Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tinggal beberapa bulan je lagi usiaku akan mencapai angka 40 series. Menandakan bahawa aku sudah tidak layak lagi untuk berada dalam naungan ‘Belia’. Dan perlu menerima hakikat bahawa usia veteran telah mula menghampiri (kalau dalam sesetengah acara larian, 40 dah kira veteran).
Memang usia pada tahap ini terdapat banyak perbezaan. Fizikal mula terasa lemah dan beberapa anggota badan mula memberikan isyarat bahawa masa semakin hampir.
Kenapa aku letak tajuk bersara usia 40 tahun ? Sebenarnya dulu aku ada angan-angan nak meninggalkan jawatanku selaku Penolong Pegawai Teknologi Maklumat pada usia 40 tahun. Tapi nampaknya impian itu mustahil untuk dilaksanakan. Kenapa ?
Antara sebab utamanya adalah :-

a) Aku tiada simpanan kewangan yang stabil. Walaupun kadar simpananku telah mencapai 5 angka namun ianya masih di peringkat rendah. Jadi amat tidak berani untuk aku bersara tanpa kewangan yang mencukupi. Ikutkan kata-kata pakar, seeloknya perlu ada tabungan sekurang-kurangnya setahun pendapatan sediada.
Memang tak sampai lagi pun dan ikutkan aku rasa tahap untuk tabungan selesa adalah 6 angka yakni melebihi dari setengah juta. Kalau ada banyak tu mungkin keberanian boleh ada. Memang sukar tapi tak mustahil mencuba kan?

b) Aku tiada pendapatan sampingan yang stabil. Menulis blog tidak menjanjikan pendapatan yang konsisten buatku. Aku rasa kalau blog-blog aku berikan pendapatan konsisten bersamaan gaji sekarang, mungkin aku akan pertimbangkan. Secara amnya, aku dah kurang hutang-hutang bulanan samada PTPTN dan kereta jadi kalau dapat pendapatan RM3K pun dah cukup rasanya. Cuma sedia hutang rumah dalam RM5++ je.

Opis keduaku di dalam rumah. Belum mampu memberikan pendapatan konsisten untuk aku bergerak sendiri

c) Belum ada perniagaan yang boleh dijadikan sandaran. Walaupun mempunyai syarikat Enterprise namun aku tak menggerakkan ianya untuk sebarang perniagaan. Agak rugi sebab membayar lesen tapi takpe. Mungkin tak lama lagi akan ada perjalanan hidup syarikat itu.

d) Aku tiada team. Nak berjaya tak boleh berseorangan. Aku akui yang diri ini tidak BERJAYA lagi untuk membentuk team bagi melaksanakan sesuatu projek. Sebelum ini pernah mencuba untuk buat startup tapi team tak sanggup bersama.Korang kalau sanggup, jom bantu aku UPKAN Ligakampung.com.

Kenapa nak bersara? Sepatut soalan ini dijawab dahulu tapi aku letak yang kedua pula. Takpelah, ikut mood aku le kan.
Sebenarnya ada beberapa sebab aku teringin nak bersara. Antaranya ialah :-

a) Aku berada dalam organisasi yang sama untuk tempoh 14 tahun. Dan kalau aku teruskan sampai pencen 58 tahun maka aku akan berhadapan dengan orang yang hampir sama untuk berpuluh tahun akan datang. Bosan kan?

b) Aku dah tepu. Secara peribadi aku dah mula rasakan kemampuanku sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat semakin tepu. Dah tak tau nak buat apa kadang-kadang. Terlalu banyak tanggungjawab dan kadang-kadang takde kaitan dengan ICT pun.

