Kalau ikutkan aku ada buat entri mengenai bapaku di Hospital Serdang tapi bila aku tengok balik kat blog dah takde. Aku tak tau samada aku terlupa nak publish atau ada problem lain yang tak dapat ku jelaskan. Tapi takpelah, dah takde nak buat camne. Jadi memang minggu lepas kurang satu entri dariku. Rasanya tak jadi masalah bagi korang lah sebab blog ni pun jarang berupdate cuma aku kena konsisten agar tak bersawang sehingga menimbulkan kemalasan dan terbengkalai sudahnya.

Bagi mereka yang ternampak di Facebook aku, mungkin terperasan yang minggu lepas aku sedikit sibuk dengan bapaku yang masuk ke Hospital Serdang akibat sakit dada yang berpunca dari jantung. Ia disebabkan ada arteri yang tersumbat untuk ke jantung. Memang telah diketahui ada 3 laluan tersumbat oleh kolesterol. Pernah juga buat balloon (tembak) tapi mungkin dah perlu lebih lagi. Tatkala artikel ini ditulis, bapa dijangka discharge pada esok hari (Jumaat).

Mula-mula katanya perlu dilakukan bypass surgery tapi semalam diberitahu bahawa bapa boleh balik hanya dengan makan ubat dibekalkan. Harap-harap ia keputusan yang tepat sebab bukan sesuatu yang mudah kalau berlaku serangan lagi.

Aku nak kongsi sikit pengalaman pertama ketika di Hospital Serdang dimana hospital ini agak canggih. Bapaku ditempatkan di wad CCU dimana hanya 2 orang pelawat sahaja dibenarkan. Selepas masuk ke wad 8A barulah semua boleh melawat(termasuk budak kecil). Memang agak selesa keadaan di Hospital Serdang cumanya nak parking kereta sedikit susah kerana parking dalam agak terhad. Pada hari kedua terpaksa parking di tepi jalan menuju ke jalan besar.

Hospital Serdang ni mungkin agak baru berdasarkan rekabentuknya. Cuma pakar jantung tak cukup bapa kena di refer kat Institut Jantung Negara (IJN ).

Cukuplah cerita pasal bapaku , dalam minggu ini aku sedikit sibuk untuk men’settle’kan tugas bagi persiapan Majlis Penyerahan Kunci PPR Tehel yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Memang banyak prosedur dan protokol yang perlu dilalui. Majlis tersebut akan berlangsung pada 21 April 2017 (Jumaat) nanti. Selaku urusetia bahagian Banner, Bunting,Backdrop, Plaque, Gimik Tanam Pokok memang agak leceh juga. Tapi nak buat camne dah kerja . Layan kan je la.

OO ye, minggu ini juga aku mengikuti satu bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Melaka. Ada beberapa pelajaran baru yang ku pelajari seperti Firewall, Bandwith Management Traffic (BMT) dan Direct Over MetroE(DOME). Ini penting untuk kegunaan pejabatku dan kena buat strategi untuk perancangan bajet dan perolehan.

Okay, cukuplah setakat ini. Aku harap artikel ini tak hilang lagi. Terima kasih juga sebab korang sudi baca.

prof-khairuddin-hamid
Bapa bersama Mantan NC UNIMAS, Prof Dr Khairuddin Hamid merangkap adik

5 Replies to “Bapaku Di Hospital Serdang, Persiapan Majlis Penyerahan Kunci oleh Perdana Menteri Malaysia”

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.