Minggu ni nampaknya anak kesayanganku telah dijangkiti penyakit cacar air atau lebih dikenali dengan nama ‘Chicken Chop’. Ops silap ‘Chicken Pox’. Chicken Chop tu makanan yang selalu aku order bila pergi restoran Western. Hehehe
Kalau ikutkan minggu sebelum ini sepupu dia dah kena jadi tunggu masa je untuk anakku yang berumur 3 tahun ni bakal dijangkiti. Aku pergi ke Klinik Zanawati kira-kira jam 8.00 malam pada Jumaat lepas. Melalui pemandangan beliau, memang Fatih disahkan kena cacar air.
Jadi aku pun diberikan slip kuarantin. Kira ambillah cuti. Dapatlah aku cuti Jumaat dan juga lepaskan diri dari Majlis Perasmian PPR Cheng yang berlangsung pada hari Sabtu 5 Mei 2018 tu. Walaupun doktor bagi masa seminggu tapi menurut CC opisku, hanya 5 hari (termasuk cuti hari Sabtu dan Ahad). Jadi kalau ikutkan sampai Selasa je cuti dibenarkan.
Takpelah. Sebab yang dijangkiti anak ku. Kalau aku yang kena lain lah juga kan. Masa dia kena cacar air ni,badan dia panas dan ada kesan cacar tu di leher. Dalam tempoh 1 hari dah nampak pertambahan bintik-bintik di badan. Tapi belum nampak sangat keadaan kritikal walaupun sesekali dia gatal-gatal.
Masih aktif lagi. Walaupun doktor ada mencadangkan untuk beli ubat mahal di Farmasi tapi aku rasa elok pakai ubat yang biasa je. Kiranya kasilah Fatih merasa cacar air tu secara semulajadi. Lagipun dengarnya, cacar air ni kena sekali je seumur hidup.
AKu tak ingat tapi rasa-rasa dulu pernah kena juga cacar air masa sekolah rendah dulu. Harap betullah sebab cacar air ni boleh menjangkit kat orang dewasa juga dan kalau yang dewasa kena lagi terasa. Huhuhu. Janganlah kena sebab hal tonsil dulu pun masih terasa sampai kini.

Dekat kepala pun ada ni
Dekat belakang ni antara pemula cacar air

Itulah sikit cerita aku hari ni dan sebagai pembuka untuk bulan Mei ini. Inshallah akan ada cerita lain lepas ni sebab dijangka akan beli komputer terpakai pada bulan ni. Harap-harap ada komputer baru akan lebih membantu diri aku untuk menyinar dalam bidang penulisan nanti.
Mimpi nak hasilkan satu buku pada tahun ini diharap tercapai.

4 Replies to “Fatih Kena Cacar Air (Chicken Pox)”

Leave a Reply to mrhanafi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.