dari aku. Tapi ada juga kaedah untuk mengurangkan dengan guna Skim Ujrah. Dapatlah tolak sikit yuran perkhidmatan diorang kan.
Nasihat aku, bayarlah. Mungkin ada yang tak puas hati dengan memacam kaedah yang diorang buat tapi nak buat camne, dah kita sign perjanjian tu dulukan. Kenalah bayar walaupun hati tak redha.

Minggu ni juga aku mendaftar satu lagi program larian. Program larian ‘FM Ride’ sempena FitMalaysia yang akan diadakan pada 10 April 2016 di Masjid Tanah, Melaka. Selain program larian, ada juga aerobik dan juga berbasikal. Tapi aku masuk yang lari sebab aku tak de modal nak beli basikal apatah lagi pakaian tu.

fit-malaysia
Untuk program ni aku daftar acara 10 kilometer. Nampak jalan tu tau juga walaupun tak berapa ‘familiar’. Selang beberapa hari aku mendaftar tetiba kat opis diwar-warkan agar ada penyertaan pula. Program percuma dan aku pun ajak beberapa orang rakanku untuk berlari sama. Agak malang sebab aku dah join 10 kilometer tapi beberapa rakan lain tak berani nak masuk jarak tu.
Tapi ada jarak 5 kilometer yang boleh diorang sertai. Kiranya aku tak perlulan nak tinggal di Masjid Tanah pada hari kejadian. Bolehlah aku menumpang van opis untuk ke sana. Dan menariknya bila ada GENG bolehlah ambil gambar nanti. Takdelah macam sebelum ni, kena minta orang lain ambilkan.Heheheheh. Korang kalau nak join, boleh daftar cepat-cepat di http://www.rjevents.com.my/ . Selain kat Melaka, ada juga acara ditempat lain. Tapi pada tarikh berbeza la.

Selain itu, pada minggu ini juga aku berjaya setup aplikasi Iscan di Windows 7. Korang pernah beli scanner tak? Baru-baru ni aku beli scanner portable Jabatan dan mendapati yang scanner ini hanya compatible dengan Windows 8. Berposak juga aku mencari penyelesaiannya sehingga aku jumpa aplikasinya yang boleh digunakan di Windows 7.

Scannere Portable dari Mustek
Scannere Portable dari Mustek

Kalau ada sesiapa yang guna Windows 7 dan terbeli scanner Mustek ni, pergi download aplikasi ini disini. Kalau sesiapa nak beli scanner portable dari Mustek boleh tengok kat Amazon ni. Memang canggih scanner ni. Boleh bawa ke mana-mana dan scan kertas anda dengan cepat.

Memandangkan minggu ini gaji, aku memulakan semula kawalan bajet ku. Sebelum ni pernah buat tapi tertinggal pula. Jadi untuk bulan ini aku mula BERTEKAD untuk berdisplin dalam pengurusan kewangan. Aku gunakan template Excell dari Vertex42.com.
Memang penting untuk kita mencatatkan sebarang transaksi bagi memastikan kewangan kita stabil. Aku rasa menggunakan template ini agak mudah dan aku boleh mengira berapa perbezaan antara perbelanjaan sebenar dengan bajet yang ditetapkan. Korang pula guna apa? Kalau yang nak tech sikit, mungkin korang boleh guna app kat smartphone tapi aku rasa lebih selesa guna cara Excell ni.
Lagipun yang penting nak displinkan tu. Kalau canggih pun tak ikut PARAH juga.

Rasanya itu sahaja yang aku boleh cerita pada minggu ini. Korang tunggulah minggu depan tengok apa yang aku taip. Tak pun boleh jengok-jengok arkib lama aku dalam ligakampung.com yang aku pindahkan sikit demi sedikit di sini.

15 Replies to “Selesai PTPTN, Daftar FIt Malaysia Melaka, Setup Scanner iSCan di Windows 7”

    1. boleh je bro..
      mulakan dengan sasaran untuk menamatkan PTPTN dan teruskan yang lain-lain..
      saya doakan semoga bro dapat menyelesaikan RM20K kurang dari 10 tahun.. inshaallah..

  1. Saya berada di kaunter PTPTN di Melaka awal hari ini utk membayar semua hutang saya. I beratur dan apabila sampai giliran saya, saya pergi ke kaunter untuk menyerahkan maklumat dan saya diminta untuk menunggu dokumen berkenaan. Pada mulanya diberitahu untuk menunggu selama kira-kira 15 minit, jadi saya bersetuju. Tetapi selepas 1 jam, saya berasa kecewa jadi saya meminta kakitangan kaunter, dan dia kata documen tidak keluar lagi, jadi dia bertanya jika saya boleh tunggu? Pada masa itu, saya sangat kecewa dengan perkhidmatan PTPTN yang tidak cekap bagi orang yang mahu bayar hutang. Kebanyakan orang mahu membayar hutang mereka, tetapi disebabkan perkhidmatan yang teruk yg menolak kebanyakan bayaran. Saya berharap sesuatu yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan PTPTN.

    1. oo ye ke.. kesian pula. saya bayar di kota fesyen. ni tunggu surat selesai hutang.. nak kena pergi esok ni tanya status

  2. wah tahniah dah setel ptptn…
    bagus blog ni as diary kan..
    nant boleh refresh balik semua kenangan nak bayor ptptn..
    mana tau leh jadi sumber inspirasi kat orang lain…
    nak tgok jgk la program fit tu..kot2 ada kat tganu..leh join..

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.