Alhamdulillah, dah seminggu kita memasuki tahun baru 2017. Dah mula bergerak ke azam korang semua? Mungkin masih lagi dalam fasa perancangan kot. Macam aku juga la.. Tapi ada beberapa azam dah mula melangkah ke peringkat permulaan. Inshallah masih panjang dan harap-harap dapat kejayaan pada tahun ini.

Berbalik kepada topik diatas, kalau ikutkan pada hari ini aku nak pergi ke Hospital Pantai Melaka untuk mendapatkan konsultansi mengenai Fatih yang mana najisnya ada sedikit warna merah seakan darah. Sebelum tu aku dah pergi ke klinik swasta berdekatan dan doktor mengatakan tiada masalah besar kerana Fatih aktif serta keadaan perut dan temperature dalam keadaan baik. Tapi nak mengesahkan cuba pergi ke Hospital Pantai ke klinik pakar paediatric tapi tutup semua. Takpelah aku ambil keputusan menunggu pada appointment hari selasa depan sebab memang jumpa pakar dari Hospital Melaka yang akan turun ke Jasin untuk memberitahu keputusan darah yang lebih sebulan lamanya. Nanti akan beritau juga mengenai kes ini untuk pemeriksaan lanjut.

Disebabkan tak jadi untuk pemeriksaan dan masa masih awal, isteri mengajak untuk ke Zoo Melaka atas perbelanjaan beliau. Pergi ke Zoo Melaka dan aku memang pakai ala kadar je. Hahhahaha. Masuk ke dalam zoo dengan harga RM18.++(aku lupa berapa sen) bagi dewasa. Lepas tu beli pakej ada makanan disiapkan di dalam.

Masuk-masuk macam biasalah, ada photographer yang ambil gambar untuk harapan dibeli. Aku dan isteri layankan je. Tapi tak beli sebab tau harga memang akan tinggi berganda dari harga biasa. Masuk dalam, si Fatih melihat burung kakak tua dan dia berminat melihatnya. Menjerit juga dia tengok burung tu. Mula-mula isteri nak bawa main dulu kat playground tapi aku rasa elok jalan dulu. Kang penat plak kat playground tak larat nak jalan.

Bergerak depan sikit nampak haiwan herbivore seperti rusa, kuda, badak, seladang dan banyak lagi haiwan berkaitan. Dalam kira-kira 10 minit tiba ke Giraffe Café dan redeem makanan yang dibeli berdasarkan pakej di kaunter. Dapatlah berehat sebentar sambil membasahkan tekak ni. Si Fatih layan aiskrim sambil aku beli air Pulpy Maid Orange.

Lepak dan membasahkan tekak di Giraffe Cafe

Lepak-lepak seketika dan meneruskan perjalanan melihat pula zirafah yang berleher panjang. Memang teruja betul Fatih bila tengok haiwan tersebut. Kalau ikutkan pernah juga tengok zirafah masa kat Tambun tempohari tapi masa tu mungkin keterujaan dia agak kurang sebab naik tram.

Fatih teruja tengok Zirafah

Si Fatih pula tu rajin nak berjalan cuma ada kekangan sebab kasut Doraemon dia agak besar sehingga seringkali tercabut dan aku terpaksalah mendukungnya. Pergh!! Memang mencabar kena membawa muatan seberat 10 kg kira-kira 1-2 kilometer tu. Tapi inilah cabaran bila memiliki anak. Mesti kena hadap dengan hati yang tabahkan?

Masa ni kasut masih mampu dikaki

Berjalan lagi, nampak juga burung unta, harimau ,singa, gajah dan sebagainya. Tapi kuantiti haiwan macam tak banyak pula. Buaya pun tak berapa nak nampak dan macam biasa haiwan tak aktif di waktu tengahari yang terik ni. Tapi takpelah, bagi pengalaman sikit kepada si Fatih dan kami berdua.

Fatih tengok burung merak sementara bapaknya pula dah mula mengah

Sampai semula ke kawasan playground, si Fatih naik kereta mainan yang masuk token tu. Ala yang ada bunyi-bunyi tu tapi dia macam tak berminat. Lepas habis, isteri bawa dia main gelongsor dan aku mencuba skill main game basketball. Ala yang bola baling kat dalam keranjang tu. Masuk 2 token dan aku berjaya sampai stage 3. Agak memenatkan juga la.

Mula-mula ingat nak naik tram tapi bila dimaklumkan kena tunggu 20 minit dan jam pun dah 12.30 maka kami pun balik. Sebelum balik singgah tengok barang-barang kraftangan. Teringat pula dulu penah berangan-angan nak buka gerai kraftangan masa cuti-cuti tapi jadi hangat-hangat tahi ayam je la impian tu. Nak balik singgah beli air. Sekali kena pancung, air 100 Plus campur air kelapa cawan dan satu hotdog berharga RM9.00. Waduh… mahalnya. Tapi nak buat macammana. Bayar je lah. Harap-harap mamat yang meniaga tu dapat pergi Umrah atau Haji cepat-cepat ye.

Okay cukuplah serba sedikit kisah di Zoo Melaka tu.

OO ye, petang tadi aku masuk peraduan ‘MarryBrown 35 Tahun’.

Peraduan Makan dan Menang Marrybrown . Tapi dah habis lah

Harap-harap ada tuah pada kali ini. Mana tau dapat sikit, bolehlah aku bermula cepat nak beli rumah Lelong untuk pelaburan ni. Korang minat nak cuba beli rumah lelong? Cuba klik sini .. Sambil-sambil tu, hari Sabtu lepas pun aku ada survey-survey Rumah Lelong yang ada dalam list kawan ejenku. Hm, ada yang rumah cantik dan ada yang rumah dah teruk.

Sekian. Kita tunggu minggu hadapan ye,

24 Replies to “Cuti melawat Zoo Melaka”

  1. kalau pergi zoo time tak ramai org mcm nie mmg best.. tenang sambil menikmati permandangan dan haiwan2 tu… nampak muka bro pun tenang dan rilek jeee..

    semoga anak bro tak de apa2 lah..

    1. bolehlah zoo melaka..
      wah.. bagus tu.. try rumah lelong.. skg byk yang nak dilelong tu..
      tapi kena belajar sikit sebanyak..

  2. Baru tahu masuk zoo kat melaka lebih murah. Sampai sekarang belum tergerak lagi nak ajak anak-anak singgah kat zoo melaka walaupun dah bertahun kahwin dengan orang melaka 😉

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.