Thumbprint pun aku nak kena hadap. Sampai yang terlupa thumbprint aku nak kena siasat.

c) Konflik. Kadangkala aku terasa konflik dengan seseorang. Tak boleh cerita kan panjang ye. Rasa mana-mana organisasi pun sama. Tapi kalau lama-lama takut meletup pula kan?

d) Ingin mencari kehidupan baru. Bekerja di bawah orang semestinya kita terpaksa mengikut tatacara yang ditetapkan. Kadangkala aku terasa terikat dan penat nak menghadap tu semua..

e) Aku terpengaruh dengan blog https://retireby40.org/.Memang selesa kalau usia 40-an dah mula tenang dari kesesakan kerja.

Itu sedikit je sebab. Tak leh cerita panjang sebab yang baca ni pun mungkin ada kawan-kawan sepejabat juga nanti. Huhuhuhu
Kalau sekadar berangan je, memang tak jalan kan. Jadi apa yang aku impikan kalau nak bersara?

a) Tak mampu terikat sangat dengan peraturan terutama hal-hal remeh. Kalau mampu nak je kerja kat rumah. Pagi-pagi hantar anak ke sekolah. Lepas tu pergi kebun (menoreh, siram pokok) , tengahari sikit tengok maklumat Bursa, siapkan makan tengahari, lepas tu jemput anak balik sekolah. Petang boleh tengok balik Bursa, pergi kebun.

Aku dah mulakan kerja potong rumput kat kebun getah peninggalan arwah bapa. Mungkinkah ia boleh jadi sumber pendapatan aku nanti?

Malam dah boleh lepak surau atau masjid . Hahahahaha. Berangan je dulu.

b) Mampu menghasilkan masterpiece samada buku atau blog yang mampu menjadi tarikan. Mimpi aku nak menghasilkan buku belum berjaya lagi. Walaupun pernah menghasilkan ebook sendiri tapi tidak dikomersialkan. Harap=harap mimpi aku tak jadi sekadar angan-angan Mat Zool je.

c) Mampu memiliki beberapa syarikat samada secara perkongsian atau memiliki syer. Aku masih belajar camne caranya dan kalau korang ada maklumat bolehlah kongsi kat sini ye.

d) Boleh juga jadi sosial media berpengaruh. Mungkin tak mampu macam Cik epal yang menjana puluhan ribu dengan media sosialnya tapi cukuplah kalau boleh lepas makan. Mana tau boleh jadi sosial media berpengaruh berkaitan tanaman ke.. Heheheh

e) Jadi peniaga tepi jalan/pasar malam. Aku ada dengar orang meniaga pasar malam mampu menjana pendapatan 4 angka sehari kalau kena caranya. Mungkinkah boleh cuba berniaga bisnes air balang di tepi jalan tu?

f) Mungkin juga aku boleh jadi consultant untuk melabur dalam Saham? Okay, aku masih belum pandai setakat ini tapi tak mustahil kalau kena caranya. Tengok sekarang ni ramai juga yang mula tengok pelaburan dalam saham ni.

Yup. aku akui memang mustahil untuk aku bersara pada usia 40 tahun tapi diharap aku mampu merealisasikannya dalam usia 40-an ni. Nak minta bersara pilihan sebelum umur 50 tahun ni.
Sekian bebelan aku hari ni. Semoga korang sihat dan sentiasa support blog-blog aku ye.

Oo ye, korang juga boleh layan aku membebel kat Twitter kat akaun ni https://twitter.com/zoolligakampung

5 Replies to “Bersara Usia 40 Tahun, Dah Terlewat”

  1. Persoalan kenapa nak bersara. Point D saya kira sangat terkesan. Begitu lah lumrahnya hidup bila kerja dengan orang, tak sama dengan bekerja sendiri dan masa pun kita boleh tentukan sendiri. Semoga tuan terus diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sekeluarga.

  2. saya akan bekerja sehingga nafas terakhir..

    kerja tidak semesti makan gaji atau bekerja sendiri..

    kerja yang terbaik ialah beramal soleh kepada Allah..

    moga-moga tuan terus sihat,panjang umur,murah rezeki dan konsisten menulis blog

Leave a Reply to naim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.